Kita ni yang berdarah muda, segala perkara ingin dicuba dan ingin dibuat. Semua benda tak menyempat. Pada usia ini, kita membuat sesuatu perkara tergesa-gesa tanpa berfikir. Ada positif dan negatif di sebalik tindakan anda itu.
Bagus bagi yang anda mempunyai sifat ingin tahu dan ingin mencuba pelbagai perkara. Akan tetapi, melangkah masuk zaman perkahwinan ini bukanlah perkara main-main. Ingin diingatkan, dalam perkahwinan tiada trial and error.
Paling penting bab pengurusan duit. Bila kita berdua dan mungkin selepas itu bertiga, banyak benda yang perlu kita dahulukan yang kita panggil komitmen.
Kadang-kadang kita nampak keluarga yang bergaji besar tapi hidupnya semua tak cukup. Tapi ada yang bergaji sikit, segala-galanya lengkap. Noor Fathin Azlan kongsi bagaimana dia dan suaminya urus kewangan.
Actually, kalau bab kewangan ni aku rasa macam tak layak gila nak bagi tips. Yela, aku bukan bisneswoman yang berjaya, bukan anak orang kaya, aku pun dah tak bekerja (kalau kerja pun bukan gempak mana), oh suami aku pun kerja biasa-biasa. Seriously memang rasa tak layak gila nak borak pasal kewangan ni.
Cuma aku nak share, yang bab manage kewangan bukan aku yang uruskan tapi si Amer. Itu duit dia, so aku tak boleh nak memandai-mandai. Lagipun sepanjang kami berkahwin, dari pengamatan aku dia cukup bagus dalam manage duit rumah tangga. So aku tak banyak nak kena nasihatkan dia kecuali jangan selalu beli rokok. Macam membazir sangat beli rokok harga RM17 sehari walaupun dah ada vape, tapi vape tersisih mereput di bucu rak tv. Bila aku tegur pasal rokok je, dia akan cakap, bukan dia tak bayar segala jenis bil pun dan memang dia dah manage siap-siap duit rokok dia untuk sebulan. Nampak?
Ok. Bad habit si Amer ni dia suka shopping. Kira kaki shopping lah. Nak shopping pulak yang berjenama. Aku bukan nak berlagak tapi mak ayah dan famili dia yang lain semua tahu yang dia jenis lebih sukakan barang berjenama. Hingga banyak kali mak dia nasihatkan dia jangan terlalu kerap beli pakaian berjenama. Yang untungnya, akulah. Aku pun dapat sekali. Haha.
Tapi dia selalu cakap “kalau kita nak apa-apa, kita jangan mintak dengan orang, kita usaha sendiri”. Ok sekarang ni dah heboh yang pasal Ahmad Maslan buat lawak suruh buat dua kerja untuk tampung kos kehidupan. Oklah mungkin ada yang tak tahu, Amer bukan kata dua kerja, tiga empat kerja sehari dia buat. Aku nak kerja tolong dia tapi dia selalu cakap “saya tak suka bila saya balik kerja rumah bersepah, takde air sejuk dalam peti, takde makanan yang nak dimakan dan banyak lagi”. Jadi aku faham-fahamlah yang dia macam tak bagi aku bekerja.
Ok. Aku dah mula melalut. Pasal manage kewangan ni memang dia cukup pro. Cukup bulan je dia akan kutip segala jenis bil kat peti surat (bil elektrik, air, astro dll). Hari first dapat gaji je dia akan bayar segala jenis bil termasuk sewa rumah, kereta, insurans dan hutang eon. Aku anggarkan kesemuanya dalam RM1600. Dalam masa sehari RM1600 terus ghaib dalam bank. Tapi takpe, hati rasa tenang sebab semuanya dah dibayar.
Bila aku tanya dia kenapa kita tak pernah rasa sesak sedangkan hari pertama gaji je dah habis RM1600 padahal ada 30 hari lagi untuk tunggu gaji masuk?
Semalam aku tanya dia dan ini jawapan dia. Jawapan cliche tapi memang betul.
1) Check hubungan kita dengan Allah – dia kalau ada masa lapang je dia akan pergi solat berjemaah Maghrib dan Isyak kat masjid. Mungkin tips ni dia ada terbaca dalam mana-mana status kot, so dia ikut. First, aku dulu memang solat tak lekat dan tak pernah lekat. Tapi bila aku jumpa jodoh yang jenis lekat solat dan selalu tegur aku, aku boleh rasa satu ketenangan abadi. Rumah jadi tenang dan luas walhal rumah aku sangat sempit. Walaupun duit tak banyak tapi kalau hati tenang dan dada lapang, hidup takkan jadi sesak.
2) Laksanakan tanggungjawab sebaik mungkin. Bila suami isteri laksanakan tanggungjawab masing-masing, insyaallah Allah akan tolong. Apa kau rasa bila suami bersama tanggungjawabnya dan si isteri bersama tanggungjawabnya? Hidup jadi smooth dan bahagia tau. Lets say macam ni la, suami sediakan tempat tinggal, isteri yang kemas dan cantikkan rumah. Suami belikan barang dapur, isteri yang masakkan. Nampak tak give n take dalam hubungan? Seriously sangat indah. Bila hati gembira, hidup takkan jadi sesak.
3) Berbuat baik dengan ibu bapa. Tak semestinya melibatkan dengan duit. Tak semua ibu bapa jenis mata duitan. Jaga hatinya, jangan derhaka. Dan yang lebih elok, perkahwinan yang diredhai oleh ibu bapa. Bak kata Amer, pemberian yang lebih baik apabila mereka betul-betul memerlukan dan dalam kesusahan dan terdesak. Dulu aku tak faham, tapi bila ma atau ayah aku call mintak tolong dan aku boleh tolong, ma dan ayah beria-ia ucap terima kasih walhal mereka tak perlu ucap terima kasih pun sebab aku sebagai anak memang wajib tolong mereka. So takde sebab mereka nak ucap terima kasih dengan pertolongan aku yang tak seberapa kalau nak dikira banding dengan pengorbanan dan jasa mereka membesarkan aku. Percayalah, bila kau dapat tolong mak ayah kau dalam kesusahan, kau rasa nak menangis tau. Lagi-lagi bila mereka ucap terima kasih. Kau rasa?
4) Kalau nak kaya, bersedekahlah – Semua dah tahu kebaikan bersedekah. Ok. Aku tahu aku tak bekerja tapi aku pernah buat satu perlaburan yang aku anggap perlaburan paling berharga dalam hidup aku. Aku pernah sedekahkan dua barangan yang paling aku sayang. Orang kata kalau nak bersedekah, sedekahkan apa yang kita sayang. Lagi sayang, lagi baik. Masa tu Amer macam terkejut besar tau, tapi aku cakap aku redha. Aku nak tengok apa yang aku dapat bila aku ikhlaskan pemberian aku, aku tak mintak banyak, aku cuma berharap Allah bagi anak pada kami. Tapi Alhamdulilah, walaupun bukan anak yang kami dapat, rezeki lain yang datang. Macam yang aku pernah cerita yang dia setiap hari dapat job dari client untuk hire dia jadi runner (kerja kedua dia). Dengan duit tu la kami shopping, kami beli apa yang kami mahu. Kalau nak ikutkan gaji kerja pertama dia pun memang cukup-cukup untuk bayar segala bil dan hutang dan balance tinggal dalam RM500 je lagi. Itu tak kira lagi minyak motor, minyak kereta, tol dan barang dapur.
Aku rasa yang ni jela dia bagitau semalam. Aku nak bagi tips sendiri pun tak boleh sebab bukan aku yang manage kewangan. Walaupun dia suka shopping tapi dia lagi takut kalau aku manage duit sebab duit yang aku pegang selalunya akan hilang tanpa ada bayang barangan yang aku beli. Hehe.
Ok satu lagi, Amer ni jenis berdisiplin dan tegas bila melibatkan manage duit. Walaupun dia kaki shopping, tapi dia dah manage siap-siap duit shopping untuk sebulan. Macam contoh dia nak beli Iphone 6s baru-baru ni, 4 bulan dia dah start kumpul duit sikit-sikit dari kerja runner dia. Dia jenis yang kalau dia target 4 bulan, mesti kena capai dalam masa 4 bulan jugak. Kalau hp tu harga RM3700, dalam sebulan dia kena simpan duit dalam anggaran RM925. Mesti simpan! Kalau aku memang taklah, nampak RM900 je terus serbu Ikea. Hehe. So, dalam manage kewangan ni kena ada target atau matlamat. Berdisiplin tu wajib!
Matlamat dia banyak sangat – nak beli rumah, nak tukar kereta baru. Matlamat yang sama seperti rakyat marhaen yang lain jugak. Cuma dia bukan jenis manusia yang suka mengeluh. Hmm macam aku聽:P
Dua bulan lepas dia ada matlamat baru, dia nak bawak aku pergi honeymoon kat Krabi. Dan inilah duit dari hasil dia menabung untuk bawak aku pergi ke sana. Insyaallah, sempatlah kot kami nak merasa pergi bercuti kat Krabi. Kalau niat dia untuk bahagiakan isterinya, Insyaallah Allah akan permudahkan. Hehe.
Sekian dari aku yang sememangnya bukan kaki manage kewangan cuma aku sekadar bagi tips orang lain punya. Cuma aku yakin dengan rezeki dari Allah dan rezeki dari perkahwinan.