Kecantikan

Rahsia Cantik Perempuan Jepun, Bakal Pengantin Wajib Tiru

Share

Jika anda berbadan besar anda mungkin sedikit segan sekiranya berada di negara matahari terbit ini kerana kebanyakan wanita di sana punya tubuh yang langsing.

Apa rahsia mereka? Kalau dilihat dari cara pemakanan mereka ia tidak jauh berbeza dengan orang Asia lain. Sebenarnya mereka tetap makan nasi seperti kita tapi ada tujuh rutin lain yang membantu wanita di Jepun kekal langsing.

1. Hanya ikan, soya,nasi, sayur dan buah

Jika anda ke restoran Jepun, anda akan melihat sebahagian besar makanannya hanya ikan bakar, sedikit nasi, sayuran direbus, semangkuk sup miso, dan teh hijau serta buah-buahan untuk pencuci mulut.

2. Kuantiti kecil

Makanan yang disajikan di restoran Jepun hanya dalam mangkuk atau piring kecil. Ini merupakan kebiasaan mereka makan, ambil dalam kuantiti yang sedikit. Mereka juga mementingkan adab ketika makan dan menghidang antaranya:

  • Menikmati makanan secara perlahan
  • Pinggan tidak diisi penuh.
  • Setiap hidangan disajikan dalam pinggan berbeza.
  • Anda dianjurkan berhenti makan sebelum kenyang
  • Kebanyakan wanita Jepun menggunakan prinsip kawal kuantiti makanan jika ingin menurunkan berat badan.

3. Cara memasak

Orang Jepun tahu makanan sihat hanya melalui proses kukus, memanggang, menumis atau menggoreng dalam tempoh yang sekejap dan mereka mengamalkannya. Mereka juga lebih suka menikmati makanan segar dengan sos.

4. Jarang makan roti, hanya nasi

Kebanyakan saranan untuk mereka yang mahu diet di sini adalah tidak mengambil nasi tapi wanita Jepun mengambil nasi setiap waktu makan. Tapi mereka tidak akan mengambil apa pun makanan yang berasaskan tepung seperti roti.

5. Sarapan dengan sup miso

Di Jepun sarapan sangat penting dan disajikan dengan pelbagai hidangan kecil. Semangkuk sup miso atau kadang-kala disertai omurice (seperti telur dadar berisi nasi) biasanya dinikmati pada pagi hari sebelum melakukan aktiviti.

6. Tiada hidangan penutup

Makanan manis atau dessert selepas makan makanan berat bukan sesuatu yang wajib di Jepun. Kalaupun mereka mengambil makanan manis biasanya di antara waktu makan.

7. Jika berat badan naik, mereka lebih aktif

Jika sedar berat badan naik mereka akan bersenam dan juga akan berjalan kaki ke mana-mana.

Published by
Kim