Ramai Pasangan Berkahwin Zaman Sekarang Selalu Abaikan Perkara Ini Dalam Rumahtangga

Share

Hubungan suami isteri ini seperti air, ada pasang ada surutnya. Sekejap bergolak, sekejap tenang. Masam manis dalam rumah tangga sangat sinonim dengan pasangan suami isteri sama ada yang baru berkahwin atau pun sudah lama mendirikan rumah tangga. Manakan pokok bergoyang kalau tiada angin bertiup, lidah lagi tergigit ini kan pula suami isteri. Hubungan tegang antara suami isteri tidak akan timbul tanpa punca dan sebab. Ketegangan ini perlu ditenangkan supaya tiada masalah lain yang lebih teruk akan terjadi.

Ini 3 perkara pasangan berkahwin zaman sekarang selalu abaikan bab dalam rumahtangga.

 

  • Menyebarkan Rahsia Dan Aib Suami atau isteri

Seorang isteri atau suami yang menyebarkan apa sahaja berkaitan dalan dan luaran pasangannya adalah HARAM terutama sekali ditempat tidur.

 

  • Terburu-buru meminta atau menceraikan pasangan

Suami isteri haruslah berusaha dalam mencari jalan penyelesaian ketika menghadapi dugaan. Bukannya lari dari daripada masalah dan mendengar hasutan orang lain sehingga senang lenang meminta atau menceraikan tanpa berbincang dan menyelesaikan masalah.

 

  • Berpoligami secara rahsia

Lelaki zaman sekarang suka bertindak mengikut nafsu tanpa berfikir Panjang. Tak salah menikahi wanita tetapi salah dan berdosa besar sekiranya seorang suami tidak menunaikan tanggungjawab secara adil dan sama rata kepada isteri.

 

 

Published by
Bella