Dalam dunia moden sekarang dengan kehadiran pelbagai menu makanan yang lazat ramai yang tidak menitik berat kan diet pemakanan yang betul. Kebanyakkan penyakit yang datang secara tiba-tiba sebenarnya ialah kesan jangka masa panjang jika kita tidak menjaga pemakanan harian kita. Penyakit! Rasanya tidak ada seorang pun yang menginginkan penyakit datang menyerang tubuhnya. Namun mereka cuma mengatakan tidak ingin, tanpa ingin ambil tahu hal perkara yang perlu dijauhi supaya penyakit tidak menyerang. Umumnya dari kebiasaan rutin aktiviti yang tidak sihat dan pola makan yang tidak baik membuat seseorang diserang penyakit. Bahkan tidak cuma penyakit biasa, kerapkali orang diserang oleh penyakit yang memudahkan nyawa mereka seperti penyakit jantung, diabetes, kencing manis serta darah tinggi. Penyakit ini memang sangat banyak dihadapi oleh masyarakat kita tidak mengira umur dan jantina. Bila dilenggahkan rawatan bagi penyakit ini akan semakin parah dan boleh menyebabkan kematian.
Namun kita hidup didunia ini sudah ada aturan serta semua sesuatunya telah disiapkan oleh Allah. Begitu juga dengan penyakit, tentu ada ubat untuk mengubati. Untuk anda yang menderita penyakit jantung, diabetes, kencing manis dan darah tinggi, boleh gunakan kelapa muda serta serai untuk menyembuhkannya. Bagaimana caranya? Tidak begitu susah dan anda dapat melakukannya dengan mudah dan cepat. Ini dia cara membuatnya:
Sediakan satu kelapa muda; Tiga batang serai ; Tujuh biji halba ; Cara membuatnya begitu mudah, masukkan tiga batang serai yang telah diketuk tadi ke dalam air kelapa dan kemudian masukkan tujuh biji halba (cari di kedai ubat atau kedai biasa pun ada jual) tadi kedalam kelapa muda dan panaskan. Sesudah itu minumlah ramuan itu, ambil dua kali dalam sehari selama dua minggu.
Rasakan perubahan serta khasiatnya untuk badan anda, penyakit jantung, diabetes, kencing manis serta darah tinggi anda akan hilang secara perlahan. Tidak ada penyakit yang tidak dapat disembuhkan bila kita ingin berusaha. Kerana Allah telah menciptakan ubat untuk orang-orang yang berpenyakit. Bila semua cara telah anda lakukan namun penyakit tidak kunjung pulih bermakna itu telah ketentuan Allah. Serta cara nya anda harus memohon ampun kepadanya. Semoga bermanfaat, Kongsikan kepada rakan-rakan dan keluarga anda.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sebelum Tempah Kek Kahwin, Ikut Panduan Ini
Selain persediaan yang penting seperti mencari barang hantaran, baju pengantin, juru solek dan sebagainya, antara yang tidak kurang penting ialah kek kahwin. Acara potong kek sudah menjadi acara kemuncak yang ditunggu-tunggu oleh para tetamu undangan. Oleh itu pilihan kek kahwin yang tepat menjadi kemestian dan tidak boleh dipandang remeh.
Buat anda yang bakal berkahwin boleh semal tip yang dikongsi oleh Tania dari theheartyhome sebagai panduan sebelum membuat tempahan kek.
- Tempah kek tiga hingga enam bulan sebelum berlangsungnya majlis kerana tempahan saat akhir jarang diterima oleh pembuat kek.
- Pastikan membuat follow up sebulan sebelum majlis untuk memastikan tempahan tidak tercicir atau terlepas pandang.
- Pilih jenis salutan kek mengikut lokasi. Kek fondant lebih sesuai untuk suasana dewan yang berhawa dingin. Bunga sugarpaste serta struktur kek dapat bertahan beberapa jam sebelum majlis berlangsung. Kek buttercream boleh bertahan selama dua atau tiga jam di bawah kanopi atau khemah yang teduh dan tidak terkena panas terik sebelum mula cair dan berminyak.
- Pastikan kos untuk kek dan dapatkan sebut harga dari pembuat kek. Nyatakan bajet kepada pembuat kek dan tanya kek apa yang dia dapat hasilkan dengan bajet yang diberikan. Kek fondant kebiasaannya lebih mahal dari kek buttercream berhias bunga segar atau buah-buahan.
- Jika pengantin tidak merancang untuk menghidangkan kek kepada semua tetamu, tempah kek yang tidak begitu besar dan banyak tingkat. Selain dari menjimatkan kos, ia juga dapat memastikan pengantin tidak terlindung oleh kek semasa acara memotong kek.
- Pengantin mungkin juga mahu beberapa kek setingkat menjadi antara pemanis mulut di ‘dessert table’ dan tidak menyediakan hanya satu kek bertingkat. Ini opsyen sebahagian pengantin zaman sekarang.
- Pilih pembuat kek yang beroperasi tidak terlalu jauh dengan tempat berlangsungnya majlis dan pastikan dia akan menghantar kek ke lokasi. Kek perkahwinan amat fragile dan perlukan perhatian yang teliti semasa proses penghantaran dan set-up. Jikalau ia berjalan terlalu jauh, ia terdedah kepada semakin banyak risiko kerosakan atau kemalangan. Tidak digalakkan pengantin atau wakilnya mengambil sendiri kek perkahwinan dari lokasi pembuat kek. Seorang pembuat kek yang berhemah dan profesional akan menyediakan perkhidmatan penghantaran kek perkahwinan kepada pelanggannya yang kos penghantarannya telah dipersetujui sebelumnya.
- Pilihlah hiasan dan stail kek yang bersesuaian dengan personaliti pengantin. Ada yang sukakan hiasan kek perkahwinan konsep tradisional seperti bunga dan tends dan ada yang kini memilih kek diselaputi ganache cokelat bersama buah beri.
- Pastikan wakil pengantin menyimpan beberapa kepingan kek untuk pengantin menikmatinya selepas selesai majlis. Pengantin akan terlalu sibuk dan penat hingga tidak dapat menikmati kek perkahwinan sendiri jadi sebelum dihidangkan kepada kaum keluarga dan sanak saudara, pastikan memesan kepada orang terdekat untuk menyimpan beberapa kepingan kek untuk pengantin.
Sumber Foto: instagram theheartyhome
Episod menarik Ahad ( 11 November) jam 7 malam di Astro Prima dan Maya HD
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Inilah Cabaran Selepas Berkahwin , Hadapi Dengan Tenang Dan Sabar
Masa bercinta semuanya indah dan ‘sweet’. Segala yang dikatakan akan dituruti oleh pasangan. Ramai pasangan beranggapan keindahan itu akan kekal sebaik memasuki alam rumah tangga.
Baca perkongsian tentang realiti hidup selepas berkahwin yang dikongsi oleh baitulmuslim.com tentang cabaran yang bakal dilalui oleh pasangan selepas mendirikan rumahtangga. Jangan risau atau takut pula nak berkahwin , artikel ini sebagai pengetahuan buat bakal pengantin.
Sukar tinggalkan gaya hidup semasa bujang
Perkara ini memang biasa terjadi kepada golongan muda dan biasanya lelaki lebih susah untuk mengubah perkara ini daripada perempuan. Biasanya lelaki susah untuk meninggalkan hobi mereka seperti lepak atau ‘mengeteh” sehingga lewat malam ataupun menghabiskan masa bermain permainan video. Sepatutnya selepas berkahwin dan jika mempunyai anak di awal perkahwinan anda sepatutnya kurangkan perkara tersebut atau berhenti terus kerana buat masa tersebut anda sepatutnya melebihkan masa bersama anak atau isteri dan pada awal perkahwinan adalah waktu yang sangat penting untuk memastikan rumah tangga tersebut mampu bertahan atau tidak.
Kehidupan rumah tangga tidak seperti yang diharapkan atau diinginkan
Sebelum berkahwin semestinya anda telah merancang pelbagai perkara namun kebanyakkanya sukar untuk dicapai disebabkan pelbagai faktor dan disaat ini juga pasangan suami isteri biasanya akan mengenali kriteria atau perangai sebenar pasangan masing-masing. Pada waktu ini sangat penting untuk bertolak ansur dan jangan sebab tidak tutup lampu atau letak baju merata-rata sahaja anda boleh bergaduh besar.
Pembahagian tugas dan peranan
Perkahwinan adalah bermakna anda akan mempunyai tanggungjawab sebagai suami atau isteri dan seperti kebiasaan kita tahu yang tugas suami adalah mencari nafkah untuk keluarga dan menyediakan keperluan bagi keluarga seperti rumah pakaian dan sebagainya. Isteri pula diberi tanggungjawab untuk menguruskan urusan rumahtangga seperti memasak atau menjaga anak. Tetapi hakikatnya, dalam zaman yang serba mencabar ini, peranan ini belum tentu akan dapat digalas sepenuhnya oleh seorang suami mahupun isteri. Pada masa kini, kos sara hidup yang serba meningkat tidak memungkinkan seorang suami menyara isteri dan keluarga sendirian. Ketika inilah ehsan dan tolak ansur isteri diperlukan. Dalam masa yang sama juga, suami harus bertolak ansur membantu isteri melakukan tugas-tugas di rumah. Maka dengan demikian barulah wujud kesefahaman dalam rumahtangga pasangan tersebut.
Selalu berbeza pendapat
Perkara ini sering berlaku di awal perkahwinan dan biasanya pasangan suami isteri akan berbalah dan bertekak dalam membicarakan perkara yang remeh-temeh dan masing-masing akan cuba mempertahankan ego masing-masing. Pada masa ini anda mungkin akan merasakan pendapat anda lebih baik dan perlu diikuti . Ini berlaku kerana sebelum berkahwin pasangan tersebut membuat keputusan sendiri tanpa perlu mengambil kira pandangan orang lain ,namun setelah berkahwin kebanyakan keputusan yang dibuat perlulah dipersetujui bersama.
Hubungan dengan keluarga mertua
Selepas berkahwin, anda bukan sahaja telah menjalinkan hubungan dengan pasangan anda sahaja namun dengan seluruh keluarga pasangan anda juga. Disebabkan itu perlunya anda pandai bergaul dengan keluarga baru. Mungkin akan ada keluarga yang senang bergaul namun tidak mustahil terdapat sebilangan keluarga yang kurang peramah. Disina penting anda bersabar dan cuba untuk megambil hati mereka dan untuk menyesuaikan diri dengan keluarga mertua juga memerlukan masa, jadi baik suami atau isteri perlulah bersabar dalam memahami sikap dan hidup keluarga mertua
Sumber:https://baitulmuslim.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isteri Kena Ambil Tahu Jenis Darah Suami, Supaya Tidak Tersilap Beri Makan
Setiap pasangan yang bakal berkahwin, anda diminta mengambil tahu jenis darah pasangan anda, barulah anda tahu apa yang sesuai dan tidak sesuai untuk si dia makan dan elak. Kesihatan keduanya perlu dijaga, itu barulah cinta.
DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’
Dr. Peter J.D’Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit.
Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain.
Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.
Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya.
Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.
CIRI KHAS INDIVIDU JENIS DARAH A
Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
Cukup beristirehat
MENU DIET YANG DIANJURKAN:
Sarapan: Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam: Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba
DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’
Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel.
Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.
CIRI KHAS GOLONGAN DARAH B:
Dianjurkan untuk diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
Untuk mengatasi stress, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.
Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, kelapa, santan, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.
MENU DIET YANG DIANJURKAN:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba
DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B.
Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.
Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses.
Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit.
Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.
CIRI KHAS INDIVIDU JENIS DARAH AB:
Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek: Yogurt
Makan Tengahari: Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam: Omelet dan salad buah serta kopi
Diet Untuk Golongan Darah ‘O’
Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.
Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D’Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang.
Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.
Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.
Ciri khas golongan darah O:
Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
Mudah mengadaptasi berbagai makanan
Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian
Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu.
Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D ‘Adamo ataupun tidak.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI