Mesti ramai peminat laksa terutama D’Laksa Aeon kan? Keenakannya memang tidak boleh dinafikan, lebih-lebih lagi apabila terbau haruman semerbak kuahnya saat menjejakkan kaki ke dalam sana.
Berbeza seperti laksa utara, adunan kuahnya dihiasi dengan ketulan isi ikan kasar, nanas dan pelbagai lagi pelengkap hidangan. Memang power. Jika mahu ubah selera, tukar sahaja mee laksa kepada bebola ikan sebagai kudapan. Resipi ini untuk hidangan tiga ke empat orang.
Bahan :
2 tin kecil sardin (1 tin kisar, 1 tin lenyek kasar)
Pes asam pedas adabi
Bawang besar
1/2 biji Bawang holland
Ads
Asam keping
Belacan
Daun kesum
Ads
Bunga kantan
Bebola ikan (pilihan)
Laksa basah
Ads
Cara :
1. Kisar satu tin sardin, pes asam pedas, bawang dan belacan. (nak lagi power, boleh juga kisar sekali dengan nanas).
2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masukkan air. Reneh ikut kepekatan kuah yang disukai. Perasakan dengan garam dan gula.
3. Masukkan juga sos atau kuah sardin mengikut selera masing-masing. Kalau suka rasa ikan yang kuat, boleh masukkan semua. Cuba masukkan sedikit demi sedikit dahulu, takut hanyir.
4. Akhir sekali, masukkan bebola ikan. Petis udang terpulang mengikut selera. Nak masukkan nanas dan daun pudina pon boleh.
Tesktur dadih menggunakan susu kotak ini cukup lembut dan keenakannya sukar nak digambarkan. Rugi kalau tak cuba. Kali ini kita gunakan agar-agar tali untuk membuat dadih. Boleh dijadikan hidangan minum petang anda mahupun produk perniagaan sendiri akan datang. Kita cuba dahulu mana tahu sedap kita boleh jual untuk orang lain merasanya pula.
Bahan :
1 liter susu kotak
Agar-agar tali 20g. Guna 1/3 saja
Gula ikut kemanisan sendiri
Garam secubit rasa
1 liter air masak/tapis – untuk masak agar-agar
Cara :
1. Masak agar-agar bersama air masak sehingga larut.
2. Masukkan gula, garam dan susu kotak. Kacau sebati dan suaikan dengan citarasa. Cukup sampai naik wap dah boleh tutup api. Cik Fieyza tunggu mendidih sikit baru tutup api.
3. Biarkan sejuk sedikit kemudian tapis ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais.
4. Siap untuk ditelan.
Cik Fieyza
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak tahu nak masak apa untuk berbuka nanti? Jom kita cuba menu yang ringkas ini tetapi rasanya memang sedap, ayam meraung dengan sos ala Thai.
Resipinya mudah sahaja tetapi rasanya pasti akan buat anda makan bertambah. Resipi ini telah dikongsi oleh Sarina Seman. Jom kita cuba resipi ini!
*****
Malam ni kakak nak kongsikan resipi ni, Ayam Meraung. Berinspirasikan daging bakar Thai, tapi kali ni kakak guna ayam atas permintaan kluster ayam kat rumah ni. Ayam potong 4, kakak guna bahagian peha dan betis, buang tulang.
AYAM MERAUNG
Bahan perapan daging/ayam (perap 3 jam):
Daging (biar ada lemak sikit)/ayam
Akar ketumbar
Bawang putih
Gula perang
Sos ikan
Kicap pekat
Lada sulah/hitam
Minyak
Blend semua, lumur pada daging/ayam. Perap sekurang-kurangnya 3 jam.
Kakak perap dan simpan di chiller. Keluarkan 30 minit sebelum dimasak.
Untuk masak, panaskan non stick pan, letak minyak sikit, bakar dengan api kecil.
Dalam perkongsian ini kami bawakan cara DIY spice organizer yang sangat praktikal dan comel hasil kerja tangan Puan Fara Amirullah bersama suaminya. Tak perlu modal tinggi, hanya barang-barang di kedai DIY / Daiso berjumlah sekitar RM80 saja! Selain memudahkan kerja memasak, ia juga menjimatkan ruang. Yang paling best, cara pasangnya pun senang dan tak payah susah-susah nak tebuk dinding. Jadi, siapa yang duduk rumah sewa pun boleh buat juga sebab ia tak merosakkan dinding.
Jom ikuti perkongsian beliau selengkapnya di bawah ini.
Hari tu saya dah janji nak kongsikan spice rack organizer di rumah saya. Rumah sewa saya ni memang dapurnya kecil saja. Kalau duduk 2-3 orang dekat situ memang akan berlaga punggung. Jadi untuk menjimatkan ruang, inilah salah satu caranya. Angan-angan nak buat kabinet dapur tu memang ada, tapi sebab duduk rumah sewa ni tak payahlah kan. Baik simpan duit untuk buat di rumah sendiri nanti.
Lagipun, memandangkan dinding di dapur ni dah siap jubin, nak tebuk pun sayanglah. Jadi saya gunakan wall hook untuk spice rack organizer ni. Inshaa Allah lekat kuat sebab wall hook dari Daiso ni jenis hot melt adhesive. Caranya saya akan terangkan nanti.
BAHAN-BAHAN
Semua item dibeli di Mr DIY dan Daiso je. Tak semua barang murah tu tak cantik ye.
Wall hook – RM5.57/pek. Saya beli 4 pek (Daiso)
Rak – RM9.50/setiap satu. Saya beli 4. (MrDIY)
Balang kosong – RM0.85/pc. Saya beli 24 pcs. (MrDIY)
Jumlah: RM80.70
Inilah wall hook dari Daiso tu. Ada yang 1 kg, 3kg, 4 kg dan 6kg. Saya ambil yang 6kg. 1 rak gunakan 2 wall hook ni. Jadi sebab ada 4 rak, saya kena beli 4 pek.
Mula-mula cadang nak beli balang ni dekat kedai Eco. Tapi nampak dekat Mr DIY harga RM0.85 je. Jauh lebih murah dan kualiti pun elok. 24 pcs baru RM20.40. Murahlah kan? Lagipun penutup jenis plastik ni bagus. Dulu saya pakai Ikea punya. Setiap minggu memang akan basuh sebab berhabuk dan minyak. Lama-lama penutup pun jadi berkarat, sebab tulah saya tukar jenis macam ni.
CARA-CARA
Beginilah cara nak gunakan hot melt adhesive wall hook tu. Kena bakar sikit dekat gam yang sedia ada di belakang hook tu bagi cair sikit. Hati-hati ya sebab panas kalau kena tangan.
Bila dah cair nanti barulah tampal dan biarkan kejap dalam 2-3 jam baru boleh gantung rak tu. Kemudian bolehlah susunkan balang-balang yang dah diisikan dengan rempah atau bahan dapur yang biasa digunakan. Siap spice rack! Wall hook ni nak pakai dekat bilik air pun boleh, tapi kena buat cara ni barulah dia lekat kuat.
SEMOGA BERMANFAAT! Mudah kan? Simple tapi sangat berguna. Dapat save space dan modal pun tak tinggi. Mana yang duduk rumah sewa dan ada dapur yang comel macam Puan Fara ni bolehlah cuba DIY spice rack organizer ni.
*Idea asal DIY spice rack organizer ini dikongsikan oleh Puan Fara Amirullah menerusi Facebook.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!