
Isi Kandungan
ToggleKeserasian dalam sesebuah rumah tangga amat penting agar kalian saling memahami antara satu sama lain. Dengan keserasian ini, anda dan pasangan boleh mencapai kata sepakat dan boleh mengelakkan salah faham. Kedua-duanya perlu memainkan peranan bersama.
Keserasian ini akan memudahkan anda untuk melayari bahtera rumah tangga. Segala ujian dan cabaran dapat dilalui bersama dengan tenang. Pertengkaran pasti akan ada dalam sesebuah rumah tangga tapi anda haruslah bijak dalam mencari penyelesaian terbaik.
Oleh itu, anda amat digalakkan untuk mencari pasangan yang benar-benar serasi dengan anda. Jom kita lihat tanda-tanda anda berdua adalah pasangan yang serasi menurut Ustazah Norbahyah Mahmood.
Rasa Bahagia dan Tenang
Setiap kali bersamanya, anda akan rasa tenang dan seronok. Jika mereka mampu bagi ketenangan pada anda, itu merupakan satu tanda yang kalian sudah serasi.
Rasa Selamat Dengannya
Memang naluri semula jadi manusia untuk berasa selamat dengan orang yang kita sayang. Cuba lihat kembali, adakah anda rasa selamat bila pergi ke mana-mana dengan si dia?
Bertolak Ansur Walaupun Sikap Berbeza
Keserasian itu tidak semestinya semua benda kita suka sama-sama. Keserasian itu apabila pasangan kita boleh bertolak ansur walaupun sikap kita berbeza dengannya. Ada benda yang kita suka, ada benda yang tidak. Jika dia mudah untuk bertolak ansur, itu petanda yang baik.
Susah Senang Bersama
Ini yang paling mencabar. Mampu atau tidak pasangan anda berada di samping anda pada waktu susah anda? Pelbagai cabaran yang bakal ditempuh terutamanya ketika merancang perkahwinan. Jika pasangan anda masih boleh bersabar dan menenangkan hati anda, ia merupakan satu lagi petanda yang baik.
Lebih Dekat Dengan Allah
Bila bersama, masing-masing mula berubah ke arah yang lebih baik. Kalian saling ingat-mengingati antara satu sama lain dan menasihati pasangan jika dia mula lari daripada landasan agama.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kasut Kahwin Yang Selesa Buat Bakal Pengantin Tampil Memukau

Isi Kandungan
ToggleBagi melengkapi penampilan pengantin, kasut kahwin merupakan aksesori terpenting ketika berlangsungnya sebuah majlis perkahwinan. Pemilihan kasut kahwin yang tepat pastinya diinginkan oleh pengantin agar anda boleh bergerak dengan selesa. Bahkan kasut kahwin juga mampu menyerlahkan keanggunan pengantin apabila dipadankan dengan baju kahwin yang memukau.
Buat yang tak tahu nak beli kasut apa, boleh buat carian kat sini. Nak murah gunakan kod promo ini untuk mendapatkan diskaun terhebat.
Terdapat banyak jenis kasut kahwin yang kadang kala boleh membuatkan pengantin bingung untuk memilihnya. Jadi anda haruslah bijak memilih kasut yang bersesuaian dan selesa agar ia tidak merosakkan penampilan anda sebagai ratu sehari. Kini ramai pengantin memilih kasut strappy sandals dan slingbacks sebagai pilihan.

1. JENIS KAKI BESAR

Bagi pengantin yang miliki kaki besar, elak memakai kasut jenis sling backs atau kasut ala gladiator kerana ia akan menonjolkan pergelangan kaki anda.
2. ELAK PAKAI WARNA KONTRAS
Sebaiknya, elak memakai kasut dengan warna kontras (merah, kuning) kerana ia akan membuatkan kaki kelihatan semakin pendek dan besar.
3. GUNA KASUT PUTIH ATAU BEIGE
Kasut warna putih atau beige merupakan pilihan terbaik yang patut pengantin gunakan ketika majlis perkahwinan.
4. PILIH KASUT JENIS PUMP
Untuk bentuk kasut, pilihlah kasut jenis pump (tertutup) untuk menutupi kawasan pergelangan kaki. Kasut jenis Stiletto pula akan membantu kaki anda tampak lebih panjang.

5. JENIS BETIS BESAR
Bagi mereka yang berbetis besar, sebaiknya memilih kasut jenis sling back atau strappy shoes. Model ini akan menonjolkan bahagian bawah kaki terutama pergelangan. Sebaliknya hindari kasut pump kerana akan membuat kaki anda kelihatan tenggelam.

6. TIP TAMPAK SEKSI
Anda boleh mamakai kasut bentuk apa pun namun selaraskan dengan bentuk serta warna pada baju pengantin. Usahakan untuk mengenakan kasut tinggi jika ingin keihatan seksi. Sentuhan kristal sebagai perician membuat anda keihatan glamor. Ilusi tali pada kasut juga boleh membantu menciptakan kesan kaki dan betis kelihatan lebih seimbang. Bersyukurlah anda yang memiliki bentuk kaki ideal.

TIP PAKAI KASUT TUMIT TINGGI SEBELUM MAJLIS RESEPSI
- Jika anda tidak biasa mengenakan kasut tumit tinggi, pilihlah kasut yang tidak terlalu tinggi. Walaupun kasut tumit tinggi membuat anda tampil cantik, memaksa diri anda mengenakan kasut jenis stiletto bakal mengakibatkan kaki mudah rasa sakit dan tidak selesa.
- Ada ramai wanita yang tidak mahu kelihatan lebih tinggi daripada pasangannya. Jadi, ada baiknya anda bandingkan ketinggian anda ketika mengenakan kasut dengan ketinggian pasangan anda.
- Apabila anda sudah memiliki kasut kahwin, pakailah kasut tersebut ketika fitting baju pengantin agar memudahkan pereka mengukur kepanjangan baju tersebut. Jika anda belum menemui kasut kahwin yang sesuai, cubalah cari kasut kahwin dengan ketinggian yang anda harapkan untuk dicuba ketika fitting nanti.
- Jika lokasi majlis perkahwinan anda di ruang terbuka atau ruang dengan lantai berlapis kayu, ada baiknya anda tidak mengenakan kasut tumit tinggi dengan hujung yang runcing. Kasut dengan hujung yang runcing akan menusuk ke dalam tanah serta meninggalkan goresan di lantai kayu. Oleh itu, pilihlah kasut yang hujungnya tidak terlalu runcing. Sebagai alternatif, anda juga boleh memilih kasut kahwin daripada jenis wedges.
- Meskipun anda sering mengenakan kasut tumit tinggi, memakai kasut kahwin tentu ada halangan yang berbeza. Cubalah mencari kasut kahwin dengan model dan ketinggian yang serupa dengan kasut kahwin serta kenakan kasut tersebut ketika anda ke pejabat atau keluar berjalan-jalan.
TIP PAKAI KASUT TUMIT TINGGI SELEPAS MAJLIS RESEPSI
- Segera tanggalkan kasut tinggi setelah majlis resepsi selesai supaya kaki anda boleh berehat. Merehatkan kaki juga bermanfaat untuk mencegah timbulnya urat biru.
- Sambil berehat, anda juga boleh memicit betis perlahan-lahan. Lakukan pula regangan di pergelangan kaki. Caranya dengan menaikkan dan menurunkan bahagian buku lali atau dengan gerakan berputar selama 5-7 minit. Anda juga boleh menyandarkan kaki di dinding sambil berbaring sehingga tubuh membentuk huruf L.
- Jika kaki masih terasa kejang setelah anda melakukan regangan, cubalah untuk merendamkannya di dalam air suam yang dicampur dengan garam untuk melegakan otot-otot kaki.
- Ketika tidur, pastikan kaki anda dalam posisi lurus untuk melancarkan aliran darah dan mencegah otot tersepit.
- Berjalanlah di atas jalan yang berbatu atau menggunakan sandal relaksasi. Selain mencegah urat timbul, latihan ini dapat melancarkan aliran darah, melegakan otot serta meningkatkan fungsi saraf.
Semoga tip ini bermanfaat buat bakal pengantin.
Sudah tahu tip ini, jangan lupa kod promo ini!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
7 Sebab Kenapa Kami Gilakan Telefon Pintar 5G Mampu Milik HUAWEI nova 7 SE Ni! Hanya RM1,499!

Isi Kandungan
ToggleHUAWEI nova 7 SE, Telefon pintar 5G ni hanya berharga RM1,499 je tau! Jom ketahui kehebatannya dengan Isabel Koh, pengurus jenama HUAWEI nova!
Terfikir apakah gajet terkini sesuai diletakkan pada dulang hantaran untuk si kekasih hati? Bukan sahaja cantik untuk digayakan, gajet ini juga mempunyai rekaan stylish sesuai dengan citarasa anak muda hari ini yang cintakan fesyen juga gaya.
Korang tau tak, telefon pintar 5G HUAWEI nova 7 SE ialah telefon terbaharu HUAWEI yang dijual pada harga serendah RM1,499 je tau! Ni bermakna telefon ini merupakan telefon pintar 5G yang paling mampu milik di Malaysia! Ia bakal menemui korang di pasaran pada 19 Jun ini bersama dengan FreeBuds 3i yang juga akan dilancarkan pada harga RM399.
Kalau korang beli telefon ni mulai 19 Jun, korang boleh nikmati ganjaran berganda seperti berikut:
- Hadiah percuma bernilai sehingga RM1,256*, termasuk HUAWEI Band 4, HUAWEI Cloud Storage 15GB untuk setahun, nova casing, HUAWEI Video (bawah kategori Dimsum) untuk tiga bulan, dan ganjaran Member Center bernilai sehingga RM1,000* (*ganjaran berbeza daripada rakan kongsi HUAWEI)
- Hadiah percuma dari HUAWEI AppGallery Carnival 2020 untuk setiap pembelian*
- Sesi Cabutan Bertuah AppGallery Carnival: peluang memenangi Proton X70*
Sementara stok masih ada dan tertakluk pada terma & syarat**
Jadi apa perlu difikirkan lagi? Sebelum memilikinya semua bakal pengantin harus tahu bahawa ada tujuh ciri yang menjadikan Siri HUAWEI nova 7 wajib anda miliki bulan ini.
WARNA ELEGAN DAN ROMANTIK
Tarikan pertama, tentu sekali pesona warna yang bergaya ditampilkan. Bak kata orang, “dari mata turun ke hati”. Apabila anda melihat warnanya yang menarik, tidak mustahil anda akan terpikat dan terdetik untuk memastikan telefon pintar baharu ini berada dalam genggaman.
HUAWEI nova 7 SE hadir dalam pelbagai warna yang dilengkapi dengan laminasi warna. Model Space Silver mempunyai reka bentuk kecerunan tiga warna unik yang dibuat dengan proses maju yang terkemuka di industri, sekali gus memberikan Siri HUAWEI nova 7 baharu kemasan unik yang membolehkan cahaya memancar secara berbeza dari perspektif berbeza.
Warna lain untuk HUAWEI nova 7 SE ini termasuk Crush Green dan Midsummer Purple. Kedua-dua warna ini juga tidak kurang hebat tarikannya. Maka anda perlu tahu warna kegemaran buah hati anda supaya tidak salah beli buatnya nanti.
LEBIH RINGAN
Didatangkan dalam rekaan yang lebih ringan. Ini menepati cita rasa pada masa kini yang mana ciri telefon ringan dan nipis, sememangnya menjadi kegemaran ramai kerana senang dibawa ke mana-mana.
Siri HUAWEI nova 7 yang baharu menampilkan reka bentuk yang berpusatkan minimalis untuk kedua-dua perisian dan perkakasan.
Jadi, ia bukan sahaja membolehkan prestasi yang unggul tetapi juga mengurangkan ruang dimilikinya oleh pemproses dan menghasilkan ukuran motherboard lebih kecil, serta lebih ringan dan badan telefon pintar yang nipis.
KAMERA TERBAIK
Hebatnya telefon ini ia mempunyai 64MP AI Quad Kamera, wow, ia sangat menepati citarasa anda yang mahu sebuah telefon pintar dengan kualiti kamera terbaik Disokong oleh pemproses Kirin 820 yang kuat dan keupayaan AI yang kuat, membolehkan fotografi dihasilkan dalam definisi tinggi berkualiti tinggi.
Begitu juga untuk gambar malam, ia memberikan hasil menakjubkan dan kualiti video 4K yang luar biasa. Turut dilengkapi dengan kamera depan 16MP yang menggunakan apertur f / 2.0 yang besar dengan ukuran piksel 1.0 um, sehingga dapat menangkap lebih banyak cahaya dan perincian dalam gambar swafoto.
Kamera depan juga menyokong Super Night Selfie 2.0 untuk rakaman swafoto cahaya rendah. Kebisingan dikendalikan dengan algoritma BM3D, sementara itu perincian ditingkatkan dengan menyusun beberapa bingkai RAW bersama-sama. Hanya memerlukan dua saat untuk kamera menghasilkan potret diri yang benar-benar menarik.
MOD DUAL KAMERA YANG HEBAT
Telefon pintar ini turut mempunyai Mod Video Paparan Dwi. Siri HUAWEI nova 7 baharu ini menyokong Dual-View Video Mode yang memanfaatkan sepenuhnya kamera depan dan belakang untuk merakam momen di kedua-dua belah pihak. Kamera belakang menyertakan lensa makro untuk pengambilan gambar jarak dekat, yang membolehkan pengguna merakam detik indah dalam kehidupan seharian.
BATERI LEBIH TAHAN LAMA
Kelebihan lain, ia dilengkapi dengan bateri 4000mAh yang besar dan HUAWEI SuperCharge 40W. Ini membolehkan Siri HUAWEI nova 7 yang baharu dicas 70% dalam masa setengah jam.
TELEFON PINTAR 5G PALING BERBALOI
Jangan tidak tahu, peranti ini adalah telefon pintar 5G paling mampu di Malaysia untuk dimiliki. Di samping itu, ia turut menjadi telefon pintar jarak jauh pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan teknologi 5G.
Barangkali, ada yang tertanya-tanya berapa banyak wang yang perlu dikeluarkan dari dalam poket mereka untuk memilikinya.
Jangan risau! Walaupun dengan kemasan yang menarik, pengalaman fotografi dan video berkualiti premium dan prestasi yang luar biasa, Siri HUAWEI nova 7 yang baharu akan dilancarkan pada harga RM2,000 ke bawah.
MEETIME BERSAMA HUAWEI
Satu lagi keistimewaan telefon pintar baharu ini, sudah semestinya HUAWEI Share dan MeeTime yang terdapat padanya.
Siri HUAWEI nova 7 diprapasang dengan MeeTime untuk menyokong panggilan video FHD 1080p dengan antara peranti HUAWEI lain.
Melalui MeeTime, anda boleh membuat panggilan telefon dari peranti HUAWEI ke HUAWEI dengan menggunakan sambungan Internet sahaja.
HUAWEI Share pula, ciri perkongsian fail, pengguna dapat menggunakan kaedah menyeret fail antara peranti dengan lancar untuk memastikan kemudahan yang optimum.
HUAWEI FreeBuds 3i
HUAWEI FreeBuds 3i yang terbaharu dan dipertingkatkan ni datang dalam bentuk kon yang ergonomic bagi penggunaan berpanjangan yang selesa. Bakal dilancarkan pada 19 Jun, ia boleh disambungkan dengan HUAWEI nova 7 dan berharga RM399 je.
HUAWEI AppGallery
Mengenai HUAWEI AppGallery yang ada Siri HUAWEI nova 7, tidak boleh dihebahkan lagi kerana ramai sudah tahu ia mempunyai kelebihan tersendiri, malah sebilangan besar aplikasi yang sering digunakan di Malaysia, tersedia di AppGallery ini.
Tonton video untuk mengetahui lebih lanjut tentang HUAWEI AppGallery:
Maklumat lanjut mengenai HUAWEI AppGallery, layari https://consumer.huawei.com/en/mobileservices/appgallery/
Sertai HUAWEI AppGallery Carnival!
HUAWEI AppGallery Carnival kini kembali! Dari 19 hingga 30 Jun ini, korang berpeluang merebut pelbagai tawaran dan memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM2juta! Terdapat di semua HUAWEI Experience Stores (HES), antara hadiah yang menanti ialah Proton X70 dan 500 buah skuter elektrik.
Kalau korang tak sabar nak tunggu hingga 19 Jun, jom singgah di Huawei Store untuk dapatkan baucar bernilai sehingga RM160. Apa tunggu lagi?
Nikmati ganjaran menarik dengan Member Centre Rewards
Dengan setiap pembelian HUAWEI nova 7 SE, korang boleh dapatkan pelbagai ganjaran menarik bernilai lebih daripada RM1,000! Antara rakan kongsi yang menawarkan ganjaran yang ada termasuklah AirAsia Big, Baskin Robbin’s, Domino’s Pizza, Puma, Texas Chicken, Lazada dan banyak lagi!
Kami juga tawarkan ganjaran, Baucar Diamond Royale untuk penggemar permainan video!
Cara untuk menebus ganjaran:
- Buka HUAWEI AppGallery > pilih ‘Gift’ > tebus hadiah Free Rire ‘Diomond Royale’ > salin kod
- Layari https://reward.ff.garena.com > log in akaun Free Fire anda > masukkan kod penebusan > klik ‘Confirm’
Jom singgah di HUAWEI Store atau HES yang terdekat sekarang!
Jom singgah di Huawei Store atau Huawei Experience Stores (HES) yang terdekat sekarang untuk ketahui lebih lanjut tentang nova 7 SE. Yang lagi best, HUAWEI juga menawarkan installment plan yang bermula dari RM5.20 sehari bagi mengurangkan beban korang
Dengan kelebihan dan keistimewaan yang dimiliki Siri HUAWEI nova 7 tentu ada yang tidak sabar untuk memilikinya.
Bagi yang ingin tahu maklumat lebih lanjut boleh layari sini.
Anda juga boleh kunjungi mana-mana HUAWEI Store yang berdekatan dengan anda untuk mendapatkan lebih kepastian mengenai Siri HUAWEI nova 7 yang akan berada di pasaran tidak lama lagi. Untuk informasi selanjutnya, sila klik sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pilihan Baju Sedondon Sempurnakan Hari Raya Aidil Fitri

Beberapa minggu lagi Syawal bakal menjelang. Ada sesetengah dari kita membuat persediaan lebih awal iaitu seminggu sebelum masuknya bulan Ramadan. Ini kerana ada yang berfikir mahu menumpukan sepenuh perhatian mereka kepada amal ibadat sepanjang bulan yang mulia itu.Malah ada yang menempah awal baju raya memandangkan tukang jahit ada tempoh tertentu di mana mereka tidak mahu menerima tempahan lebih dari waktu tersebut.
Dalam hal ini wanita sangat arif membuat tindakan pantas menentukan warna tema pilihan untuk pasangan mahupun keluarga. Mereka sudah membuat rujukan iklan baju raya di facebook dan instagram. Tenyata rambang mata dibuatnya. Semuanya nampak menggoda kalau boleh semua ingin diborong. Sudah menjadi kebiasaan memakai rona sedondon di hari raya menjadikan anda dan pasangan tampil bergaya , sehati dan sejiwa.
Sekiranya ingin membuat baju raya tema sedondon, seboleh mungkin elakkan daripada hanya utamakan minat sendiri semata-mata. Manakala warna baju untuk suami seolah-olah terpaksa mengikut yang telah isteri pilih. Akibatnya, ada kemugkinan warna baju raya tersebut tidak menonjolkan kewibawaan diri suami sewaktu dipakai. Contohnya seperti warna shocking pink, oren pinang masak, kuning terang dan hijau pucuk pisang.( agak janggal untuk lelaki memakai rona ini)
Mungkin baju raya warna sedondon itu nampak ceria apabila bergambar sekeluarga. Namun, penggunaannya selepas itu seperti suami memakai sendirian sewaktu ke masjid atau pejabat (etika pakaian sut baju Melayu untuk ke pejabat awam) akan menampakkan dirinya janggal dan tidak berwibawa. Sebaik-baiknya, pilihan tema baju raya warna sedondon perlu mengambil kira kesan terhadap imej dan keperibadian diri suami untuk memakainya pada jangka masa lebih panjang.
1)HITAM
- Hitam juga sangat eksklusif untuk penampilan yang nampak elegan dan seksi.
- Kadangkala membawa maksud warna yang mahu menyembunyikan diri contohnya wanita yang ingin kelihatan kurus sesuai memakai warna ini.
- Pakaian berwarna putih sesuai dipakai dalam keadaan cuaca yang panas kerana ia memantulkan haba dan cahaya. Namun, cabarannya ialah untuk mengekalkan kebersihan dan warnanya selain boleh menjadi seksi jika material pakaian tersebut agak jarang dan nipis.
- Warna putih juga sinonim sebagai lambang kesucian dan kebersihan walaupun agak sukar untuk mendapatkan warna putih yang asli kerana kebanyakannya mempunyai beberapa tona yang berbeza.
- Putih juga termasuk warna yang natural kerana boleh dipadankan dengan kesemua warna yang lain.
- Merah adalah warna tenaga, jadi seseorang yang ingin tampil dengan lebih yakin diri sesuai memakai pakaian atau aksesori berwarna merah.
- Jika memakai pakaian berwarna merah, berhati-hati dalam memilih warna lipstick. Pastikan warna lipstick adalah sama tona dengan warna merah pada pakaian. Boleh sedikit cerah atau sedikit gelap.
TIP BELI BAJU RAYA
-Sekiranya baju raya memang menjadi kebiasaan untuk dijadikan antara pakaian sewaktu ke pejabat maka pilihannya mestilah menepati kategori pakaian untuk tampil profesional sewaktu memakainya.
-Agar lebih kelihatan menarik, pilih baju raya mengikut trend semasa
-Ikut warna tema tahunan atau warna yang belum pernah dibeli lagi.
-Pilih material kain yang selesa kerana anda yang bakal menyarungnya sepanjang berkunjung ke rumah tetamu
-Lebih praktikal jika pilih baju raya yang boleh dipakai untuk pelbagai majlis
-Pilihlah yang sopan menutup aurat ( bagi wanita)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI