Resipi sate ini paling mudah untuk diikuti, malah kuah kacang yang dikongsikan juga senang disediakan. Sesuai untuk juadah hujung minggu bersama keluarga tersayang. Makan-makan dengan keluarga lebih meriah tambahan aktiviti membakar sate ni buat ia lebih meriah. Selamat mencuba.
Bahan :
Seekor ayam – ambil isi sahaja. Potong dadu dan toskan.
Bahan kisar :
2 labu bwg besar
1 labu bwg putih
2 inci halia
4 batang serai
Bahan perap :
2 Cawan gula
2 sk garam
4 sk kunyit
Ads
3 sb jintan manis
Cara :
1. Dalam besen besar, masukkan isi ayam, bahan kisar dan bahan perap.
2. Gaul sebati dan perap seketika.
3. Selepas itu baru cucukkan ke lidi.
4. Lebihan perapan tadi ambil sedikit letak dalam bekas dan masukkan sedikit minyak (untuk renjis masa bakar).
Kuah Kacang :
Ads
Bahan kisar :
Segenggam cili kering
2 labu bawang besar
2 inci halia
Bahan :
1 batang serai di ketuk
2 cawan kacang tanah yang dikisar
Ads
2 keping gula melaka
1/2 cawan gula
Garam
Air secukupnya
Asam keping
Cara :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, kemudian masukkan serai. Tumis sehingga pecah minyak.
2. Masukkan kacang tanah dan gaul sebati.
3. Selepas itu masukkan air dan kacau. Biarkan mendidih dengan menggunakan api perlahan.
4. Masukkan gula melaka, gula, garam dan asam keping.
5. Masak sehingga pekat, rasa dan tambahkan apa yang kurang.
Puan Norsaleza Hamzah yang telah mendekorasi bilik tidur utama beliau. Dari sebuah kamar biasa, sedikit sentuhan dengan tema warna hitam dan emas menjadikannya tampil mewah ala-ala hotel! Jom kita ikuti perkongsian beliau selengkapnya di bawah ini.
IDEA DEKO BILIK TIDUR BERTEMA HITAM & GOLD
Banyak hikmah masa PKP ni, kami ada banyak masa nak mendeko master bedroom.Semua dari A-Z husband yang buat, termasuklah side table.Saya pilih tema warna hitam dan gold untuk dapatkan efek kontra.
Di sini saya kongsikan serba sedikit prosesnya.
Gambar Sebelum
Sebelum ni warna asal standard rumah je.
DIY WAINSCOTING
Diy wainscoting memang tengah ‘trending’ sekarang. Dah banyak jenis dijual di pasaran, ada yang jenis foam, PVC atau kayu. Suami saya buat guna kayu dan DIY sendiri.Ini langkahnya serba sedikit yang saya boleh kongsikan.
Mula-mula buat lakaran. Boleh jimat penggunaan kayu supaya tak tersalah potong. Panjang kayu 6 kaki 4 inci. Saya beli 10 batang. Ukuran yang saya buat ni ngam-ngam untuk 10 batang.
Kemudian potong kayu ikut ukuran. Saya guna gergaji besi sebab mata gergaji ni halus. Kemasan cantik. Untuk tampal ke dinding, saya guna pistol gam tu, anak-anak pun boleh tolong. Gam kayu tu rm10 sebotol, pakai 1/2 botol dah cukup. Tak perlu banyak-banyak. Calit-calit je. Kalau banyak nanti gam terkeluar jadi comot.
Selepas gam, tampal guna masking tape sementara gam asas melekat.Biarkan dalam 2-3 minit sahaja.
PEMILIHAN CAT
Cat Jotun Majestic
Carbon black color code 9920
1 liter rm38 = boleh cover 8×8 kaki persegi
Kami guna 2 liter.
Masa cat putih tak nampak perasan yang permukaan dinding tak rata.
Bila dah cat hitam baru nampak. Jadi kena gunakan wall sealer untuk rata kan dinding.
Calit-calitkan lubang halus dan permukaan dinding yang kasar tu. Dah siap cat semua, inilah hasilnya…
Oh ya, side table tu pun DIY sendiri juga.Kalau perasan dalam gambar SEBELUM tu ada kan side table warna hitam. Dah di makeover sekali. Dah alang-alang tu kami kongsikan juga caranya di bawah ni ok!
DIY SIDE TABLE
Side table ni dapat inspirasi untuk makeover semula jadikan ala-ala SSF. Kos untuk makeover ni ngam-ngam RM100:
Tempah cermin 3mm RM80
Gam tiup RM10
Masking tape RM5
Spray tin color gold RM7.50
= Jumlah keseluruhan RM100
Ini side table asal warna asal hitam.
Spray gold bahagian tulang permukaan sahaja.
Dah siap spray biarkan kering, dalam 2-3 jam dah kering.
Kalau nak tunggu kering 2-3 hari pun boleh.
Pastikan ukuran cermin ngam-ngam dengan permukaan laci.
Sementara tunggu badan dia kering, bolehlah tampal cermin pada laci.
Calit-calitkan gam, jangan terlalu banyak pada bahagian tepi sebab nanti gam terkeluar jadi comot.Selepas gam, tampal tape agar cermin tidak bergerak dan biarkan ia kering selama 5-10 minit.
Badan side table pun dah kering.
Kita mulakan tampal cermin pada bahagian badan.
Akhir sekali tampal bahagian atas.
Siap.
HASIL AKHIR
Walaupun ambil masa untuk DIY, tapi hasilnya memang puas hati dan yang penting dapatlah juga berjimat.
Semoga perkongsian ini dapat memberi idea dan inspirasi untuk deko bilik tidur masing-masing di rumah.
Walaupun penat, memang berbaloi kan DIY bilik tidur macam ni?
Tak tahu dah nak masak apa untuk suami dan anak-anak di rumah, kadang-kadang sampai sudah habis idea nak masak apa pula. Apa kata kali ini anda buat Muffin Larva Coklat pula! Resepi ini dikongsi Zahiri Mansor. Nak buat pun senang, tak perlu pakai mixer! Semoga perkongsian resepi ini boleh mencerikan hari anda sekeluarga.
Bahan yang diperlukan untuk Resipi Muffin Larva Coklat Cadbury
2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula perang
1 cawan serbuk koko
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
250 gram butter yang dicairkan
2 cawan susu full cream
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
coklat chip
Mudah je nak buat resipi muffin larva coklat
Pertama sekali anda kena pukul telur dengan gula dulu. Kemudian masukkan esen vanila dan butter yang sudah dicairkan. Kacau lagi sehingga sebati semuanya.
Kacau sehingga sebati
Langkah seterusnya adalah masukkan tepung gandum, serbuk koko, baking soda dan baking powder ke dalam acuan tadi. Kacau bahan-bahan sekali lagi. Kemudian, masukkan susu full cream dan teruskan kacau bahan tersebut.
Boleh letak Cadburry
Akhir sekali, bahan-bahan yang sudah digaul sebati itu masukkan ke dalam cup kertas. Cadburry itu tambahan saja. Tak letak pun boleh. Untuk topping tabur choc chips, barulah ngam!
Hasilnya…
Inilah hasilnya… rasa coklat Cadburry akan meleleh di dalam mulut anda. Memang sedap! Cuba resipi ini dan nikmati bersama keluarga tersayang.
Bagi korang yang ada air fryer di rumah terutama pengantin yang dapat hadiah kahwin, jangan simpan sahaja di dalam kabinet dapur. Gunakan sepenuhnya. Selain cara masakan yang sihat tanpa menggunakan minyak, penggunaan air fryer memudahkan dan mempercepatkan urusan di dapur.
Kalau berhajat nak masak ayam bakar, paling cepat guna air fryer. Selain menu yang sihat, ayam bakar menjadi pembuka selera seisi keluarga. Ini resipi Ayam Bakar Air Fryer seperti yang dikongsikan oleh Munira Ali ini.
RESIPI AYAM BAKAR AIR FRYER
BAHAN-BAHAN:
3 sudu sos tiram
3 sudu sos cili
4 ulas bawang putih
Halia
1 sudu rempah kari
3 sudu madu
2 sudu minyak masak
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar kicap
1/2 sudu makan secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1. Perap ayam dengan halia, serbuk lada hitam dan bawang putih yang telah ditumbuk hancur.
2. Masukkan secukup rasa. Selepas itu masukkan bahan-bahan lain.
3. Perap. Lagi lama lagi sedap. Boleh kelar-kelar sedikit ayam supaya bahan mudah meresap dan sebati dengan ayam.
4. Bakar ayam dengan suhu 180’C selama 20 minit. Balikkan dan bakar selama 15 minit lagi. Terbalikkan sekali lagi dan bakar semula selama 5 minit. Ini bergantung pada saiz ayam.
5. Air yang di bawah penapis air fryer bolehlah siram atas ayam bila ayam sudah masak. Lagi nampak ‘juicy.’
Sumber kredit: Munira Ali via Resepi Air Fryer (Malaysia)
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!