Sempena bulan yang penuh kemuliaan ini,kita dianjurkan untuk menambah pahala dengan amalan-amalan yang mulia. Antaranya menunaikan solat tarawih , membaca Al Quran dan bersedekah. Buat pasangan yang baru mendirikan rumah tangga dan juga mereka yang sudah lama berkahwin  inilah caranya anda dan pasangan menjadi lebih rapat dan berkasih sayang. Manfaatkan tip ini  lebih-lebih lagi di  bulan Ramadan yang mulia ini.
1. Solat  Tarawih bersama
Tarawih solat yang membezakan bulan puasa dengan bulan-bulan lain. Ajaklah isteri atau suami untuk bertarawih di masjid bersama. Perjalanan ke masjid pastinya buat hubungan tambah erat selain memberikan situasi berbeza.  Pasti indah rumahtangga yang dibina bila sama-sama mengerjakan amalan ini secara bersama..
2. Bersedekah
Tangan yang memberi pastinya lebih baik daripada yang menerima. Jadikan tangan sebagai tangan yang memberi. Ajak suami atau isteri bersedekah setiap hari di mana sahaja sepanjang bulan puasa ini. Jadikan ini teladan pada bulan-bulan seterusnya. Secara mudahnya bertukar juadah dengan jiran pun dikira sedekah. Isteri masak, suami hulurkan juadah dengan jiran sebelah… sedekah juga tu.
3. Solat Tahajud
Mengejar malam lailatulqadar pastinya lebih indah bila dilakukan bersama suami dan isteri tercinta. Ajak lembut pasangan untuk sama-sama bangun dan bersolat penuh khusyuk keduanya menghadap Ilahi. Ganjarannya bukan sedikit, kenikmatan pasti dirasai bersama. Tentunya romantik kalau dapat tahajjud bersama kan… tak tergambar dek kata-kata. Tambah romantik kalau dapat teruskan amalan tahajjud ni sampai bila-bila.
4. Kucup dahi
“Rasulullah SAW sentiasa mencium dahi isterinya dalam bulan Ramadhan. Ketika itu Baginda sedang berpuasa”. Hadis ini jelas membuktikan, Nabi SAW tetap memberikan kasih sayang baginda kepada isteri tanpa mengira waktu. Tabiat ini wajar dicontohi oleh semua suami kerana ciuman itu tanda sayang sejati. Rebutlah ganjaran pada bulan Ramadan yang mulia ini untuk berubah. Jika ciuman sudah dianggap janggal, mulakannya semula.
Puasa tak menghalang untuk jadi suami isteri yang romantik… peluk dan ciumlah dengan kasih sayang…. ia tak membatalkan puasa bahkan bertambah pahala di bulan puasa.
5. Tadarus Bersama 
Bacaan al-Quran secara tadarus suami dan isteri sememangnya digalakkan, malah besar manfaatnya. Ajak suami mengambil sebahagian juz al-Quran dan selebihnya diberikan kepada isteri. Berusahalah untuk khatam al-Quran bersama-sama sambil merasa nikmatnya.
6. Ajakan dan didik Isteri menutup aurat 
Jika isteri  auratnya tidak  sempurna, ajaklah dia menutup auratnya di bulan yang mulia ini dengan lembut.  Mana tahu apabila habis Ramadan hatinya terbuka untuk berhijab penuh. Jadi, doakan dan belikan tudung… nasihat baik-baik… kongsikan kebaikan berhijab dan menutup aurat dengan sempurna. Isteri yang sayang suami pasti akan patuh.
7. Pilih memasak dari membeli
Jika juadah bazar Ramadan selalunya menjadi pilihan berbuka, apa kata ubah kebiasaan ini dengan menyediakan makanan sendiri untuk suami dan anak-anak. HR at-Tirmizi  menyebut, “Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang berpuasa. Ubah kelainan dan rasai nikmatnya kala makanan habis licin dijamah. Memang nikmat bila masakan kita habis dimakan. Satu kepuasan bila masak sendiri.
Sumber: http://www.mariafirdz.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI