Cheesekut Tiramisu dessert yang sedap sangat kalau dimakan waktu sejuk. Lapisan biskut yang dicelup dalam bancuhan bancuhan kopi instant, diselang selikan dengan adunan cheese yang lemak berkrim rasanya. Dessert ni pernah viral pada suatu masa dulu, dan Che Nom share cara mudah nak sediakannya. Tak perlu guna oven, tak perlu guna telur dan juga tanpa gelatin.

Resepi Cheesekut Tiramisu 5 Bahan Sedap dan Berkrim
.

Bahan-Bahan:

250g krim keju
3/4 cawan susu pekat (anggran 1/2 tin)
250g krim putar tenusu
biskut cream cracker
1 pek kopi segera premix
3/4 cawan air panas
serbuk koko

IKLAN

Resepi Cheesekut Tiramisu 5 Bahan Sedap dan Berkrim
.

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk lapisan adunan cheese:
Lenyekan krim cheese sehingga lembut.
Masukkan susu pekat kemudian adun sampailah pekat sebati.
Dalam mangkuk berasingan, tuang whipping cream dan putar sehingga menjadi kental dan pekat.
Tuang whipping cream dalam adunan creamcheese tadi dan kacau sebati.
Cara-cara untuk melapis cheesekut tiramisu:
Bancuh Nescafe 3 in 1 dengan 3/4 cawan air panas.
Celup biskut dalam bancuhan Nescafe dan susun dalam bekas.
Lapis selang-seli biskut dengan adunan creamcheese.
Sejukkan sekurang-kurangnya 5-6 jam ataupun semalaman.
Bila dah sejuk boleh keluarkan dan hias dengan taburan serbuk koko diatas.

IKLAN

Tips:

Jangan pukul whipping cream terlalu lama, jika tidak ia akan pecah dan cair.
Jangan rendam biskut dalam bancuhan Nescafe terlalu lama, takut nanti lembik.
Untuk kepingan biskut kecil yang nak disusun ditepi-tepi biskut, biskut hendaklah dipatahkan mengunakan pisau agar potongan biskut sekata dan tidak hancur.

IKLAN

Masa Penyediaan: 15 minit, Masa Memasak:5 jam, Jumlah Hidangan:5 orang

Resepi Oleh: Che’ Nom

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI