Bosan makan lauk Sambal Sotong? Nah.. Cuba masak menu Sotong Masak Hitam pula. Tapi ni hitam bukan sebarangan ya. Tak guna dakwat sotong pun. Menurut empunya resipi Puan Rabiatun Adawyah Mohamed Din nak masak menu ni pun mudah dan rasanya tak mengecewakan. Jadi buat para suri rumah anda boleh belajar resepi ini dengan mengikut cara berikut.

SOTONG MASAK HITAM MAMAK STYLE

BAHAN-BAHAN:

Resepi Sotong Masak Hitam Ala Mamak Kegemaran Suami

  • 1kg sotong

  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar (*)

  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis (*)

  • 1 sudu kecil lada sulah (*)

  • 1 sudu besar serbuk cili (*)

  • 1 sudu kecil serbuk kunyit (*)

  • 1 batang serai – dititik

  • 3 tangkai daun kari

  • 1-2 biji tomato – belah wedges

  • 1 sudu kecil pes @ halia tumbuk

  • 1 sudu kecil pes @ bawang putih tumbuk

  • 1-3 batang cili merah & hijau – dihiris

  • 3 labu bawang besar – dihiris

  • 3 sudu besar kicap pekat (anggaran)

  • 1 batang kulit kayu manis

  • 1 kuntum bunga lawang

  • Minyak untuk menumis

  • Garam secukup rasa & secubit gula

  • Sedikit pes asam jawa

CARA MEMASAK:

Resepi Sotong Masak Hitam Ala Mamak Kegemaran Suami

  • Bersihkan sotong dan toskan. Kemudian perap dengan kicap pekat, daun kari (yang diramas atau boleh juga dikisar) danbahan bertanda (*) selama 30 minit.

  • Panaskan minyak dan tumis serai, kayu manis, bunga lawang, bawang besar dan daun kari.

  • Bila bawang dah berwarna keperangan,masukkan pes halia dan bawang putih.

  • Masak sebentar dan masukkan sotong yang diperap tadi. Kacau rata hingga sotong masak.

  • Masukkan sedikit pes asam jawa. Gaul rata. Sotong tak perlu masak lama kerana isinya akan keras.

  • Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kalau nak lebih hitam,boleh tambah kicap pekat. Masukkan juga cili dan tomato yang dipotong.

  • Gaul rata dan padamkan api. Sedia untuk dinikmati.

INFO CHEF: Serbuk ketumbar, jintan putih dan serbuk cili bolehdisangai dulu dan kisar Ia akan menjadikan hidangan rasa lebih sedap.
Kredit resipi & foto: Rabiatun Adawyah Mohamed Din

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI