Wanita terbiasa dibesarkan perlu menjadi cantik untuk menjadi dambaan lelaki, perlu menjadi seksi untuk digilai. Namun lelaki ini kongsi, bukan wanita cantik yang jadi dambaan, namun….
Bahawa tak perlu menjadi yg tercantik
Cuma perlu memiliki akhlak dan budi yang baik
Bahawa tak perlu jadi ahlullah ibadah seperti saidatina siti maryam
Cukuplah sekadar jaga solat 5 waktu
Bahawa tak perlu pakai seksi untuk cantik
Tapi cukuplah tutup aurat dgn sempurna
Bahawa tak perlu menjadi wanita yg sempurna
Cukuplah taat dan setia pada suami
Bahawa tak perlu selalu berikan hadiah
Cukuplah selalu menjaga makan dan minum
Bahawa yang dikagumi. Lelaki bukan kecantikan
Tapi ketinggian akhlak dan sifat malu
Bahawa sifat tidak puas hati
Dapat di cukupkan dgn rasa syukur dan qanaah
Bahawa bukan wanita cantik yg menjadi dambaaan
Namun wanita solehah kerana kalianlah sebaik perhiasan
Kredit : ibnu Sobri