Mesti sesetengah orang ada mengalami masalah dagu berlapis kan atau ‘double chin’. Anda tidak perlu risau kerana masalah itu boleh diatasi. Dagu berlapis berpunca daripada lapisan lemak yang menonjol di bawah dagu.

Ia boleh terjadi kepada wanita dan juga lelaki, terutama pada orang yang berbadan besar. Mudah sebenarnya cara nak menghilangkan lemak bawah dagu ini. Jom kita lihat beberapa tips mudah secara semulajadi.

  • Kunyah gula-gula getah

Rasa Malu Sebab Ada ‘Double Chin’? Ini 7 Petua Anda Boleh Cuba!

Benda paling jimat untuk lemak dagu hilang dan gigi pun bersih serta nafas jadi segar. Sebenarnya gerakan mulut itu yang membuatkan dagu juga bersenam secara tidak langsung.

  • Guna ketulan ais

Rasa Malu Sebab Ada ‘Double Chin’? Ini 7 Petua Anda Boleh Cuba!

Letakkan ais di dalam kain/tuala kemudian tekapkan ketulan ais di bawah dagu. Tekan dan lepaskan, lakukan gerakan ini sebanyak 20 hingga 30 kali. Amalkan setiap hari, kulit bahagian dagu akan tampak semakin anjal.

Ads
  • Senaman Wajah

Rasa Malu Sebab Ada ‘Double Chin’? Ini 7 Petua Anda Boleh Cuba!

Lakukan senaman wajah dengan menyebut a,e,i,o,u sebanyak 40 kali. Amalkan senaman ini pada waktu pagi dan malam, secara konsisten. Gerakan mulut yang terhasil daripada sebutan huruf tersebut dikatakan membantu membentuk wajah menjadi lebih menarik.

  • Dongak kepala

Rasa Malu Sebab Ada ‘Double Chin’? Ini 7 Petua Anda Boleh Cuba!

Ads

Sebaik sahaja bangun daripada tidur, dongak kepala ke atas selama 15 saat. Lakukan sebanyak 10 kali, otot leher menjadi tegang. Bahagian dagu yang berlipat akan berkurangan secara perlahan-lahan.

  • Jaga pemakanan

Rasa Malu Sebab Ada ‘Double Chin’? Ini 7 Petua Anda Boleh Cuba!

Tak mahu lemak naik, pemakanan pun perlu dijaga. Elakkan makanan berlemak, ini membuatkan berat badan mudah naik. Begitu juga dengan wajah, bahagian dagu akan berlapis kalau anda suka mengambil makanan berlemak dan berkolesterol tinggi.

Ads
  • Urutan

Rasa Malu Sebab Ada ‘Double Chin’? Ini 7 Petua Anda Boleh Cuba!

Gunakan krim atau losen, lakukan urutan dagu secara menaik. Teknik urutan ini membantu memecahkan lemak dan membuatkan kulit di bahagian dagu serta leher semakin anjal. Jangan lupa amal setiap kali sebelum tidur dan bangun tidur.

  • Tidur tanpa bantal

Rasa Malu Sebab Ada ‘Double Chin’? Ini 7 Petua Anda Boleh Cuba!

Jangan tidur nak sedap, pakai bantal tinggi. Kadang baru lepas makan ada yang boleh terus lena. Mana tak jadi double chin! Lebih berkesan jika tidur tidak berbantal, ya. Kalau anda mampu lah.

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI