Tak lama lagi kita akan menyambut Ramadan. Ada pasangan yang bakal menikmati bulan Ramadan ini bersama-sama buat pertama kali. Seronok kan bila ada teman untuk bangun sahur, makan sama-sama ketika berbuka atau menyediakan juadah bersama-sama di rumah.
Ok, disebabkan ini kali pertama anda nak menyambut kehadiran Ramadan bersama-sama, ada beberapa tip yang boleh buat jadual harian anda menjadi mudah dan menyeronokkan. Sambil-sambil kumpul pahala, boleh juga mengeratkan lagi hubungan dan mengenali pasangan dengan lebih baik.
Solat taubat
Sebelum masuk bulan Ramadan, bangunlah bersama suami di sepertiga malam unutk mengerjakan solat sunat taubat. Mohon pada Allah agar diampuni segala dosa-dosa anda di masa lampau dan kini. Mohon juga agar hubungan suami isteri sentiasa di bawah pelindungan Allah.
Berjemaah
Ajaklah pasangan untuk solat berjemaah. Jika ada kelapangan, lakukan di setiap solat waktu terutamanya ketika hujung minggu.
Berpuasa awal
Cadangkan pada pasangan untuk berpuasa lebih awal, sekadar untuk mempersiapkan diri. Andainya melakukan puasa sunat pada Isnin dan Khamis sudah cukup untuk menjadi persediaan anda berdua, pun sudah memadai.
Jadual
Ada pasangan yang masing-masing akan keluar bekerja setiap hari. Ada juga yang hanya seorang sahaja yang keluar untuk mencari rezeki. Biar apa pun, jangan lepaskan peluang untuk masak bersama-sama. Buat jadual hari apa yang sesuai untuk anda masak bersama.
Jaga kesihatan
Pastikan kesihatan anda dan pasangan sentiasa terpelihara. Sediakan supplemen tambahan untuk anda dan pasangan agar bila berpuasa nanti tidaklah lemah sangat.
Sukan
Siapa kata bulan puasa tidak boleh bersenam? Apabila anda berpuasa lebih awal, anda melatih diri untuk menahan lapar dan dahaga. Sambil itu anda juga boleh cuba untuk bersenam bersama pasangan. Jika mampu untuk berpuasa dan bersenam bersama, senanglah nak amalkan masa bulan Ramadan nanti!
Tidur berjadual
Waktu tidur adalah waktu terbaik untuk merehatkan diri. Jangan terlebih tidur dan jangan kurang tidur. Pastikan anda mendapatkan rehat yang cukup. Sekiranya anda ingin mendatangi pasangan, beritahulah terlebih dahulu (jika boleh) supaya mereka bersedia dan boleh reschedule waktu tidur dengan lebih baik.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI