Kurang bersenam boleh menyebabkan kegemukan dan mudah untuk kita mendapat penyakit. Senaman adalah cara penting untuk menjaga kesihatan dengan baik. Kajian sains membuktikan senaman boleh menurunkan risiko mendapat penyakit kronik seperti jantung, strok, diabetes, darah tinggi dan kanser.
Senaman selama 30 minit secara sederhana sebanyak 5 kali seminggu boleh mengurangkan risiko penyakit kronik sebanyak 30 peratus.
Selain itu, senaman juga dapat memperkuatkan jantung. Tindak balas jantung menjadi lebih efisien serta mengelakkan risiko untuk kita mendapat penyakit jantung.
Senaman juga dapat mengurangi kadar gula darah dan dapat membuatkan kita jadi lebih bertenaga. Senaman yang teratur boleh membantu melancarkan pengaliran udara yang masuk dan keluar melalui paru-paru.
Mengurangkan berat badan apabila dilakukan dengan konsisten dan kalori semakin banyak terbakar. Senaman juga dapat menghilangkan tekanan atau stres. Apabila stres berkurang, maka tekanan darah kita juga akan menurun.
Obesiti dan kegemukan adalah penyakit yang melanda banyak negara di dunia terutama negara maju dan makmur. Malaysia tidak terkecuali dalam masalah ini dengan sebab utama masalah berlaku adalah kerana pengambilan makanan yang terlalu berlebihan. Ia turut diburukkan lagi oleh kecenderungan terhadap makanan manis sejak usia muda lagi.
Hasil kajian mendapati negara kita memiliki kadar obesiti dan kegemukan tertinggi iaitu masing-masing 13.3 peratus dan 38.5 peratus. Pastikan anda tidak meninggalkan sarapan yang sangat penting.
Ads
1. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
2. Banyakkan makan makanan berserat seperti bijirin dalam diet seharian.
3. Pastikan makanan mengandungi makanan berkanji seperti nasi, roti dan pasta
4. Kurangkan makanan bergoreng dan berlemak, sebaliknya ambil lebih banyak buah-buahan dan sayuran. Begitu juga minuman, elakkan mengambil air dengan kandungan gula yang tinggi dan banyak minum air kosong.
Ads
5. Kajian menunjukkan dengan setiap lebihan 150 kalori gula yang diambil iaitu bersamaan dengan satu tin minuman bergas akan menyebabkan peningkatan sehingga sebelas kali ganda berlakunya penyakit diabetes kepada penggunanya. Ia dibandingkan dengan jumlah kalori yang sama yang diambil daripada sumber lemak atau protein.
6. Kawal saiz hidangan pada waktu makan dan jenis pengambilan snek.
7. Minum air putih sekurangnya 8 gelas sehari (otot ada 75% air, tulang 22%, darah 83% air)
Info:
Ads
Setiap 25kg = sekurang-kurangnya 1 liter air
Sekiranya 50kg = 2 liter air
Air dapat buang toksin dalam badan, mengawal suhu badan, kelembapan kulit dan sembelit
Kesimpulannya, kurang senaman, kualiti pemakanan yang rendah, faktor budaya dan kesedaran yang rendah mengenai obesiti dikatakan sebagai punca utama masalah berat badan ini di Malaysia. Kajian Pemakanan Orang Dewasa Malaysia melaporkan hanya satu pertiga golongan dewasa pernah bersenam, manakala hanya 14 peratus yang melakukan senaman yang mencukupi.
Masyarakat perlu diberi kesedaran konsep yang betul mengenai pemakanan dan senaman supaya tidak terpedaya dengan konsep salah yang akan menyebabkan seseorang menghidap penyakit kronik walaupun mereka bersenam secara konsisten tetapi tidak makan secara tidak sihat.
Pemakanan sihat dan betul sangat penting untuk mengawal kadar penyakit diabetes dan masalah obesiti yang membelenggu masyarakat Malaysia sekarang. Gabungan pemakanan yang sihat & senaman yang lengkap juga adalah kunci utama dalam menurunkan berat badan.
Konsisten dan motivasi yang tinggi adalah perkara yang paling penting untuk meneruskan perjuangan menurunkan berat badan. Oleh itu, apa tunggu lagi. Jangan pilih antara diet atau senaman. Gabungkan keduanya!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang susah nak minum air kosong? Ramai kan. Kebanyakkan orang sukar untuk menghabiskan satu botol air kosong sungguhpun ia memberi banyak manfaat dalam diri. Tetatpi ada caranya yang boleh membuatkan anda ‘berselera’ menikmati air kosong yang sudah difusionkan.
Infused water atau air detoks memang tidak asing lagi. Semua orang pasti tahu akan kebaikan air detoks apatah lagi pada bakal-bakal pengantin. Minuman bergas, termasuk air soda diet sememangnya tidak baik untuk tubuh badan. Kalorinya yang tinggi bukan sekadar menjejaskan kesihatan, malah ia sarat dengan pengawet, pemanis dan pewarna tiruan.
Menggantikan minuman harian anda dengan infused water sememangnya satu pilihan yang tepat kerana tidak seperti jus, ia lebih rendah kalori dan gula untuk mengekalkan kesihatan yang baik dan membuatkan bakal pengantin nampak lebih berseri!
Di antara kebaikannya:
Buah strawberi dan kiwi dapat menjaga kesihatan jantung, menguatkan sistem imun, menurunkan gula darah dan melancarkan pencernaan.
Teh hijau, daun pudina dan limau nipis bermanfaat untuk membakar lemak, melancarkan pencernaan, meredakan sakit kepala, mengatasi sembelit dan menyegarkan nafas.
Timun, limau nipis dan lemon dapat mengawal selera makan, melancarkan pencernaan dan mencegah kembung perut.
Lemon kaya dengan vitamin C dan antioksidan polifenol. Ia dapat menjaga keseimbangan pH tubuh, menguatkan sistem imun, menjaga kesihatan ginjal dan mencegah influenza.
Lemon dan halia dapat melicinkan tekstur kulit dan membersihkan organ hati.
BAHAN RENDAMAN
Untuk membuat infused water yang paling berkesan, fikirkan resipi yang paling menepati selera anda. Eksperimentasi dengan bahan-bahan berikut untuk memaksimumkan khasiatnya.
Buah sitrus: limau gedang, lemon, limau nipis atau limau bali.
Buah beri: strawberi, raspberi, beri biru, beri hitam atau ceri.
Buah melon: melon atau tembikai.
Buah tropika: pear, delima, mangga, nanas, pisang, kiwi, belimbing, epal, anggur, plum atau pic.
Sayuran: timun, lobak, seleri atau paprika.
Daun herba: pudina, sage, rosemary, basil, thyme, stevia atau lavender.
Rempah: halia, kayu manis atau lada.
TIP MINUMAN
Minum segelas besar infused water sebelum makan, TANPA ALASAN.
Minum air dalam masa 15 minit selepas bangun tidur.
Buat satu jag infused water dan simpan di dalam peti sejuk pada setiap masa.
Beli botol infused water khas untuk kembara dan bawa ia ke tempat kerja, sekolah, gimnasium atau ke mana sahaja.
Pesan teh tanpa kafein jika teringin minum di luar.
Variasikan resipi infused water sama ada untuk panas atau sejuk.
Bahan-bahan yang direndam dalam infused water hanya segar selama 2 hari sahaja. Buang sisanya jika ia tidak sempat dihabiskan.
Apabila anda mula meminum infused water, anda pasti menyedari betapa banyaknya kebaikan yang bakal dinikmati. Tubuh kita memerlukan air untuk kekal segar dan hidrat, malah kulit juga akan memancarkan tekstur yang lebih mulus, rambut dan kuku yang lebih kuat serta rasa minuman lazat tanpa kalori! Jadikan ini sebagai ‘tenaga’ supaya anda dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik!
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam sebuah perkahwinan kita pasti mendoakan kebahagiaan dan sentiasa diberkati dan dijauhi dari perkara yang tidak diingini. Mohonlah kepada Allah supaya rumahtangga dilindungi dan suami setia dengan yang satu.
Saudaraku, hingga kini, ramai suami yang curang serta berniat untuk menikah lagi, hal ini tentu saja membuat kalangan wanita sangat risau. Mereka (ibu-ibu) risau, jangan-jangan suaminya tersebut, yang nampak biasa di rumahnya, tetapi rupanya berlaku curang di luar dengan wanita lain.
Masalah ini membuat ramai dari kalangan wanita yang meminta doa supaya suaminya itu tidak melakukan perkara (curang dan kahwin lagi).
Saudaraku, Memang betul jodoh itu di tangan Tuhan. Ertinya Allah SWT sudah mentakdirkan perihal siapa jodoh kita. Akan tetapi Allah SWT juga Maha Kuasa untuk mengubah ketentuannya.
Dan hal yang dapat mengubah takdir atau ketentuan Allah SWT itu adalah doa atau permohonan kita, kerana sesungguhnya Allah itu Maha Pemberi dan Pengabul Doa.
Ada sebuah hadis dari Imam Hakim dan Turmudzi, diriwayatkan dari Abdullah bin Umar, bahawa nabi Muhammad Rasulullah SAW Bersabda :
” Barangsiapa yang hatinya terbuka untuk berdoa, maka pintu-pintu rahmat (itu) akan dibukakan untuknya. Tidak ada suatu permohonan yang lebih disenangi oleh Allah SWT dari pada permohonan (bagi) orang yang meminta keselamatan.
Sesungguhnya doa itu bermanfaat bagi sesuatu yang sedang terjadi dan juga yang masih belum terjadi. serta tidak ada yang dapat menolak takdir kecuali doa (kita), untuk itu berpeganglah wahai hamba Allah pada doa “}. (HR Turmudzi dan Hakim)
Berikut Doa Untuk Isteri Supaya Suami Tidak Curang :
Wa alqoitu ‘alaika mahabbatam minni walitussna’a ‘alaa ‘ainii
Ertinya:
” Aku telah Melimpahkan kepadamu (kalian) kasih sayang yang datang dari-Ku (Allah SWT.), dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasan-Ku (pengawasan Allah SWT)
Semoga dengan kekerapan kita dalam membaca doa atau bacaan doa di atas ini, Suami kita tidak tergerak hatinya untuk berbuat curang serta menikah lagi. Amin..!
Sumberhttps://kataustaz.com/
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pesta bujang atau biasanya disebut juga dengan bachelor atau bachelorette party sudah biasa kita dengar lagi-lagi dikalangan orang muda. Parti ini, biasanya hanya dihadiri oleh sahabat terdekat pengantin, untuk meraikan bakal pengantin yang akan menjadi milik orang tidak lama lagi.
Parti boleh terjadi dalam pelbagai tema yang boleh anda pilih. Mengikut persetujuan anda dan bakal pengantin sendiri. Siapa ada plan nak buat bachelorette party dalam masa terdekat ni? Ini yang anda kena tahu sebelum nak buat. Semoga berjaya!
Jemputan
Tanya bride-to-be (B2B) siapa yang dia nak utk ada dalam guest list. Pastikan B2B selesa dgn semua jemputan. Mungkin ada orang yang dia nak ada dalam jemputan & ada orang yang dia taknak. Jadi kena tanya empunya badan supaya kita boleh maksimumkan level happy dia
Tentukan bajet
Bincang dgn senarai jemputan berapa RM yang 1orang mampu keluarkan. Contoh 8orang bridesmaids setuju nak keluarkan RM150 seorang. Jadi total dana ada RM1200 & dari situ boleh plan nak buat party kat mana, tema apa, apa makanan nak beli, game apa nak buat dan lain-lain.
Lokasi
Pilih lokasi yang senang semua jemputan nak datang. Antara lokasi yang sesuai: bilik hotel, bilik karaoke, atau kalau low bajet buat kat rumah pun best! Yang penting semua orang dapat spend time & buat B2B ingat momen tu
Tema
Tema yang best akan buat majlis lebih seronok! Boleh buat tema onesies/ pyjama party/ baju kelawar party dll. Kalau nak low cost lagi pakai jelah apa-apa tapi tentukan 1 warna tema. Barulah nak bergambar pun nampak cantik.
Dekor
Walaupun limited bajet, cuba deco ruang tu dgn kreativiti masing2. Mulakan dgn belon, ribbbon, deco makanan & lain2. Ikut kreativiti ok! DIY akan dapat jimatkan banyak cost.
Game
Banyak game best yg kita boleh buat utk buat party ni memoriable. Antara yg Alia pernah buat: blind makeup, quiz about the groom, cari nama groom dalam lambakan belon, bean boozled (ni best gile) & byk lagi!
Libatkan tunang
Bachelorette party selalunya dihadiri oleh kawan2 wanita tapi boleh libatkan cik tunang secara TAK LANGSUNG. Cth: sebelum majlis, play video pendek mesej dari groom ke bride atau quiz ttg groom. Buatkan tunang rasa terlibat secara tak langsung dlm majlis tu
Sumber : twt wedding
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!