Tentunya anda teruja menyambut Ramadan pertama sebagai pasangan suami isteri. Inilah kali pertama isteri bangun untuk masak makanan sahur untuk suami dan pertama kali juga suami merasa masakan isteri di awal pagi.
Ramadan kali ini pastinya begitu bermakna untuk anda. Apatah lagi kita hanya berdua-duaan di dalam rumah dek kerana PKP.
Kali ini, kami akan kongsikan beberapa persiapan yang boleh anda lakukan tatkala menyambut Ramadan pertama sebagai suami isteri.
TIP MENYAMBUT RAMADAN
Simple tapi bagi kesan kepada kita InsyaAllah. Tak wajib dan terpulang kepada keperluan masing-masing ya?
1. Kemas bilik utk kita solat/qiamullail/mengaji Al-Quran.
2. Tampal kata-kata “Ahlan Ya Ramadhan” di bilik atau di ruang tamu supaya seisi rumah dapat rasa seronoknya menyambut Ramadhan.
3. Sediakan Al-Quran dan buku nota/diari.
Tulis impian kita untuk Ramadhan kali ni. Hanya kita dan Allah yang tahu. Luahkan segalanya dalam buku tu. Buku tu akan jadi “Diari Ramadhanku”?
4. Mohon pada Allah setiap Masa supaya dipertemukan kita dgn Ramadhan dan diberikan kesihatan yang baik sepanjang menjalankan ibadah puasa.
5. Study balik, cari ceramah-ceramah di YouTube:
– Apa kelebihan Puasa Ramadhan?
– Kenapa kita Kena Puasa?
– Bagaimana nak kuatkan diri Qiamullail?
– Apa itu Malam Lailatulqadar?
– Apa perkara yang membatalkan puasa?
6. Stop dah mengata, mengeji. Mulakan mengaji Al-Quran. Ketahui level mengaji kita di aras mana. Cari guru untuk kita belajar dalam Ramadhan ni. Malu sangat dengan Allah kalau kita culas dengan Al-Quran.
7. Ready bahan-bahan masak untuk mudahkan kita memasak sahur dan berbuka. Sedia awal-awal, simpan dalam peti sejuk. Jimat masa InsyaAllah.
Sebab Ramadhan ni kita nak banyakkan masa dengan Al-Quran. Masa berharga sangat-sangat.
7 tips dulu, InsyaAllah akan bersambung lagi lepas ni ya. Semoga Allah temukan kita dgn Ramadhan yang mulia InsyaAllah.
Moga semua dosa kita diampuni dan hidup kita dirahmati. Sayang sahabat-sahabat kerana Allah?