Menurut kajian, meluangkan masa dalam kolam air panas di rumah adalah sama dengan berjalan selama 30 minit.
Kajian yang dijalankan sekumpulan penyelidik dari Universiti Loughborough itu dijalankan keatas 14 lelaki dewasa dalam 2 eksperimen berbeza.
Eksperimen pertama memerlukan mereka menghabiskan masa selama 1 jam dengan mengayuh basikal, manakala eksperimen kedua memerlukan mereka berehat dalam air panas 40 darjah celcius selama 1 jam.
Hasil kajian menunjukkan, rendaman dalam air panas membakar 130 kalories, sama seperti dengan berjalan kaki selama 30 minit.
Nak cepat kurus tapi malas bersenam? Rendam dalam air panas je!
Sumber: era je, Elite Readers
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
7 Jenis ‘Hint’ Pasangan Anda Seorang Yang Kuat Cemburu
Cemburu merupakan salah satu sifat manusia yang normal. Cemburu adalah perasaan atau emosi yang lahir daripada diri seseorang dan biasanya merujuk pada fikiran negatif seperti perasaan terancam, takut, dan risau bagi kehilangan sesuatu yang dihargai oleh seseorang, terutama merujuk pada hubungan manusia.
Cemburu sering kali merupakan gabungan emosi yang ditunjukkan seperti marah, benci, kekurangan, tidak berdaya dan meluat. Ia boleh jadi sesuatu yang baik dan boleh jadi sesuatu yang buruk jika perasaan cemburu itu tidak dapat dikawal dan melampaui batas.
Setiap lelaki dan wanita mempunyai perasaan cemburu ini. Bezanya cemburu anda itu normal atau tidak sahaja. Kami akan kongsikan dengan anda mengenai 7 tanda yang anda boleh lihat pada pasangan anda, jika si dia seorang yang jenis kuat cemburu.
1. Tidak benarkan anda berkawan dengan lelaki/perempuan lain.
Ciri yang biasa anda akan lihat ialah pasangan anda akan mengawal dan tentukan dengan siapa yang anda patut berkawan. Mereka akan lebih cemburu apabila anda berkawan dengan kawan berlainan jantina. Ini adalah bukti yang sangat jelas pasangan anda adalah seorang kaki cemburu.
2. Tahu semua ‘password’ akaun anda.
Jika pasangan anda itu meminta password akaun peribadi media sosial anda seperti akaun ‘facebook’, ‘instagram’ dan lain-lain lagi media sosial yang anda ada, anda kena lebih berhati-hati. Si dia mungkin tidak mempercayai anda dan menganggap anda mungkin mahu mempermainkan perasaannya dengan bermesej pada orang lain.
3. Cuba hack akaun media sosial.
Yang paling menakutkan adalah apabila mereka cuba ‘hack’ sendiri akaun anda. Disebabkan mereka tidak mahu anda tahu, mereka cuba godam password akaun media sosial anda sampai akaun media sosial dan email anda kena ‘blocked’.
4. Anda terpaksa jauhkan daripada kawan lain.
Oleh kerana pasangan anda adalah seorang yang jenis kuat cemburu, anda ambil keputusan untuk menjauhkan diri anda daripada kawan anda yang berlainan jantina. Bagi anda itu adalah kawan. Tetapi bagi mereka, itulah pesaing mereka.
5. Ingin tahu setiap gerak geri.
Pasangan yang cemburu ini akan meminta laporan daripada anda setiap masa. Anda berada di mana, dengan siapa dan sebagainya adalah antara persoalan-persoalan yang bakal dilontarkan kepada anda. Paling seksa adalah apabila si dia minta anda untuk ‘share location’, ambil gambar, mesej atau ‘call’ sepanjang masa bagi memastikan anda tidak bersama dengan lelaki/ perempuan lain.
6. Mereka cemburu dengan apa sahaja perkara.
Lebih malang jika sifat cemburu mereka menjadi-jadi apabila anda keluar dengan kawan sama jantina atau keluarga anda sendiri pun, anda tetap akan disalahkan kerana tidak memperdulikan si dia. Cemburu pun ada batasnya. Jika dengan keluarga sendiri pun hendak cemburu, memang sesuatu yang tidak patut dilakukan.
7. Pernah bergaduh besar akibat cemburu.
Tanda terakhir yang dapat kami senaraikan jika si dia seorang yang kuat cemburu ialah anda dengan si dia pernah bergaduh besar akibat isu cemburu. Mungkin asalnya suatu benda yang remeh temeh sahaja, tetapi akibat perasaan cemburu yang tidak terkawal, maka ia menjadi besar.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perempuan Cantik Tak Semuanya Celah Paha Pun Cantik, Lets Rawat!
Memiliki kulit yang putih, mulus dan cantik merupakan impian setiap wanita. Seorang wanita yang mempunyai kulit yang putih dan mulus juga dianggap sebagai menarik dan nampak cantik memakai apa sahaja yang diinginkan tanpa perlu ada halangan.
Namun masih ada juga yang tidak mengambil endah tentang penjagaan celah peha kerana terlalu fokus dengan kulit wajah. Sudah pasti banyak wanita di luar sana yang mengalami masalah celah peha kehitaman bukan? Walaupun anda memiliki kulit yang putih berseri, tidak semestinya anda boleh terkecuali dari masalah yang satu ini.
Berikut cara merawat kehitaman di celah-celah paha anda dengan cara semulajadi dan mudah.
Penyebab utama celahan peha menjadi kehitaman seperti:
- Abibat dari geseran yang berlebihan adalah punca kulit dicelah peha menjadi kering dan akhirnya berubah menjadi hitam.
- Hormon yang tidak seimbang, ketika haid. Semasa hamil juga sering mendapat perubahan hormon dan mudah menjadikan kulit menjadi kehitaman.
- Kawasan pelipat kaki seperti kawasan yang tertutup dan mudah berpeluh dan gatal-gatal. Apabila mempunyai kesan luka semasa terjadinya kerengsaan, warna kulit akan mudah bertukar menjadi kehitaman.
Cara mengatasi permasalahan tersebut anda boleh ikut caranya dibawah:
1. Jus lemon dan gula
Lemon sangat kaya dengan kandungan vitamin C yang tinggi. Pada masa yang sama, ia mampu memberikan kecerahan kulit. Gula juga boleh berfungsi sebagai skrub bagi membantu menyingkirkan sel-sel mati.
- 1 sudu jus lemon dan 1 sudu gula
- Sapukan pada kawasan peha yang kehitaman dan biarkan seketika selama 5 minit.
- Bersihkan dengan air bersih.
2. Air mawar dan susu
Susu sememangnya mempunyai asid laktik yang mampu meningkatkan tekstur kulit. Kaedah sebegini sangat baik untuk kulit, bukan hanya memberikan kecerahan malah ia mampu melembut serta melicinkan kulit anda.
Vitamin A dan E yang memainkan peranan yang baik bagi memberikan pengelupasan sel-sel kulit mati dengan lancar.
- Gosokkan bahan diatas ke celahan paha yang kehitaman tadi dan biarkan sehingga kering selama 5 minit.
- Campur 1 sudu susu dan 1 sudu air mawar.
- Bersihkan dengan air bersih.
3. Sengkuang dan limau
Sengkuang dan limau mempunyai manfaat yang sama dan mengandungi vitamin C yang mempu mencerahkan kawasan paha. Pada masa yang sama, kedua-dua bahan ini juga boleh melicinkan tekstur kulit anda.
- Kisarkan sengkuang dan campurkan 3 biji jus limau.
- Gunakan campuran bahan-bahan di atas tadi sebagai penggosok di celahan paha.
- Biarkan selama 5 minit.
- Bersihkan sehingga bersih.
4. Madu dan kunyit
Kunyit berfungsi sebagai penghalang pengeluaran melanin yang berlebihan. Punca utama kulit menjadi kehitaman.
- Campurkan 1 sudu serbuk kunyit dan 1/2 susu madu.
- Gosokkan bahan yang telah dicampurkan tadi sehingga rata.
- Biarkan selama 5 minit.
- Basuh sehingga bersih.
5. Betik dan yogurt
Enzim yang terdapat dalam buah betik mampu mengatasi masalah kulit dan merangsang pertumbuhan sel-sel kulit yang baru serta mencerahkan kulit. Di samping itu, kulit juga akan menjadi lembut. Penggunaan yogurt yang kaya dengan asid laktik boleh membantu proses pengelupasan.
- Kisarkan isi buah betik sehingga halus.
- Campurkan 2 sudu teh yogurt.
- Sapu dan gosokkan bahan tadi sehingga rata.
- Biarkan selama 5 minit.
- Basuh sehingga bersih.
Bagi yang buntu bagaimana hendak menghilangkan masalah celah paha kehitaman, anda boleh amalkan kaedah yang telah kami kongsikan di atas. Bukan saja mudah, amalh kulit di celahan paha anda juga akan menjadi lebih putih dari sebelumnya. Lakukan setiap hari sekurang-kurangnya 2 kali sehari seminggu bagi mendapatkan keberkesanan yang memuaskan. Ada juga boleh gunakan pelembap supaya celahanan paha anda tidak mudah kasar dan kering. Sekian petikan dari Dokter.id.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Inilah 12 Tanda Dia Jodoh Korang. Kalau Dah Jumpa, Ikat Cepat & Jangan Lepaskan!
Jodoh adalah misteri yang ditentukan tuhan. Ia melibatkan adanya kesamaan antara dua insan yang punya ikatan emosi, spiritual dan fizikal untuk hidup bahagia bersama. Walaupun mungkin anda tidak dapat mengungkapkan misteri itu, namun sekurang-kurangnya anda mampu melihat tanda-tanda bahawa dia pilihan tepat untuk anda.
Oleh itu, perlu untuk anda ketahui tanda-tandanya sebelum anda memastikan dia jodoh anda. Apabila masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan benarlah dia insan yang ditakdirkan untuk hidup bersama anda, jangan sesekali pula anda melepaskan.
“Jangan takut untuk jatuh cinta. Percayalah, ada seseorang yang akan hadir dalam hidupmu, mengubah segalanya dan membuatmu tertawa bahagia…”
1. Terima anda seadanya
Apapun anda sebelum ini atau apa yang pernah anda lakukan dahulu, dia langsung tak ambil kisah kerana yang penting siapa anda sekarang. Dia sedar bahawa setiap manusia ada kelemahan dan keburukan masing-masing. Malah siapalah dia yang ingin menghukum anda atas kelemahan anda itu.
2. Bersahaja di depan anda
Dia tidak berpura-pura menjadi orang lain, bahkan selesa menjadi dirinya sendiri dan bersikap bersahaja di depan anda. Jika anda amati tingkah laku, cara pertuturan, caranya makan dan sebagainya yang menunjukkan sikapnya yang dibuat-buat atau pelik, sah dia berlakon di hadapan anda. Tapi jika dia tampil bersahaja maka benarlah dia calon hidup anda yang tepat.
3. Rasa senang apabila bersamanya
Bukan hanya dirinya, malah apabila berada di sampingnya anda tidak akan rasa jemu. Ini menandakan yang anda miliki kesamaan dengannya. Apabila ada daya tarikan antara anda berdua secara automatiknya akan muncul perasaan tenang, gembira dan rasa tidak tertekan apabila bersama. Malah kehadirannya dalam hidup anda menjadi pengubat ketika anda senang mahupun susah.
4. Sentiasa jujur dengan anda
Kejujuran merupakan kunci utama dalam membina sebuah hubungan. Selagi kejujuran bertakhta di hati, kebahagiaan akan menjadi milik anda berdua. Dengan adanya sikap jujur, hubungan yang terjalin antara anda berdua akan menjadi lebih ikhlas. Namun jika anda miliki pasangan yang tidak jujur maka akan wujud kecurangan dalam hubungan. Sebaiknya gabungkan sikap jujur dan kesetiaan bagi menghangatkan lagi sebuah percintaan yang sejati.
5. Memahami diri anda
Dia hendaklah sentiasa memahami diri pasangannya dan berada bersama anda dalam apa jua keadaan sama ada susah atau senang. Apabila anda hadapi kesulitan, dia berusaha untuk menghulurkan bantuan dan menjadi penawar pada kesulitan yang anda hadapi. Bukan itu sahaja, dia juga sanggup mengharungi ranjau duri yang anda berdua hadapi dalam hubungan.
6. Tidak malu tampilkan kelemahannya
Tiada manusia yang sempurna di dunia ini jadi tidak hairanlah jika kita punya kelemahan tertentu. Apabila dia ditakdirkan untuk menjadi pasangan anda, dia tidak akan pernah menutup kelemahan yang dimilikinya serta bersedia memberitahu anda mengenainya. Memang benar, bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan otang yang dicintai. Namun yang baiknya apabila anda berdua tahu kelemahan masing-masing, maka dari situ anda berdua boleh berusaha untuk membaiki kelemahan tersebut menjadi lebih baik.
7. Saling mempercayai antara satu sama lain
Dalam sesebuah hubungan, penting anda dan pasangan miliki sikap saling mempercayai antara satu sama lain. Ia penting bagi mengelakkan timbul rasa ragu-ragu antara anda dan pasangan. Malah apabila ada sikap percaya, hubungan yang dibina akan menjadi lebih tulus. Apabila anda berdua saling mempercayai, pastikan anda berdua akan rasa selamat memberitahu apa jua rahsia kerana anda berdua tahu rahsia itu akan tersimpan kemas dalam diri masing-masing. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran.
8. Dia menginspirasikan anda menjadi lebih baik
Kehadirannya dalam hidup anda membuatkan anda sentiasa rasa bersemangat. Sokongan positif yang sentiasa didorongkan kepada anda membuatkan anda ingin menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya. Hubungan yang saling menyokong antara satu sama lain ini bakal menjadikan hubungan anda berdua lebih berjaya di masa akan datang.
9. Orang sekeliling menerimanya dengan tangan terbuka
Apabila keluarga terutamanya orang tua dan kawan-kawan anda boleh menerima kehadirannya, itu petanda dia jodoh anda. Sudah tentu kehadirannya disenangi oleh orang penting yang ada di sekeliling anda. Penerimaan keluarga dan kawan-kawan anda itu sebagai bukti bahawa mereka yakin dia boleh memberikan kebahagiaan kepada anda hingga akhir hayat.
10. Dapat membayangkan masa depan bersamanya
Apabila anda sudah boleh membayangkan masa depan anda untuk hidup bersama dengannya, memang dialah jodoh anda. Biasanya kalau sesebuah hubungan itu dijalin secara serius, pasangan anda tidak ragu-ragu untuk membincangkan tentang masa depan misalnya tentang tarikh untuk berjumpa orang tua anda, merisik, bertunang dan berkahwin.
11. Dengarkan kata hati
Dengarlah kata hati anda saat anda ingin membuat keputusan untuk hidup bersama seseorang. Manusia dikurniakan Allah dengan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangan. Dengan deria ini anda akan saling mengetahui perasaan, membaca fikiran dan dapat menduga reaksi serta tindak balas pada situasi tertentu. Apabila ada keyakinan dengan pilihan anda, berdoa dan berserahlah pada ketentuan Ilahi agar jodoh yang ditakdirkan ini tepat untuk anda.
12. Lakukan solat Istikharah dan bertawakal
Jodoh dan pertemuan merupakan ketentuan Allah SWT. Jika dia pilihan anda, buatlah keputusan dengan sebaiknya. Namun jika dia bukan jodoh anda, tolaklah dia dengan sebaiknya. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepada-Nya. Teruskan berdoa dan lakukan solat Istikharah agar anda diberi petunjuk untuk membuat keputusan yang sebaiknya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI