
Pelakon Reen Rahim selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin dalam majlis pernikahan yang diadakan di Boraombak Marina, Putrajaya.
Hanya dengan sekali lafaz, pelakon Reen Rahim akhirnya selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin.
Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa Reen iaitu Abdul Rahim Abdul Kadir di hadapan Pendaftar Nikah Putrajaya, Hafizan Ibrahim. Pada majlis berkenaan, pelakon berusia 34 tahun itu menerima mas kahwin sebanyak RM1,988 serta sedulang barangan kemas.
Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim menerima lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak lelaki.
Pasangan merpati dua sejoli ini memilih untuk menyarungkan busana serba putih pada hari bahagia mereka.
Sebelum ini, Reen meluahkan rasa syukur kerana mendapat tajaan sebanyak RM15 juta dengan mengadakan tiga majlis iaitu malam berinai, akad nikah dan resepsi.
Untuk info, Reen melangsungkan majlis pertunangan dengan jejaka berusia 28 tahun itu pada Ogos lalu namun bertindak untuk merahsiakannya atas permintaan keluarga.
Sumber: gempak.com Instagram Hlive & Reen Rahim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hanya Yang Berani Sahaja Mampu Merasai Ketakutan Nights Of Fright 7 Sunway Lagoon

Nights of Fright 7 (NOF 7) bermula dari 27 September hingga 2 November 2019, setiap Jumaat sehingga Ahad bermula 7.30 malam – 11.30 malam. Untuk tahun ini sebanyak 8 Rumah Hantu, 2 ‘Zon Seram’, 11 ‘Permainan Menggerunkan’ dan 4 persembahan pentas serta teater berhantu bakal disajikan kepada pengunjung-pengunjung NOF 7!
Lebih menarik setiap rumah hantu mempunyai konsep dan mengikut kisah seramnya tersendiri yang boleh buatkan anda tidak booleh tidur malam. Berikut antara rumah-rumah hantu dan kisahnya sendiri.
Sharknado Alive !: Rasai pengalaman menakutkan diserang ikan jerung yang diadaptasi dari filem Hollywood yang tak masuk akal, Sharknado!
Animalium: Pernah terfikir terserempak dengan Zombie? Di sini anda dapat lihat dan rasai sendiri dikejar oleh Zombie.
Horrorwood Studios: Disini anda dapat bersama dengan ikonik filem seram seperti Freddy, Billy, Jason, Michael, Aliens, Ghostbusters dan Pennywise.
Hotel dEVILle: Melangkah ke dalam hotel yang sudah lama ditinggalkan pasti menakutkan. Di sini anda bakal rasai pengalaman masuk ke bilik-bilik di hotel ini dan menemui beberapa tetamu yang sangat menakutkan,
The Plague: Anda mungkin percaya pada doktor tapi bukan pada Doktor Plague. Watak-watak aneh ini, dengan topeng burung berparuh, mengembara ke pinggiran desa untuk menghantui orang kampung.
Blood Shed: Ingat lagi dengan filem Saw? Diilhamkan dari filem ini, BLOOD.SHED membawa pengunjung memasuki bangsal yang lama ditinggalkan yang dipercayai ramai pengembara muda ditangkap, diseksa, dan dibiarkan mati.
Horrorjuku: Rumah Fesyen ANGOSCIA: Dikatakan bahawa pereka Itali yang terkenal, Giorgio Angoscia, berpindah ke daerah Harajuku, Tokyo untuk mereka pakaian gaya Gothic yang paling indah buat si pemakai. Satu demi satu model yang menggayakan palaiannya mula hilang dengan misteri.
House of Voodoo: Sebuah muzium ahli sihir juga tempat mengamalkan ilmu hitam yang mahukan jiwa manusia.
Scarytales Theatre: Saksikan teater paling seram dan mendengar kisah Bomoh, dengan suara bisikan halus yang mengelilingi anda.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Suami Belum Beri Hadiah Mahal, Mungkin Kerana Masih Tak Mampu

Isi Kandungan
ToggleAda sesetengah isteri nak hadiah mahal daripada suami dek kerana melihat pemberian pasangan orang lain di medsos. Bukan kerana dengki tetapi nak merasa dapat kejutan dan dihargai.
Namun sebenarnya situasi ini bahaya jika suami kita bukan tak nak bagi cuma masih belum mampu nak hulur. Okay, untuk ketahui lebih jauh, jemput baca perkongsian Puan Intan Dzulkefli sebagai muhasabah diri.
Nak Hadiah Mahal Daripada Suami
Seorang suami hadiahkan barangan kemas bernilai 4 angka menjengah usia perkahwinan ke tahun 9.
Subhanallah, sweetnya masyaAllah. Suka sangat tengok kebahagiaan suami isteri macam ni.
Terusik juga hati bila membaca komen isteri yang teringin juga sedemikian, namun setelah berpuluh tahun berkahwin, tiada pun mendapat penghargaan bernilai seperti itu. Iyalah, tipulah, hati wanita mana tak terusik. Majoriti wanita memang sukakan emas kalau tidak sebagai perhiasan pun, disimpan sebagai aset.
Namun, hati ini lebih terusik dengan komen seorang suami yang mengatakan tatkala dia membaca coretan itu, dia terkenangkan isterinya. Jauh di sudut hati, dia juga ingin menghargai isterinya sebegitu.
Masuklah ke kedai emas dan pilihlah mana satu pun yang adinda mahu. Pasti senyuman adinda hingga ke telinga. Namun, apa daya, masa belum tiba, kekanda belum lagi mampu.
Tersentuh hati ini. Semoga dipermudahkan urusannya.
Bukan Tak Mahu Mengharga Tetapi Belum Mampu
Begitulah. Kadang, bukan suami tak mahu menunjukkan penghargaan dalam bentuk material terutamanya yang menjadi idaman isteri, yang harganya kadang hingga cecah beribu.
Namun, sebagai isteri, kitalah orang yang paling sedar kudrat, kemampuan, jumlah gaji, jumlah simpanan, jumlah hutang suami kita kan?
Kalau makan suami selama ini pun bercatu semata-mata untuk melunaskan keperluan anak isteri, hendak memberi nafkah bulanan kita anak beranak pun hingga buat 3-4 pekerjaan, rasanya tak perlulah tag nama suami sambil komen, “bila nak buat surprise begini?” Atau “Teringin nak macam ni jugak.”
Bukan apa, takut suami kecil hati, jauh hati, tawar hati. Terasa segala pengorbanan, penat lelah, kerja kerasnya selama ini seolah isteri tidak nampak.
Saat ini, saya cuma teringat kisah Allahyarham TGNA yang berpesan kepada isterinya agar tidak mengenakan barangan kemas yang berlebihan sekiranya waktu bertemu rakyat jelata kerana bimbang ada di antara rakyat merasa teringin hingga meminta-minta & akhirnya menyusahkan hati suaminya. Allahuakbar. Halusnya budi Tuan Guru. Subhanallah.
Wahai isteri,
Jika suami ‘belum pernah’ beri, tak semestinya ia kerana dia ‘tak mahu’ beri. Mungkin itu bermakna dia ‘belum mampu’ hendak beri. Sebagai isteri, doakanlah semoga Allah murahkan rezekinya & doakan agar bila dia sudah mampu kelak, mudah-mudahan dia diingatkan untuk menghargai isteri yang selama ini bersabar di sisi. InsyaAllah.
Belajar Reda Dengan Suami
Wahai isteri, sekiranya suami meredhai kita selama hayat ini, Allah pun meredhai kita, maka balasannya insyaAllah syurga.
Di syurga kelak, sebagai ketua bidadari suami, mintalah apa sahaja, pasti Allah akan kurniakan, walau di dunia, kita cuma duduk di rumah buruk dengan persalinan yang lusuh kerana bersuamikan lelaki yang miskin.
Oleh itu, wahai isteri, bersabarlah dan tenang-tenangkanlah hati, iya kita juga teringin. Namun, jangan kerana menginginkan sesuatu hingga mengguris hati suamimu yang soleh dan baik itu.
InsyaAllah semoga Allah permudahkan. Bersabarlah.. jangan bersedih hingga membebankan hati sendiri & hati suamimu. Bahagialah menurut cara kita, seadanya.
Alhamdulillah ‘ala kulli hal.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isteri Nak Me Time, Suami Kena Bagi Masa Bertenang Pulihkan Emosinya

Ada hari, isteri nak me time dengan buat aktiviti yang dia suka tanpa gangguan. Jadi para suami kena memahami dan bagi peluang itu. Biarlah dia ambil masa bertenang untuk pulihkan emosinya.
Baik seorang diri atau bersama kawan-kawannya, pasti kena ada ruang itu. Nak lagi faham konsep me time bagi seorang isteri, baca perkongsian saudara Muhammad Hassan ini.
Isteri Nak Me Time
Suami, waktu pergi mall apa salahnya bagi me time untuk isteri walaupun 30 minit. Kita pula jaga anak sepanjang ‘me time’ dia.
Kita pantau isteri dari jauh cukup. Tengok dari jauh gelagat dia. Seronok atau tidak dapat jalan sorang-sorang, dapat tengok apa yang dia rasa nak tengok, pilih apa yang mahu dipilih.
Beli tu belum tentu beli. Isteri ini dapat cuci mata pun dia dah rasa seronok. Rasa mall ini dia yang punya.
Sebak tengok isteri senyum dari jauh sambil tunjuk barang yang dia beli. bila nampak kita bersama anak, lagi dia senyum lebar. Dalam senyum itulah sepenuh masa, jiwa, diri untuk suami. Dalam senyum itulah segala susah payah sakit melahirkan anak, menyusukan anak.
Ingat pesan arwah ayah;
“Jagalah isteri kamu baik-baik seperti mana mak ayah dia jaga. Jangan kianati dia jika kamu nak rasa apa itu bahagia. Diam jika nak marah isteri, isteri faham jika suami diam. Jangan mudah naik tangan atau pukul dia. Isteri dan anak amanah dari الله, salah acuan merana kamu di akhirat”
Maka jagalah isteri baik-baik. Lemah lembutlah terhadap mereka, hargailah susah payah dia mengandungkan anak, melahirkan anak, menyusukan anak dan menjaga makan minum anak.
Jadikanlah kita asbab dia rasa bahagia, rasa dijaga, rasa dihargai, rasa di sayangi. Bahagia dia, bahagialah kita.
Begitulah hidup saling memahami dan melengkapi, mudahnya nak bahagia.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI