Tak perlu sembunyikan liang pori terbuka, anda patut usahakan untuk rawat masalah ini daripada terus nampak mengganggu waktu nak mekap. Nak-nak sebelum bersanding!
Okay, bagi anda yang mencari jalan yang paling mudah untuk menyembunyikan liang pori, boleh cuba cara ini.
Rawat Masalah Liang Pori Terbuka
Menurut Syahira Farzana, petua itu sekadar trik dan bukannya untuk menghilangkan pori dalam jangka masa yang panjang.
Salah satu cara yang boleh mengurangkan masalah ini adalah dengan memastikan kulit wajah sentiasa bersih.
Ini antara rutin penjagaan wajah yang patut anda buat di rumah.
Double cleansing
Walaupun anda bukanlah sejenis yang suka mekap, tapi segala minyak dan kotoran yang ada di muka juga perlu dibersihkan. Sunscreen, free radicals, bedak baby, compact powder ini semua mampu untuk menyumbatkan pori korang.
Oil-based cleanser mampu untuk deep cleansing dengan menggunakan oil-attract-oil rule sebab ia lebih power daripada micellar atau cleansing water.
Lakukan rutin ini setiap malam walaupun korang duduk rumah sepanjang hari. Bila buat double cleanse ni, anda akan rasa kulit jadi lebih bersih dan lembut.
Ads
Exfoliate
Merupakan proses pengelupasan kulit mati dan ia juga adalah rutin untuk menyelesaikan segala masalah ulit. Nak hilangkan parut, exfoliate. Nak glowing, exfoliate. Nak kulit smooth juga boleh exfoliate tapi kena guna cara yang betul. Jangan sampai over-exfoliate.
Untuk rutin exfoliate harian, wanita ini menggunakan TO Glycolic Toning Solution. Cosrx BHA guna kat area hidung dan tempat ada jerawat. Scrub tu pula digunakan bila memakai mekap atau time area hidung rasa kasar.
Kalau hari tu dah guna scrub, chemical exfoliate dah tak guna lagi. Tak boleh guna kedua-duanya dalam masa yang sama.
Clay mask
Clay mask ni guna seminggu sekali pun dah cukup. Kira macam special treatment ala-ala facial spa untuk merawat kulit muka sendiri di rumah.
Ads
Essences
Selalunya essence berfungsi membesarkan pori, jadi kena rajin baca label. Fermented ingredients especially fermented rice macam dalam essence Naruko Jing Cheng ni memang boleh minimize pores.
Bio Essence Rose Gold pun okay juga sebab ada niacinamide, sama seperti Secret Key FTE dan Missha Time Revolution FTE.
Jadi, anda boleh pilih mana-mana essence yang anda suka, yang penting baca bahan-bahan dan kegunaannya.
Pore tightening serum
Ads
Cari serum yang boleh mengetatkan liang pori dan baca product description sebelum beli. Tapi nak diingatkan, serum ni booster saja. Kalau basic routine tak complete, kesannya juga tidak akan menjadi. Skin booster bermaksud, beri kesan extra pada rutin tapi kalau pakai serum ini saja, kesannya kurang impak.
Pore sleeping pack
Waktu tidur adalah waktu terbaik untuk merawat kulit. Daripada pakai krim malam baik korang pakai sleeping mask. Ia berfungsi untuk penghidratan dan mengelakkan daripada kehilangan kelembapan.
Waktu tidur menyebabkan kulit kita kering dan disebabkan itu bila bangun tidur muka jadi lebih beminyak tau krim. Jadi, rutin ini sangat baik untuk dilakukan sebelum tidur.
Sunscreen/sunblock
Ini sebagai pelindung kulit nombor satu dan merupakan rutin anti penuaan yang paling asas. Kalau tak pakai, semua effort anda akan jadi sia-sia. Pori besar adalah salah satu tanda UV damage.
Kalau nak kulit cantik tanpa masalah liang pori besar, mana boleh malas. Jangan lupa cuba, ya!
Fenomena Aurora merupakan antara salah satu keajaiban di dunia ini. Bagi anda yang gemar mengembara tentunya ada dalam senarai ‘wishlist’ untuk melihat fenomena ini di depan mata sendiri bukan?
Ada tujuh negara kita berpeluang melihat fenomena Aurora Borealis iaitu di Norway, Iceland, Finland, Swedan, Canada, Alaska (USA) dan Rusia. Waktu terbaik untuk ke lokasi-lokasi tersebut ialah antara bulan September hingga April. Namun waktu yang paling ‘cantik’ untuk menikmati Aurora Borealis adalah pada bulan Disember dan Januari.
Bagi pasangan yang gemar mengembara, boleh jadikan destinasi ini sebagai lokasi berbulan madu. Boleh kumpul duit sedikit demi sedikit.
Menerusi perkongsian Azira Aziz yang kini menetap di Norway, selama 11 tahun berada di Norway, dia sebenarnya pernah melihat aurora di langit namun tidak menyedarinya. Malah Azira hanya menganggapnya sebagai awan biasa sahaja.
Demi merealisasikan impiannya untuk melihat Aurora yang ‘sebenar’ maka wanita ini telah menyertai trip aurora. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam. Kongsinya lagi, masing-masing menguji telefon bimbit dan kamera sementara menunggu Aurora muncul.
“Ketika itu jam 7.24 malam. Hampa. Bacaan KP pun 0 dan peluang tengok Aurora pun 0. Hmmm, takpalah. Kalau takde ni, kena mai balik semula hujung bulan oktober. Pasti ada aurora,” katanya.
Perjalanan diteruskan hingga ke Skibotn Lyngenfjord. Ketika itu ujar Azira, banyak awan dapat dilihat. Azira dan rombongan tripnya menunggu sehingga setengah jam. Agak lama juga mereka berdiri. Ada juga yang sudah mula ‘membeku’ gara-gara lupa membawa sarung tangan, tertinggal sarung tangan di dalam van, lupa beli dan sebagainya. Kebanyakannya ujar Azira pelajar-pelajar dari Jordan.
Tiba-tiba seorang daripada mereka bersuara kerana ternampak cahaya berwarna hijau. Azira segera menunjukkan gambar yang dirakamnya kepada pemandu pelancong. Ternyata memang itulah aurora yang masing-masing ingin melihatnya.
“Semua peserta bersorak kerana kami berjaya ‘jumpa’ Aurora bukannya pemandu pelancong. Bangga jugalah kami ketika itu,” jelas Azira.
Ujar Azira lagi, dia sempat berdoa agar diberikan peluang untuk melihat sendiri ‘kehadiran’ Aurora. Sebelum itu, setiap hari Aurora kelihatan di langit. Bacaan KP 9. Namun ketika rombongan Azira ke lokasi tersebut, cuaca agak buruk dan hari pula hujan. Awan pula penuh dilangit. Azira hanya mampu bertawakal sahaja. Alhamdulillah akhirnya hajat untuk Azira melihat sendiri Aurora akhirnya tercapai juga.
TIP UNTUK MELIHAT AURORA YANG DIKONGSIKAN OLEH AZIRA:
Muatnaik aurora forecast pada telefon pintar masing-masing.
Gunakan ‘night mode.’ Jika mahir menggunakan secara manual lebih bagus. Setiap telefon lain-lain fungsi.
Cuba:
Iso: 1600
Focus: manual
Speed: 4
Kadang-kadang tidak nampak dengan mata kasar. Jangan keliru aurora dengan awan.
Pastikan langit cerah. Kurang awan lagi baik. Jika hujan peluang agak tipis.
Walaupun ramalan Aurora cuma KP 0.33, tidak mengapa. Sabar dan terus berdoa agar berpeluang melihat Aurora.
Walau bagaimanapun anda harus bersedia kerana bukannya pasti Aurora akan memunculkan diri. Semuanya bergantung kepada keadaan juga.
Selain tempat-tempat yang disebutkan, Utara China, Scotland, Estonia, Faroe Island dan Ireland, Utara China juga antara tempat-tempat Aurora dapat dilihat namun begitu kebarangkaliannya adalah rendah. Pendek kata semuanya bergantung kepada nasib.
Nampaknya keluarga Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa dan suami, Ustaz Dr Azahar Yaakub selamat menerima menantu pada 2 Februari lepas. Tahun 2022, ahli akademik dan personaliti dakwah ini telah mempunyai dua orang menantu dalam keluarga bahagianya.
Anak lelaki Ustazah Norhafizah iaitu Asyraf Murtadha selamat bergelar suami kepada Aisyah Zafirah selepas melalui alam pertunangan kira-kira lima bulan lamanya. Manakala kakak kepada Asyraf, Nur Nadratun Naeemah selamat melangsungkan perkahwinan pada awal September 2020 yang lalu.
Majlis perkahwinan Asyraf dan Aisyah menarik perhatian Pesona Pengantin memandangkan majlis yang dilangsungkan oleh disambut dalam suasana sederhana namun meriah walau pandemik Covid-19 masih belum menemui noktahnya. Mematuhi segala syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, majlis meraikan raja sehari dihadiri tetamu dalam jumlah yang terhad. Malah, perkongsian majlis pernikahan pasangan mempelai di platform media sosial Ustazah Norhafizah menerima ucapan tahniah dari pelbagai lapisan masyarakat.
Ramai memuji penampilan menantu Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa , Aisyah Zafirah. Memiliki raut wajah jelita dan redup, penampilan Aisyah yang sopan tatkala dalam persalinan akad nikah melambangkan ciri muslimah yang menjadikan majlis akad nikah sebagai satu momen indah yang mencipta memori istimewa. Malah, penampilan sama cantik sama padan pengantin lelaki juga turut menyerlah di majlis akad nikah pasangan ini.
Pasangan ini selamat dinikahkan pada 2 Februari lalu. Manakala majlis kenduri kesyukuran menyambut menantu telah berlangsung pada 5 Februari lalu bertempat di Dewan Tan Sri Ainudin Wahid UTM Kuala Lumpur. Sebagai seorang ibu, Ustazah Norhafizah terbuka berkongsi hari bahagia anakanda tersayang bersama warga maya.
Kongsi Ustazah,
“Anak teruna umi, Asyraf Murtadha telah sah menjadi suami kepada puteri impian umi, Aisyah Zafirah. Titipan doa dari umi dan abi bahkan seluruh keluarga besar kedua-dua belah pihak untuk kalian melayari bahtera rumah tangga dengan penuh Sakinah Mawaddah Wa Rahmah.
Sejujurnya kami tidak berbelanja besar. Allah mudahkan dan semuanya berjalan lancar dengan belanja yang sederhana.Semoga tuan puan sahabat semua sudi mendoakan pasangan pengantin dengan doa kebaikan dunia akhirat untuk mereka.”
Moga perkahwinan Asyraf dan Aisyah diberkati dunia akhirat dan berbahagia hingga ke syurga.
Kredit foto: Instagram Ustazah Norhafizah Musa
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Roti yang tidak habis dimakan jangan dibuang. Ada cara bagaimana nak bagi ‘laku’ roti yang kita beli itu.
Marilah kita cuba buat Jemput-jemput Roti Bawang seperti yang dikongsikan oleh Suhaidayunie F Rayyan
Selepas ini tiada lagi roti-roti yang tak habis dimakan dan dibuang. Makan panas-panas dengan kopi ‘O’ terbaiklah!
RESIPI JEMPUT-JEMPUT ROTI BAWANG
BAHAN-BAHAN:
Roti (5 hingga 6 keping) – carik-carikkan
4 ulas bawang merah – tumbuk kasar
2 ulas bawang putih – tumbuk kasar
1 atau 2 sudu besar ikan bilis (telah digoreng)- tumbuk kasar
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
Sedikit garam dan lada sulah untuk penyedap rasa
Air suam
CARA MEMBUAT:
1. Adun dan gaul semua bahan. Biar sekata.
2. Sudukan adunan dan masukkan ke dalam minyak yang sudah dipanaskan di dalam kuali.
3. Agak-agak kekuningan bolehlah diangkat. Sedap dimakan panas-panas. Boleh cicah dengan sos cili atau pun sos cili Thai.