pic-pinterest

Selesai kini majlis kahwin yang berlangsung sempurna. Kini tiba masanya anda dan pasangan merehatkan diri berdua setelah penat menguruskan hal perkahwinan. Rancanglah ke mana anda mahu pergi sama ada di dalam negara atau pun luar negara. Bulan madu dapat mengeratkan hubungan suami isteri terutama bagi mereka yang sibuk dengan kerjaya. Inilah masanya anda mempunyai masa berdua tanpa sebarang gangguan.

Ini tip bulan madu buat bakal pengantin;

Ads
Ads
Ads
  1. Pastikan anda membuat bajet yang lengkap tentang kos pengangkutan, penginapan dan perbelanjaan sepanjang berada di sana.
  2. Pastikan tarikh cuti yang diluluskan oleh majikan anda dan pasangan bersesuaian dengan tarikh percutian.
  3. JIka anda memilih bercuti di luar negara, bajet lebih tinggi, manakala di dalam  negeri bajet lebih rendah dan mudah menyesuaikan diri dengan budaya makanan serta cuaca persekitarannya.
  4. Pastikan anda dan pasangan dalam keadaan sihat. Bawa ubat-ubatan yang perlu andai berlaku kecemasan.
  5. Faktor cuaca juga penting, susah jika anda berbulan madu di musim hujan atau cuaca yang berangin. Pilih lokasi yang tepat yang memiliki cuaca sesuai untuk anda dan pasangan.
  6. Pilih tempat yang memiliki suasana santai yang romantis yang sesuai untuk pengantin baru. Bali boleh dipertimbangkan sebagai destinasi bulan madu yang romantis.
  7. Harga tiket kerap menjadi masalah namun bijaklah membeli ketika promosi tiket yang murah. Ia sangat menguntungkan.

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI