Kehidupan rumah tangga bukan semata-mata satu tuntutan atau sunnah Rasulullah SAW, malah ia merupakan satu medan untuk kita belajar lebih menghargai dan mensyukuri nidkmat dari Allah SWT. Rumah tangga yang normal pasti ada pahit, manis, masam dan masin. Adakalanya pedas dan hangat, adakalanya sejuk dan nyaman.
Cuma yang membezakan sesebuah rumah tangga, bagaimana peranan dimainkan oleh setiap pasangan suami isteri. Wahai Isteri! Contohi sifat Saidatina Khadijah yang sentiasa menyenangkan Rasulullah SAW.
Masih ingatkah kita tentang kejadian penurunan wahyu pertama di Gua Hira?
Hingga suatu ketika datang kepadanya Al Haq (kebenaran atau wahyu) iaitu sewaktu Rasulullah SAW masih berada di Gua Hira.
Malaikat datang kepadanya, lalu katanya, “Bacalah!” Jawab Nabi, “Aku tidak pandai membaca.”
Ads
Kata Nabi selanjutnya menceritakan, “Aku ditarik dan dipeluknya sehingga aku kepayahan. Kemudian aku dilepaskannya dan disuruhnya pula membaca.
“Bacalah!” katanya. Jawabku, “Aku tidak pandai membaca.”
Aku ditarik dan dipeluknya pula sampai aku kepayahan. Kemudian aku dilepaskannya dan disuruhnya pula membaca.
Ads
“Bacalah!” katanya. Kujawab, “Aku tidak pandai membaca.”
Aku ditarik dan dipeluknya untuk ketiga kalinya, kemudian dilepaskannya seraya berkata: “Iqra’ bismi rabbikalladzi khalaq. Khalaqal insaana min ‘alaq. Iqra’! Wa rabbukal akram. (Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan. Yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Demi Tuhanmu Yang Maha Mulia)
Ads
Setelah itu Nabi pulang ke rumah Saidatina Khadijah binti Khuwailid, lalu berkata, “Selimuti aku! Selimuti aku!” Lantas diselimuti oleh Khadijah, hingga hilang rasa takutnya. Kata Rasulullah SAW kepada Saidatina Khadijah (setelah dikhabarkannya semua kejadian yang baru dialaminya itu), “Sesungguhnya aku cemas atas diriku (akan binasa).”
Kata Saidatina Khadijah, “Jangan takut! Demi Allah! Tuhan sekali-kali tidak akan membinasakanmu. Engkau selalu menghubungkan tali persaudaraan, membantu orang yang sengsara, mengusahakan (mengadakan) barang keperluan yang belum ada, memuliakan tetamu, menolong orang yang kesusahan kerana menegakkan kebenaran.”
Sungguh indah kisah cinta keluarga bahagia Rasulullah SAW bersama isteri tercinta, Saidatina Khadijah.
Tanpa KEJUJURAN mana mungkin Saidatina Khadijah mampu membenarkan suaminya tinggal berseorangan di dalam Gua Hira, meninggalkan dirinya sendirian di rumahnya.
TanpaKASIH SAYANG dan KEPRIHATINAN, mana mungkin Saidatina Khadijah melayani suaminya dengan baik dan mentaati baginda tanpa sebarang persoalan. Tidak pula beliau berkata sepatah perkataan melainkan terus menyelimuti Baginda seperti yang diminta.
Tanpa HORMAT-MENGHORMATI pula, mana mungkin Saidatina Khadijah boleh mampu mengeluarkan kata-kata yang menenangkan suaminya, mendorong dan memuji suaminya dan memberikan sokongan penuh saat Baginda memerlukan beliau. Saidatina Khadijah juga yang menjadi sandaran di saat orang lain menggelar Baginda sebagai ‘gila’ dan ‘tidak siuman’ sepanjang dakwahnya.
Oleh itu para isteri, jadilah orang yang paling menyenangkan hati suami. Taatilah suami selagi peranannya dan tanggungjawabnya masih berlandaskan syariat Islam.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak tunggal sering dilabel sebagai anak yang manja kerana dia merupakan satu-satunya anak dalam keluarga. Ramai menganggap berkahwin dengan anak tunggal ini sebagai satu beban kerana dikhuatiri kehidupannya dikawal oleh ibu bapanya.
Sebenarnya, tidak semua anak tunggal begitu. Semuanya bergantung pada cara didikan ibu bapanya. Jangan sesekali berfikiran negatif kepada anak tunggal. Kenali dulu diri dan keluarganya.
Jika anda bakal berkahwin dengan pasangan anak tunggal, ini antara karakter mereka yang perlu anda tahu. Good luck guys!
1. Mementingkan Privasi
Disebabkan anak tunggal sudah terbiasa hidup sendiri, mereka sangat mementingkan privasi dan ibu bapa mereka juga memberi ‘ruang’ kepada mereka. Sebab itu ramai yang menganggap anak tunggal ini sombong. Padahal, mereka bukan begitu.
2. Lebih Teratur
Jika mereka dididik dengan baik, mereka akan menjadi seorang yang teratur. Malah, lebih teratur dari anak yang ada kakak atau abang.
3. Berdikari
Sewaktu kecil, mereka memang sedikit manja. Tetapi apabila meningkat dewasa, mereka pasti boleh hidup berdikari. Ini kerana mereka sudah terbiasa melakukan semuanya sendiri.
Hanya kerana mereka tiada adik-beradik, mereka tentunya sering meluangkan masa dengan ibu bapa di rumah. Mereka adalah insan yang sangat menghargai keluarga walaupun dengan saudara mara.
5. Akan Jadi Menantu Kesayangan
Sudah tentu anda akan jadi satu-satunya anak menantu pada ibu bapa mereka. Jadi, jika pasangan anda merupakan anak tunggalm hargailah mereka. Ntah-ntah, anda pula terlebih manja dengan ibu bapa mereka.
6. Suka Luangkan Masa Di Rumah
Kebanyakan anak tunggal lebih suka meluangkan masa di rumah ibu bapa. Mereka sangat menghargai masa ketika mereka keseorangan dan jarang untuk keluar rumah. Jadi, anda tidak perlu risaukan mereka.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seperti yang kita semua tahu, Nabi Yusuf dilahirkan dengan rupa paras yang begitu menawan dan tampan sehingga membuatkan sesiapa tidak berkelip mata memandangnya.
Oleh itu, jika anda seorang suami atau isteri bergaduh adalah perlu untuk menyelsaikan masalah anda secara baik dan tenang. Jangan berbincang dalam keadaan yang sedang marah.
Jika kamu sebagai seorang isteri atau suami mahukan pasangan yang sentiasa menyayangi kamu, mengasihi malah menghormati kamu, sila amalkan ayat Yusuf ini yang berbunyi:-
“Idz qola Yusufu li abihi ya abati inni roaitu ahadaasyaro kaukabaw wasy syamsa wal qomaro roaituhum li sajidin“.
Ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: Maksudnya,“Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“.
Sebelum mengamalkan doa ini, sila tetapkan kepada diri bahawa niatkannya untuk tujuan kebaikan. Jangan pula gunakan doa ini untuk memikat isteri/suami orang atau tunangan milik orang lain.
Beringatlah apabila kita lakukan sesuatu perkara untuk kebaikan diri dan orang lain, lebih berkat kehidupan yang akan dikecapi.
Kelebihan Lain Surah Yusuf Ayat 4
Jika dibaca bersungguh-sung sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, ia dapat mententeramkan keluarga yang tidak harmoni.
Jika dibaca 7 kali setiap setiap selesai solat maghrib dan subuh, ia dapat meningkatkan daya karisma diri.
Jika di hadapan doa tersebut ditambah dengan kalimat “Ya Abrozhu” berbunyi, “Ya abrozhu roaitu ahada ‘asyaro kaukabaw wasy-syamsa wal qamaro roaituhum li sajidin”…ia bisa meningkatkan kewibawaan orang yang mengamalkannya itu.
Jika selepas membaca surah Yusuf ayat empat kemudian membaca pula surah Taha ayat 1-8 berbunyi, “Waal qoy tu’alayka mahabbatamminni wallitusna’aa ‘alaa ainiy”… kesannya lebih afdal.
Selain surah yusuf auat 4 ini, menyebut zikir “Ya Latiff” diikuti surah asy-Syu’raa ayat 19 bermaksud, “Allah maha lembut kepada hamba NYA. DIA memberi rezeki kepada sesiapa yang DIA kehendaki. dan DIA lah yang maha kuat, lagi aha kuasa” ketika sedang memasak hidangan untuk keluarga juga boleh menguatkan kasih sayang suami.
Bila-bila masa lain, boleh juga amalkan zikir “Ya Hayyu” (yang maha hidup), “Ya Qayyum”(yang maha menegakkan), “Ya Latiff” (yang maha lembut) dan “Ya Rahman” (yang maha pengasih).
Sumber : Wanista
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kini, kolagen telah menjadi ramuan yang mendapat permintaan tinggi dalam pembangunan pemakan yang sihat. Pengeluaran kolagen dalam tubuh berkurang akibat faktor usia dan diet yang tidak baik. Malah, suntikan kolagen bukan menjadi pilihan bagi kebanyakan orang. Jadi alternatif terbaik untuk mereka mendapatkan kolagen adalah melalui diet. Oleh itu, kolagen telah dicampurkan bersama di dalam pelbagai produk makanan dan minuman.
Tetapi adalah ia benar-benar memberi manfaat kepada kulit untuk kelihatan muda atau hanya helah kecantikan?
Apa itu kolagen?
Ahli dermatologi di New York City, Dr Debra Jaliman menyatakan bahawa kolagen adalah protein yang paling banyak terdapat di dalam kulit, membentuk 75-85% organ yang mengagumkan. Berserta tisu elastik, kolagen ditemui pada dermis atau lapisan tengah kulit dan menyebabkan kulit anjal. Selain itu, kolagen juga terdapat dalam tulang, tendon, ligamen, otot, saluran darah dan rambut. Ia merupakan komponen utama tisu penghubung tubuh.
Kolagen dalam minuman
Kini, minuman kolagen menjadi satu trend dalam pasaran global. Terdapat pelbagai produk di pasaran yang dikeluarkan seperti kolagen soya, kolagen koko, jus kolagen dan juga minuman sarang burung berkolagen.
Menurut kajian Collagen in food and beverage industries, Tree (2012) minuman bertenaga yang mengandungi kolagen membantu menggalakkan keupayaan semula jadi tubuh untuk menjana tisu lemak. Secara umumnya, minuman kolagen untuk merangsang mekanisma penghasilan kolagen dalam tubuh, seterusnya menggalakkan tisu tubuh dan mengurangkan kedutan kulit dan kulit kendur.
Walau bagaimanapun, kolagen yang mengandungi perasa makanan dan minuman boleh meningkat dengan ketara dengan menggabungkan sucralose dan ekstrak stevia, dengan lebih baik lagi bercampur denganacesulfame potassium.
Adakah kolagen bermafaat untuk kulit dan rambut?
Oleh kerana banyak kolagen dipecahkan semasa proses peningkatan usia atau penuaan, pengambilan peptida kolagen boleh meningkatkan kolegen dalam tubuh kita.
Menurut Dr Jaliman, pengambilan kolagen boleh meningkatkan keanjalan kulit dan membantu proses pembaikan kulit sehingga mendorong tubuh membentuk kolagen baru. Minuman dan serbuk kolagen telah terbukti mempunyai sifat antioksidan, dan antioksidan melindungi kulit dengan mengehadkan pengeluaran radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel kulit.
Hasilnya, minman ini dapat membantu memperbaiki kulit yang rosak kerana antioksidan menjanjikan perlindungan persekitaran dan meningkatkan pembaikan garis-garis halus dan kedutan serta tekstur kulit.
Sementara itu, lebih banyak kajian mengenai kolagen yang perlu dilakukan. Beberapa kajian awal mungkin menunjukkan manfaat seperti keanjalan kulit yang lebih baik dan sakit sendi yang berkurang. Terdapat juga kajian yang dikaitkan dengan suplemen peptida kolagen oral untuk meningkatkan pertumbuhan dan tekstur kuku. Dan dalam kajian dari tahun 2016, suplemen kolagen peptida oral meningkatkan penghidratan kulit selepas lapan minggu dan meningkatkan kepadatan kolagen dalam dermis selepas empat minggu.