Orang Selatan terutamanya di Johor tentunya suka telur pindang kan? Telur pindang seringkali menjadi buah tangan setiap kali menjelang majlis perkahwinan. Disebabkan cara membuatnya agak rumit dan memakan masa, ramai yang tidak suka menyediakannya. Namun bagi penggemarnya, cabaran inilah yang membuatkan telur pindang lebih berharga dan terasa kenikmati saat menjamah.
Walaupun banyak resipi yang hanya memerlukan waktu penyediaan sehari, namun proses rebusan menggunakan api kecil selama tiga hari dua malam itulah yang terbaik kerana semua bahan akan mesra dan serasi di dalam telur yang direbus.
Terima kasih Rohanah Tahirin atas perkongsian resipi.
Bahan :
30 biji Telur – basuh bersih
1 sb Ketumbar
1 sb Jintan manis
1 sb Jintan putih
Rempah 4 beradik
2 botol kicap yang kecil / Kicap manis
1 cekak Daun manggis / Kulit manggis
1 cekak Daun mengkudu
1 cekak Daun jambu batu
1 cekak Daun senduduk
1 cekak Daun serai wangi
5 tangkai Daun kari
6 batang Serai
10 biji Bawang merah – belah empat, kulit tak perlu kupas
Sedikit Lengkuas – hiris
5 helai Daun pandan
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Cara :
Masukkan semua daun dan bahan-bahan lain berselang-seli dengan telur. Buat sehingga bahan habis.
Masukkan air sehingga telur tenggelam.
Perasakan dengan garam.
Rebus menggunakan api kecil sehingga tiga hari dua malam supaya semua bahan mesra dan serasi dengan telur.
Kredit resipi & foto : Rohanah Tahirin