Hubungan

Redza Kongsi Foto Kahwin, Status Dengan Irma Hasmie Jadi Tanda Tanya

Share

Tular foto perkahwinan suami kepada pelakon Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer bersama isteri baharu, ini menjadikan tanda tanya buat netizen yang melihat gambar berkenaan.

Redza Kongsi Foto Kahwin

Menurut satu sumber hiburan, Redza meluahkan mahu fokus terhadap perancangan masa hadapan bersama suri hati yang dikenali sebagai Nur Hafiza Mohd Salim.

“Perjalanan baharu sudah bermula, akan lebih fokus kepada keluarga, kerjaya dan masa depan bersama.

“Jazakumullahukahir untuk semua doa. Semoga Allah makbulkan segala doa yang baik-baik kepada kalian dan pertemukan kebahagiaan yang dicari, Aameen Ya Rabbalalamin,” tulisnya menerusi hantaran dalam Instagram.

Terselit Anaknya Bersama Di Persandingan

Kelihatan juga dua orang cahaya matanya bersama bekas pengacara program Assalamualaikum itu turut berada dalam majlis tersebut.

Menerusi hantaran berbeza, pegawai perhubungan awam (PRO) itu memaklumkan mahligai dibina mendapat restu daripada keluarga kedua-dua belah pihak.

Redza juga berkongsi gambar yang memaparkan momen pertunangan bersama Fiza.

“Penyatuan dua keluarga. Keluarga telah merestui perhubungan ini. Ayuh lakukan ini dengan sempurna,”

ujarnya lagi.

Status Dengan Irma, Sudah Berpisah

Menurut sumber terdekat, difahamkan Redza dan Irma sudah sah bercerai sekitar awal tahun ini.

Terdapat sumber memaklumkan Rezza dan Irma sudah bercerai sejak November tahun lalu.

Namun untuk mendapatkan kepastian Irma tentang status terkininya belum menemukan jawapan apabila panggilan telefon tidak dijawab.

Terdahulu, media menerima dua kiriman foto pernikahan pasangan berkenaan daripada Instagram Story dipercayai kenalan rapat kepada pasangan tersebut.

Sebelum ini, pada Ogos 2023, pernah timbul dakwaan rumah tangga Irma dan Redza diambang kehancuran selepas jarang memuat naik foto bersama.

Pun begitu, Irma enggan mengulas mengenai dakwaan dia dan Redza sudah bercerai kerana enggan bercakap soal kisah peribadinya.

Dia juga berharap orang ramai tidak membuat sebarang andaian mengenai perkongsiannya dalam Instagram.

Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Sumber: Kosmo!

Published by
Nadia