.
Amalkan sejak awal kahwin sehinggalah dapat cahaya mata, sangat berkesan untuk ketenangan dalam berumahtangga.
Pilih pasangan yang tepat, ikut ajaran Islam supaya hidup berpasangan lebih diberkati Allah.
.
Baca secara kuat di hadapan anak setiap hari supaya mereka dapat menangkapnya dan ikut apa yang disampaikan.
Apakah Al-Ma’thurat itu?
Al-Ma’thurat adalah susunan zikir-zikir yang telah di amalkan oleh Rasulullah s.a.w untuk membenteng diri kita daripada gangguan syaitan. Al-Syahid Imam Hassan Al-Banna telah memilih dan menyusun semula himpunan zikir-zikir Rasulullah s.a.w supaya dapat diamalkan oleh umat sehingga kini. Al-Ma’thurat terbahagi kepada Kubra (panjang) dan Sughra (pendek). Kalau dilihat dalam buku ada ditandakan (*) untuk bacaan pendek bagi orang yang kesuntukkan masa.
Tidak penting kita memilih yang mana, yang paling penting kita beramal dengan istiqamah untuk membacanya pada waktu pagi dan petang setiap hari iaitu selepas solat subuh dan asar. Bacaan al-mathurat terdiri daripada ayat alquran dan zikir. Waktu tidak boleh solat boleh amalkan al-mathurat tanpa membaca ayat alquran. Yang penting, kita konsisten amalkan setiap hari. Setiap orang tidak akan lari daripada ujian dan godaan syaitan untuk melakukan maksiat serta dosa. Oleh itu sangat penting untuk kita amalkan dan menghayati zikir al-mathurat ini seperti yang diamalkan oleh Rasulullah, bererti kita membentengi diri kita dengan senjata yang kukuh dan terhidar dari syaitan terkutuk.
Al- Syahid Imam Hassan Al Banna telah membina jalan yang baik untuk mengikut sunnah Rasulullah SAW. Beliau telah memilih dan menyusun al- Ma’thurat dengan mengharapkan bimbingan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan syaitan yang penuh angkara murka. Maka alangkah baik setiap diri muslim mengamalkan zikir al-mathurat ini pada setiap pagi dan petang, siang dan malam.
Al-mathurat dimulai dengan ucapan ” Aku bermohon perlindungan Allah, Maha Mendengar, Maha Mengetahui dari setiap syaitan yang direjam” mengandungi erti bahawa setiap jiwa kita sebelum melakukan aktiviti harus menyerahkan diri kepadaNya. Ucapan itu juga menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba kepada Allah, kemudian berusaha untuk terhindar dari sesuatu yang dapat menyesatkan jiwa seseorang dari mengingat Allah.
1. Tidak dihampiri syaitan.
2. Rumah dan keluarganya terselamat daripada perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dalam urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan untuk menyelesaikan hutang-piutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang.
14. Sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
~ dan pelbagai lagi kelebihan yang hanya Allah Yang Maha Mengetahui
.
Sejujurnya, walaupun sudah hafal setiap bacaan al-mathurat, ilah masih prefer untuk membaca dari buku atau dari telefon kerana boleh melihat maksud dan makna zikir tersebut.
1. Sediakan satu buku al-mathurat di rumah.
2. Sediakan satu buku al-mathurat di dalam kereta.
3. Install application al-mathurat oleh Ustaz Don dari google playstore.
Sejujurnya, hati ilah rasa sangat tersentuh bila baca doa dan zikir al-mathurat ini. Seolah-olah satu keperluan bagi kita. Zikir dimana kita memanjat kesyukuran dengan pemberian kesihatan, perlindungan dan nikmat dunia dan akhirat. Ada doa di mana kita memohon Allah melindungi kita daripada perasaan sedih dan duka, berlindung daripada sifat lemah dan malas, berlindung daripada sifat pengecut dan kedekut serta berlindung daripada bebanan hutang dan penindasan orang. Kita semua tidak lari dari perasaan sedih dan duka, rasa lemah dan malas serta rasa takut dan pengecut. Namun begitu, kita mohon perlindungan dari sifat-sifat ini pagi dan petang dengan amalan bacaan al-mathurat.