Bosan makan lauk Sambal Sotong? Nah.. Cuba masak menu Sotong Masak Hitam pula. Tapi ni hitam bukan sebarangan ya. Tak guna dakwat sotong pun. Menurut empunya resipi Puan Rabiatun Adawyah Mohamed Din nak masak menu ni pun mudah dan rasanya tak mengecewakan. Jadi buat para suri rumah anda boleh belajar resepi ini dengan mengikut cara berikut.
SOTONG MASAK HITAM MAMAK STYLE
BAHAN-BAHAN:
1kg sotong
1 sudu kecil serbuk ketumbar (*)
1 sudu kecil serbuk jintan manis (*)
1 sudu kecil lada sulah (*)
1 sudu besar serbuk cili (*)
1 sudu kecil serbuk kunyit (*)
1 batang serai – dititik
3 tangkai daun kari
1-2 biji tomato – belah wedges
1 sudu kecil pes @ halia tumbuk
1 sudu kecil pes @ bawang putih tumbuk
1-3 batang cili merah & hijau – dihiris
3 labu bawang besar – dihiris
3 sudu besar kicap pekat (anggaran)
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa & secubit gula
Sedikit pes asam jawa
CARA MEMASAK:
Bersihkan sotong dan toskan. Kemudian perap dengan kicap pekat, daun kari (yang diramas atau boleh juga dikisar) danbahan bertanda (*) selama 30 minit.
Panaskan minyak dan tumis serai, kayu manis, bunga lawang, bawang besar dan daun kari.
Bila bawang dah berwarna keperangan,masukkan pes halia dan bawang putih.
Masak sebentar dan masukkan sotong yang diperap tadi. Kacau rata hingga sotong masak.
Masukkan sedikit pes asam jawa. Gaul rata. Sotong tak perlu masak lama kerana isinya akan keras.
Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kalau nak lebih hitam,boleh tambah kicap pekat. Masukkan juga cili dan tomato yang dipotong.
Gaul rata dan padamkan api. Sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Serbuk ketumbar, jintan putih dan serbuk cili bolehdisangai dulu dan kisar Ia akan menjadikan hidangan rasa lebih sedap.
Kredit resipi & foto: Rabiatun Adawyah Mohamed Din
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebut sahaja tentang teh tarik, pasti anda terbayang aromanya yang memikat serta kemanisannya apabila diminum. Teh tarik merupakan antara minuman yang popular di kedai mamak. Lagi best bila ada buih di bahagian atas gelas. Memang padu!
Sebenarnya masih ramai yang tidak tahu cara untuk membuat teh tarik yang sedap dan padu seperti di kedai mamak. Buatlah berapa kali pun, tetap tidak akan sama rasanya. Seperti ada yang kurang.
Namun, mungkin selepas ini anda boleh kuasai cara untuk membuat teh tarik yang sedap berdasarkan resipi yang dikongsi oleh Nazia Suhaimi menerusi laman Facebooknya. Posting ini telah meraih 4.7K perkongsian dan 1.4K likes.
Jom kita baca apakah rahsianya untuk buat teh tarik yang sedap & ‘kaw’ ala kedai mamak.
Dah 30 tahun hidup, saya masih tak pandai buat Teh Tarik. Itu hari saya balik Pahang, saya tengok Mak Ngah dan Mak We bancuh air teh susu. Pehh memang berebut orang minum. Saya tanya diaorang apa resepi kejayaan air teh panas yang sedap.
Nahh inilah hasilnya. Sedap bak hang. Sebijik macam ngeteh dekat kedai. Musim-musim PKP ni, eloklah kita kalau kita ngeteh di rumah saja. Sahut seruan TSMY #DudukRumahDiamDiam
Bahan-bahan:
Teh serbuk
Susu cair
Susu pekat manis
Air panas
Cara-caranya:
Gunakan teh serbuk. Saya guna jenama Boh. Letak dalam 5 sudu di dalam kole ini.
Masukkan air panas hingga penuh.
Ads
Tunggu sekejap bagi kembang.
Sekiranya teh sudah kembang, tapis sewaktu tuang ke dalam jug. Jug pink tu saiz sederhana.
Okay ini rupa air yang dah ditapis. Hitam semanis rupamu.
Okay ulang sekali lagi. Teh serbuk tadi, kita letak lagi air panas sampai penuh kole.
Ads
Tuang lagi ke dalam jug pink tadi. Jangan lupa tapis ya!
Ulang lagi step yang sama sehingga penuh jug anda.
Setelah seharian berpuasa, tentunya kita inginkan minuman yang dapat menghilangkan dahaga. Air Soda Laici antara minuman yang cukup menyegarkan. Terasa segar ditekak bila dapat minum terutama ketika cuaca panas.
Jika anda bukan jenis orang yang ‘tabah’ beratur panjang di bazar Ramadan untuk membeli Air Soda Laici, apa kata anda cuba buat sendiri di rumah. Nak buat pun tak susah. Hanya dengan beberapa langkah mudah, korang dan boleh nikmati minuman yang ‘super sedap.’
Berikut resipi Air Soda Laici seperti yang dikongsikan oleh Liza Idris
RESIPI AIR SODA LAICI
BAHAN-BAHAN:
1 botol air aiskrim soda
1 tin laici
2 batang serai diketuk
1/2 biji lemon hiris bulat
Asam boi
Daun pudina
CARA MEMBUAT:
1. Satukan asam boi, serai, lemon dan daun pudina dalam mangkuk.
2. Masuk air soda. Nak letak separuh dulu pun boleh.
Buat bakal pengantin, untuk cantik di hari bahagia tidak semestinya perlu tampil ramping dan segak semata-mata, apa yang penting adalah kesihatan anda terjamin sebelum majlis, semasa majlis malah selepas berumahtangga. Jadi untuk mendapatkan kesihatan yang baik anda perlu menjaga pemakan harian juga senaman agar tampil sihat dan cergas. Ikuti perkongsian Ahmad Azim Dato Asri yang semakin hari semakin berjaya menurunkan berat badannya. Ayuh bersama kita tampil sihat!
Ok rini aku nak share beberapa tips yang aku amalkan sepanjang proses penurunan berat badan aku dari 140KG sehingga kini, 83KG (doakan aku dapat target 75KG). Harap sedikit sebanyak tips ni dapat bentu anda smua untuk menurunkan berat badan dan yang paling penting sihat. InsyaAllah.
Mula-mula sekali anda kene set matlamat anda. Ingat, nak turun berat ni bukan satu proses yang singkat. Ambik masa. Jadi kena banyak bersabar. Kadang2 progress nya laju, kadang2 slow. Jadi kuatkan mental anda. Selalu fikir positif sebab psikologi memainkan peranan penting dalam proses penurunan berat. Dalam group ni ramai yang boleh support anda! We need this community! Macam saya 1 tahun lebih baru dapat turun 57KG! Dan ingat fokus untuk FAT LOSS bukan WEIGHT LOSS!
B. PEMAKANAN
Baik ni yang penting dan kenapa group DSSS ni wujud. Ingat nak diet bukan bermaksud kena tahan lapar. Ada yang PM saya tanya betul ke kena tidur baru hilang rasa lapar? Jangan begitu. Saya amalkn DSSS shj. Kenapa? Ini lah yang KKM cadangkan sbb DSSS sebenarnya sudah seimbang dan memenuhi kehendak zat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh kita. Cuma bagaimana kita nak jadikan lebih menarik sahaja dan sihat.
So, ni rules saya dalam pengambilan pemakanan
– Minum air kosong secukupnya. Bawa botol air kemana2 sahaja.
– Kurangkan pengambilan gula, garam dan minyak dalam makanan dan minuman.
– Perbanyakkan pengambilan sayur dan buah.
– PROTEIN : saya ambil daging putih berbanding daging merah. Kenapa, sebab daging putih lebih rendah lemak, kurang kalori dan tinggi protein. Daging merah boleh juga makan, tp saya sekali sekala sahaja.
– CARBO : saya ambil sumber carbo yang baik seperti brown rice, wholemeal pasta or bread, sweet potato dan Japanese sweet potato.
– SERAT : saya makan sayur raw macam tomato, timun, salad dan baby spinach. Kadang2 kukus juga jika sayur yang keras macam brokoli dan lobak.
– Buah-buahan sebagai penganti gula. Badan kita masih memerlukan gula. Jadi saya ambil gula semulajadi dalam buah. Tapi ingat, ambil secara lebih juga akan mengakibatkan lebihan gula ye.
– Elak mengambil processed food dan fast food sebab tinggi garam.
– Jika makan di luar, saya praktikkan DSSS dengan cara ambil nasi segenggam, sayur separuh dan protein. Bagi protein tu, seeloknya masakan yang kukus atau bakar, tp nak ambk gulai pun boleh tapi jangan ambil kuah.
BAHAN-BAHAN
– Ikan Salmon
– Ubi Keledek
– Daun Salad
– Bawang Putih
– Minyak Zaitun
– Serbuk Blackpaper
PENYEDIAAN
1. Perapkan ikan salmon dengan blackpaper dan panggang.
2. Rebus ubi keledek sehingga lembut.
3. Di kuali yang lain, tumis bawang putih dengan minyak zaitun (banyakkan sedikit minyak)
4. Masukkan tumisan bawang putih bersama ubi keledek. Kemudian, lenyek.
BAHAN-BAHAN
– Dada Ayam
– Brokoli
– Lobak Merah
– Ubi Keledek
– Bawang Putih
– Minyak Zaitun
– Serbuk Blackpaper
– Serbuk Cajun
PENYEDIAAN
1. Perapkan dada ayam dengan serbuk cajun dan blackpaper. Kemudian, panggang.
2. Rebus ubi keledek sehingga lembut.
3. Di kuali yang lain, tumis bawang putih dengan minyak zaitun (banyakkan sedikit minyak)
4. Masukkan tumisan bawang putih bersama ubi keledek. Kemudian, lenyek.
5. Kukus sayur brokoli dan lobak 8-12 minit.
BROWN RICE + GRILLED CHICKEN + SALSA (345 kcal)
BAHAN-BAHAN
– Dada Ayam
– Beras Perang
– Tomato
– Bawang Merah
– Timun
– Daun Ketumbar
– Limau Nipis
– Serbuk Cajun
– Serbuk Blackpaper
– Serbuk Blackpaper
PENYEDIAAN
1. Perap dada ayam dengan serbuk cajun dan blackpaper, Kemudian, panggang.
2. Masak beras perang sehingga lembut.
3. Di bekas lain, satukan daun ketumbar, tomato, bawang dan timun yang telah dipotong dadu. Kemudian, perah limau nipis.
SELAMAT MENCUBA!
Jadi, ini sedikit sebanyak tips yang boleh saya kongsikan. Saya ada letakkan beberapa gambar masakan serta resepi yang sememangnya sihat dan seimbang. Harap dapat membantu anda untuk jadi lebih bersemangat dan kreatif ketika mempraktikkan diet.