Solat Aidilfitri adalah sunat Muakkad (sangat digalakkan) dan disyariatkan oleh Allah SWT pada bulan Syawal, tahun pertama Hijrah. Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkannyasejak mula disyariatkan sehinggalah Baginda wafat. Begitu juga para sahabat terus melakukannya selepas itu.
Solat sunat Aidilfitri dilakukan antara waktu setelah terbit matahari sehingga sebelum tergelincir matahari. Ia disyari’atkan berjamaah kepada semua mukallaf sama ada lelaki, perempuan, bermukim, musafir, orang bebas atau hamba, sama ada di surau, masjid ataupun di kawasan lapang dan terbuka.
Adalah lebih afdal, jika dilakukan secara berjemaah dan sesudahnya dibacakan dua Khutbah. Walaubagaimana pun, ia boleh dilakukan secara bersendirian.
Solat sunat Aidilfitri hendaklah dilambatkan sedikit, sedangkan solat hari raya korban perlu disegerakan. Melewatkan solat Aidilfitri bertujuan memberi masa bagi sesiapa belum mengeluarkan zakat fitrah. Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum menunaikan solat Aidilfitri.
Tujuan bersolatpada Hari Raya ini ialah untuk mengucapkan syukur kehadrat Allah SWT kerana telah memberi peluang kepada umat Islam berpuasa selama sebulan, pada bulan Ramadhan yang penuh berkat disamping dapat memperbanyakkan ibadah kerana pada bulan ini Allah SWT melipat gandakan pahala ibadah serta dipermudahkan-Nya ibadah dengan pengurungan syaitan.
Umat Islam juga berpeluang berkumpul dan memuji Allah SWT. Setelah beribadah selama sebulan meminta ampun kepada Allah, maka tibalah masa untuk meminta ampun sesama manusia pula. Pertemuan di majlis seumpama ini, membolehkan masing-masing saling bermaaf-maafan dan mempereratkan tali silatul-rahim sesama Muslim.
Sunat memperbanyak lafaz takbir pada malam dan sepanjang Hari Raya Fitri
C. CARA SOLAT AIDIL FITRI
Para ulama telah ijma’ tentang cara-cara solat hari raya berdasarkan hadith;
“Amru bin ‘Auf Al-Muzani RA meriwayatkan Nabi SAW bertakbir ketika solat dua hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha), pada rakaat yang pertama sebanyak 7 kali sebelum membaca Fatihah dan pada rakaat yang akhir sebanyak 5 kali sebelum membaca Fatihah.”
1. Niat:
2. Rakaat ke-dua:
a. Bertakbir lima kali, diselangi tasbih seperti rakaat pertama.
b. Disambung dengan bacaan al-Fatihah dan surah pilihan.
c. Teruskan sebagaimana solat yang lain sehingga selesai salam ke-dua.
1. Pada rakaat pertama:
a. Selepas Takbiratul-ihram dan doa Iftitah, bertakbir (اَلله ُ اَكْبَرُ) tujuh kali yang diselangi tasbih:
.
b. Setelah bertakbir dan bacaan tasbih ke-tujuh, bacalah surah al-Fatihah dan surah pilihan.
c. Lakukan rukun seterusnya seperti solat biasa.
2. Rakaat ke-dua:
a. Bertakbir lima kali, diselangi tasbih seperti rakaat pertama.
b. Disambung dengan bacaan al-Fatihah dan surah pilihan.
c. Teruskan sebagaimana solat yang lain sehingga selesai salam ke-dua.
E. Khutbah Solat Aidilfitri
Imam memperdengarkan Khutbah tentang zakat fitrah dan pengertian sambutan Aidilfitri sesudah solat di samping membacakan berturut-turut takbir (اَلله ُ أَكْبَرُ) Allahu Akbar;
1. Pada pendahuluan khutbah pertama – 9 kali takbir.
2. Semasa memulakan khutbah ke-dua – 7 kali takbir.
Diikuti dengan bacaan:
Tiada Tuhan melainkan Allah. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala kepujian.
.
Pada Hari Raya semua umat Islam termasuk perempuan yang haid, dituntut meramaikan perhimpunan solat Hari Raya, bertakbir dan berdoa bersama-sama, bagi mendapatkan keberkatan dan kesucian hari itu, walaupun tidak ikut sama bersolat. Perempuan yang berhias atau yang memungkinkan fitnah. Mereka hendaklah bersolat di rumah sahaja.