Wajah kemerah-merahan, tak payah bersolek pun dah cantik! Apakah rahsia awet muda ni? Cemburu betul tengok wanita yang mempunyai kulit begini kan? Sebenarnya impian untuk menjadi ‘flawless’ boleh menjadi realiti kalau setiap wanita sanggup mengamalkan petua semula jadi ini.

Menjelang usia 30-an ramai wanita mengalami masalah wajah kelihatan lebih tua dari usia. Ini kerana faktor persekitaran, stress dan juga pemakanan yang tidak seimbang. Lebih mengecewakan jika dah pakai pelbagai produk di pasaran namun kedutan di wajah tidak juga pudar.

Rahsia Awet Muda Untuk Wanita 30an. Minum Susu, Kunyit, Badam Dan Madu

Apa kata anda cuba pula rahsia awet muda dengan petua tradisional ni. Jangan cakap leceh, nak cantik kena ada usaha berterusan okay? Seperti dikongsikan rahsia awet muda oleh Afieyza Aleeschaylee, susu kunyit badam madu boleh membantu dalam menaikkan seri wajah dan membuat muka anda ‘glowing’.rahsia awet muda.

SUSU KUNYIT BADAM MADU RAHSIA AWET MUDA

Bahan-Bahan:

Susu rendah lemak

  • 1 inci kunyit ditumbuk kasar
  • 2 sudu madu
  • 3 biji badam ditumbuk kasar

Cara-Cara:

  1. Panaskan susu dan masukkan kunyit
  2. Kacau perlahan kemudian masukkan badam
  3. Tuang susu dalam gelas dan masukkan madu
  4. Kacau dan boleh terus diminum

Kalau nak hasil yang maksimum, amalkan minum dua kali seminggu sebelum tidur sesuai untuk wanita 30-an sebagai rahsia awet muda. Semasa haid pun boleh minum juga dan kalau nak jadikannya minuman harian, jangan letak kunyit. Selamat mencuba dan rasakan sendiri perubahannya nanti.

Khasiat Badam Untuk Kesihatan Tubuh Dan Diet Sihat

1. Merendahkan Risiko Darah Tinggi Dan Serangan Jantung

IKLAN

Satu kajian yang telah dilakukan di A Loma Linda School of Public Health menujukkan mereka yang memakan kacang lima kali sehari memiliki pengurangan risiko mendapat serangan jantung sebanyak 50%.

Ini adalah kerana badam mengandungi asid folik yang dipercayai dapat menurunkan paras homocystein yang boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit sekaligus mengurangkan risiko penyakit jantung dan darah tinggi.

2. Menurunkan Berat Badan

Kajian menunjukkan badam dapat membantu untuk mereka yang menghadapi masalah obesiti atau mereka yang ingin tampil langsing.

Asid lemak tidak tepu yang terdapat dalam badam mampu membantu mengurangkan selera dan mencegah makan berlebihan.

Zat yang terkandung dalam badam bukan sahaja mampu menyekat selera, tetapi juga akan memberikan anda tenaga.

IKLAN

Jadikan badam sebagai snek sihat anda setiap hari , boleh ambil 5 ke hingga 6 biji badam semasa snek, ini membantu anda mengawal selera makan.

3. Menguatkan Memori

Badam adalah sumber zat yang dikatakan membantu dalam perkembangan otak. Sebab itulah,beribu-ribu tahun dahulu,ia telah digunakan oleh masyarakat di Timur Tengah, Iran, Afghanistan, Pakistan dan juga India, untuk tujuan meransang minda dan meningkatkan daya ingatan bagi tujuan penghafalan al-Quran, hadis dan juga pelbagai ilmu.

Jadi, anda disarankan memberikan badam sebagai makanan wajib buat anak-anak anda yang sedang membesar.

4. Membantu Menghalang Osteoporosis

Badam juga dikatakan dapat menghalang osteoporosis kerana kira-kira 25-30 biji badam mempunyai kandungan kalsium sama seperti terdapat dari 1/4 cawan susu.

IKLAN

Seperti kita tahu,kalsium sangat diperlukan untuk menghalang osteoporosis malah, kalsium yang ditemui dalam badam juga boleh merendahkan risiko kanser kolon dan tektum.

5. Menghalang Batu Karang

Terdapat kajian yang mendapati sekiranya wanita yang memakan sekurang-kurangnya 30gm badam atau mentega kacang badam dalam seminggu dapat mengalami penurunan 25% risiko batu karang

6. Melancarkan Peredaran Darah

Sekiranya tekanan darah seseorang itu turun,ia akan menyebabkan seseorang itu menjadi stress. Oleh itu vitamin dan mineral yang terdapat pada almond bermanfaat untuk melancarkan peredaran darah sekaligus mencegah stress terjadi.

7. Mengelakkan Kecacatan Kepada Bayi

Kandungan folate yang tinggi di dalam badam amat sangat penting bagi wanita hamil. Folate dapat membantu mengelakkan dari kecacatan pada bayi ketika hamil.

8. Badam Mencantikkan Kulit

Selain dimakan, badam yang telah diekstrak minyaknya, dapat membantu melegakan sakit dan lenguh otot, mampu memperbaiki kecerahan kulit, membuatkan wajah muda berseri dan mengurangkan lingkaran gelap jika digosokkan di kulit ini merupakan rahsia awet muda wanita yang mengamalkannya.

Manakala, dalam rawatan terapi wangian(aromaterapi),minyak badam berperanan sebagai memainkan pelindung kepada kulit daripada terbakar. Ia dikatakan amat baik untuk kesihatan kulit.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI