Siapa yang tak nak berebut pahala di bulan Ramadan. Setiap kebaikan yang dilakukan telah Allah janjikan pahala  lebih berganda berbanding bulan-bulan lain. Ramadan juga sebenarnya bulan paling sibuk untuk isteri. Saat ini, suami perlu beringat untuk lebih peka terhadap keinginan isteri untuk beribadat.
Waktu pejabat lebih pendek berbanding bulan lain, apabila sampai di rumah isteri tentu terkejar-kejar membuat persiapan juadah berbuka puasa. Ada yang terpaksa berhadapan kesesakan lalu lintas dan tiba di rumah lewat.
Bukan tak boleh beli di bazar tetapi takkanlah setiap hari nak makan lauk bazar ye tak? Walaupun baharu berkahwin dan belum mempunyai zuriat namun masih juga tidak sempat nak buat itu ini. Isteri juga mahu ada ruang untuk dia beribadat, membaca al-Quran misalnya kerana sebelum ini sukar mencari waktu.
Di sinilah suami perlu memainkan peranan. Ringankan tulang membantu isteri buat persediaan berbuka. Kalau selama ini isteri yang memasak hidangan dan suami duduk menonton televisyen, kali ini biarlah suami pula yang berada di dapur untuk memasak. Atau berlapang dadalah untuk hadap kesesakan di bazar membeli juadah.
Apa yang dikongsikan Muhammad Hassan ini sangat benar. Boleh buka sikit minda pada suami….
Cara saya nak dapat pahala mudah sahaja. Bagilah masa kepada isteri untuk rebut amalan dibulan ramadhan ini.
Isteri saya kata dia nak khatam Al Quran sebelum akhir ramadhan. Maka antara perkara yang perlu saya fikirkan supaya tidak sibukkan isteri dengan rutin harian dia seperti bulan bulan lain.
Saya perlu rancang supaya bulan ini tidak terlalu lama ‘outstation’ . Jika saya outstation isteri perlu uruskan urusan rumah dan perniagaan saya. Jika sibuk dengan urusan urusan begini,makanya target untuk habiskan 30juzuk lebih awal mungkin tipis.
Pendapat saya. Lubuk suami untuk dapat pahala,berilah masa@ ‘me time’ kepada isteri
Untuk dia lebihkan masa mengabdikan kepada الله atau apa yang kita rasakan isteri perlu masa untuk diri dia sendiri.
Ya tugasan di rumah,jaga anak itu juga pahala. Namun bagaimana dengan amalan amalan seperti Al Quran,zikir,solat dan aktiviti aktiviti yang mereka suka. Terutama keperluan emosi dan fizikal isteri.
Bila ada makcik makcik datang jumpa saya. Mereka katakan waktu tua inilah baru ada masa untuk sibukkan diri dengan amal. Itu pun ‘merangkak’ baca Al Quran, solat kadang kadang tak boleh nak berdiri lama dah. Dulu terlalu sibuk dengan urusan rumahtangga sehingga terabai amalan amalan dengan Tuhan.
Dari perkongsian beginilah saya rasakan,saya tak boleh beri tekanan kepada isteri hanya dia semata uruskan rutin dalam rumah. Takkanlah pinggan yang kita guna pun isteri perlu basuh juga. Itu belum urusan anak anak dari mandikan anak,saiz pampers sehinggalah baju tidur anak pun ada diantara suami tak ambil tahu.
Jika isteri hamil dalam masa yang sama perlu jaga anak demam,anak kurang upaya,anak masalah jantung,anak kanser lagilah emosi dan fizikal mereka terbeban.
Sebab itulah kenapa saya suka masuk dapur,kemaskan rumah dan tidak mengharapkan isteri uruskan segalanya tentang keperluan saya. Kerana saya nampak kesannya. Isteri lebih tenang,mudah menerima teguran dan cukup memahami tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Moga asbab kebaikan.
Kredit foto utama: SWEETPICTURES KL
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI