Untitled design (25)

Pada tanggal 27 Februari lepas, selebriti popular Indonesia, Syahrini dan Reino Barack meraikan ulang tahun ketiga perkahwinan mereka. Diam tak diam, sudah tiga tahun mereka bergelar suami isteri. Mereka meraikan ulang tahun perkahwinan tahun ini, di kota Singapura sambil menikmati makan malam penuh romantik. Momen indah tersebut dikongsikan Syahrini di laman Instagramnya.
Rai Ulang Tahun Ke 3 Perkahwinan, Gaun Kahwin Syahrini dan Reino Barack Masih Jadi Bualan

Rai Ulang Tahun Ke 3 Perkahwinan, Gaun Kahwin Syahrini dan Reino Barack Masih Jadi Bualan

Dalam keseronokan pasangan ini meraikan ulang tahun perkahwinan mereka, masih terbayang kemewahan dan gilang-gemilang persandingan figura ini di mana resepsi Syahrini diadakan penuh eksklusif. Lebih mencuri tumpuan tentulah busana yang digayakan di hari istimewa tersebut hasil sentuhan pereka fesyen bertaraf antarabangsa! Hasil sentuhan pereka ternama Indonesia, Sebastian Gunawan ini pernah menghasilkan busana selebriti Hollywood, Halle Berry.
Rai Ulang Tahun Ke 3 Perkahwinan, Gaun Kahwin Syahrini dan Reino Barack Masih Jadi Bualan

Tidak keterlaluan bila meletakkan perkahwinan Syahrini tak ubah seperti majlis perkahwinan diraja! . Mana tidaknya, melihat busana persandingan, aksesori sehinggalah dekorasi ballroom, Syahrini sangat memahami apa yang diinginkan untuk hari bersejarahnya agar tampak serba mewah, eksklusif dan unik. Sesuai dengan kehendak dan impian majlis perkahwinan yang diidam-idamkan Syahrini selama ini.
Rai Ulang Tahun Ke 3 Perkahwinan, Gaun Kahwin Syahrini dan Reino Barack Masih Jadi Bualan

Ads

Syahrini memilih rekaan Sebastian ketika majlis pernikahannya yang diadakan di Jepun. Memetik laporan media Indonesia, Sebastian Gunawan atau lebih mesra disapa Seba terkejut ketika dihubungi adik Syahrini iaitu Rani pada awal Februari 2019 apabila diminta membuat gaun perkahwinan Syahrini dalam masa yang singkat iaitu empat hari sahaja.
Meskipun mempunyai jadual padat dan terpaksa ke luar negara seminggu sebelum majlis pernikahan Syahrini, pereka fesyen profesional ini mampu merealisasikan gaun impian selebriti kesayangan Indonesia berkenaan dengan cukup mewah, anggun semestinya menjadi sebut-sebutan di kalangan peminat seantero Indonesia.
Rai Ulang Tahun Ke 3 Perkahwinan, Gaun Kahwin Syahrini dan Reino Barack Masih Jadi Bualan

Ads

Tampil lebih eksklusif daripada rekaan persalinan yang pernah dihasilkan untuk Syahrini, gaun mewah kembang yang dipakainya merupakan gaun dari koleksi Sebastian Gunawan Sposa yang dicipta khusus untuk gaun perkahwinan. Penampilan Syahrini pada resepsi Dinner Silaturahmi berkenaan lebih terserlah bak puteri kayangan dengan pemakaian mahkota dari pereka aksesori terkemuka, Rinaldy A. Yunardi yang dicipta khas semata-mata untuk majlis resepsi Syahrini di Jakarta!
Rai Ulang Tahun Ke 3 Perkahwinan, Gaun Kahwin Syahrini dan Reino Barack Masih Jadi Bualan

Ads

Gabungan dekorasi yang serba mewah pula merupakan sentuhan perunding perkahwinan, Lotus Design yang menghias segenap ballroom dengan kelopak bunga teratai pelbagai saiz berwarna putih salju. Ruang siling dewan dengan juraian kristal, bunga-bungaan berwarna putih dan lampu candelier. Ternyata, idea kreatif itu berjaya menyerlahkan suasana mewah dan tampak sempurna tatkala mempelai berarak masuk menuju ke singgahsana indah.
Walaupun sudah tiga tahun berlalu, nampaknya kemewahan majlis resepsi dan perkahwinan Syahrini dan Reino Barack masih segar di ingatan. Memasuki tiga tahun perkahwinan, pasangan ini masih tetap mesra dan jelas kebahagiaan terpancar di wajah keduanya!

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI