Esok dah nak Raya Haji. Mesti ramai yang sibuk nak cari resipi masak rendang kan? Maklumlah, selama ni mak yang sibuk di dapur memasak rendang. Kita cuma jadi assistant yang kejap ada, kejap tak ada.
Disebabkan kali ini ramai yang menyambut Hari Raya Aidiladha di kediaman masing-masing, apa kata kita cuba buat rendang ayam hancur dari resipi Puan Fatyn Zamry. Nampak sangat menyelerakan!
Menurut Puan Fatyn,ada orang kata rendang ayam hancur adalah rendang yang tak jadi. Tetapi baginya, itulah rendang yang sangat sedap dimakan bersama ketupat dan lemang. Lain orang, lain citarasanya kan?
Berikut adalah resipinya…
RESEPI RENDANG AYAM HANCUR
Resepi untuk 1 ekor ayam
Bahan kisar :
Bawang besar 3-4 labu
Bawang putih 5 ulas
Cili hidup merah + hijau 5 tangkai (ni rahsia saya)
Lengkuas, halia, kunyit hidup 1 inci
Serai 2 batang diracik
Buah keras 2 biji
Bahan lain :
Rempah 3 beradik (kayu manis, pelaga, lawang)
Cili kisar 2 senduk
Serbuk kari ayam (sy org kedah, rempah o berpisah tiada) *sebarang jenama pun boleh ikut selera masing2
Kerisik segar 3 packet kecil atau 300gram
Santan segar 1 cawan
Gula kabong /nisan (rahsia saya)
Garam, serbuk hilal (perasa)
Daun kayangan (daun kunyit) diracik haluss
Daun pandan
Cara2 :
Tumis rempah 3 beradik, daun pandan dan masuk bahan kisar, tumis sampai bau wangi. Wajib garing dan naik bau wangi.
Lepas tu baru masukkan cili kisar dan rempah kari yang telah dicampur air. Tumis dalam api sederhana sehingga pecah minyak. Biar bagi pecah minyak bebetul. Slowkan api.
Lepas tu masukkan kerisik, ayam seekor dan santan. Masak jer sampai dia memekat. Api kena SLOW.
Masak rendang kena sabaqqq. Masuk garam, gula kabong, serbuk perasa. Ayam tu dekat isi akan auto hancur. Bahagian bertulang dia maintain je cantikk.
Bila dah dapat tekstur pekat tu, boleh off api dan tabur daun kunyit. Nak letak daun limau pun boleh tapi saya tak letak.
Serius sedap ditekak bagi yg suka versi hancur. Lengkap ada rasa manis, pedas, masin dan lemak dari gula kabong. Hancur di sini bukan hancur lebur yaa, hancur2 manja gitu.
Bolehlah buat dan berbagi dengan jiran secara take away.
PKP kannn. Selamat mencuba!
*p/s : kalau tak suka hancur boleh goreng separa masak dulu ayam tu.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI