Resepi Diet Roti Nan Masak Atas Non-Stick Pan

Share

Jom cuba buat sendiri ikut resepi roti nan Puan Fatihah Hamid ni. Nampak mudah. Memang gebu-gebas hasilnya! Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan dan cara nak buat roti nan selengkapnya.

RESEPI ROTI NAN SIMPLE. GEBU SANGAT, BUBUH CHEESE LAGI SEDAP!

BAHAN-BAHAN:

3 cawan tepung gandum, hibu guna bakers choice
1 sudu besar gula
1 sudu besar yis
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil bread improver atau boleh guna baking powder
1+1/4 cawan air
3 sudu besar minyak masak / Olive oil (saya campurkan)

CARA-CARA MEMBUAT:

1. ADUN SEMUA BAHAN MENJADI DOH. Mula-mula gaulkan semua bahan dan adunkan sehingga menjadi doh.

2. REHATKAN DOH 30 MINIT
Lepas tu tutup doh dan rehatkan lebih kurang 30 minit. Doh akan naik hingga 2 kali ganda.

3. KELUARKAN ANGIN & CANAI
Kemudian, tumbuk doh bagi keluar angin. Dan bulatkan ikut besar mana kita nak roti nan tu. Lepas tu canaikan.

4. BUBUH CHEESE / GARLIC
Masa ni kalau nak bubuh cheese pon boleh. Lepas dah bubuh cheese, bulatkan balik dan canaikan semula. Yang suka perasa garlic pun boleh bubuh bawang putih yang dicincang / ditumbuk, butter dan parsley / daun ketumbar untuk sapuan masa masak nanti.

*Kalau suka roti nan yang kosong, skip langkah ni dan terus masak atas api.

5. MASAK
Saya masak roti yang dah dicanai tadi di atas kuali non-stick pan. Guna api paling kecil dan tutup dengan tudung periuk masa memasak tu.

Agak-agak dah masak, bolehlah angkat.

Siap!

KREDIT : Puan Fatihah Hamid

Published by
webadmin