Ramadan Pertama Bersama? Ini Yang Anda & Pasangan Boleh Lakukan Sepanjang Ramadan

Share

Bulan Ramadan merupakan bulan yang sangat istimewa untuk melipat gandakan ibadah. Di waktu ini juga kesempatan buat anda dan pasangan menambah  keharmonian dalam rumah tangga. Andai jarang berkumpul bersama sebelumnya, Ramadan merapatkan hubungan anda untuk melakukan ibadah bersama. Berikut tip buat pasangan dalam menjaga keharmonian sepanjang bulan mulia ini.

Menyiapkan makan sahur dan buka bersama

Dalam tempoh  bulan Ramadan ini anda dan pasangan boleh bantu membantu dalam menyiapkan makan sahur dan buka bersama dengan keluarga. Di waktu-waktu yang lain mungkin satu keluarga jarang untuk makan bersama.

Walaupun mungkin tidak dapat dilakukan setiap hari memadai jika dapat melaksanakannya di hari minggu atau waktu yang terluang.

Di hari-hari biasanya tentu sukar untuk bersama. Sarapan, makan tengah hari  dan makan malam mungkin berasingan, terutama bagi mereka yang bekerja. Tentu berbeza di bulan Ramadan, sering kali sahur menjadi momen berkumpul bersama dan saling berbual. Secara tidak langsung muncul rasa bahagia dan keharmonian dalam rumah tangga.

Solat Tarawih bersama

Walaupun sebagai amalan sunnah, tarawih di bulan Ramadan sebagai pengganti adalah sangat digalakkan. Untuk itu, setiap malam setelah berbuka puasa dan solat isyak,  tarawih berjamaah di masjid juga sangat digalakkan. Selain untuk solat dan ibadah menghadap Allah, tarawih bersama juga membuat anda bersilatturahim dan bertemu dengan saudara-saudara semuslim lainnya, yang jarang bertemu di bulan selainnya.

Tarawih bersama boleh meningkatkan keharmonian dan kekeluargaan di dalamnya. Tentu saja, akan semakin baik jika dilakukan secara konsisten.

Saling berkongsi Ilmu Islam

Bulan Ramadan tentunya amalan ibadah adalah hal utama yang harus dilakukan. Bergosip, bercerita keburukan orang lain tentunya menjadi perkara yang harus dielakkan dan dikurangkan sebagai bentuk latihan diri kita menjadi lebih positif. Saling berkongsi ilmu contohnya  mengenai Hikmah Bulan Ramadan dan Malam Terakhir Bulan Ramadan.

Sentiasa menjaga diri dari maksiat

Keharmonian di bulan Ramadan juga boleh dilakukan dengan cara saling menjaga dan mengingatkan agar tidak berbuat maksiat. Hal ini diperlukan dalam sebuah keluarga, kerana keluarga bahagia menurut Islam adalah mereka yang mampu menjaga masing-masing agar tidak berbuat dosa atau sesuatu yang melampaui batas

Berkumpul dan bersilahturahmi dengan keluarga 

Salah satu cara menjaga keharmonisan rumah tangga ialah dengan berkumpul dan silatturahim bersama keluarga yang jarang bertemu. Ramadan adalah waktu yang sesuai untul mengeratkan silatturahim kerana hati dan ketenangan beribadah sedang dilakukan. Membuka diri dan menerima saudara adalah hal yang boleh dilakukan di masa bulan Ramadan.

Sumber :https://dalamislam.com

Published by
Bella