Resepi Tomyam Kaw Ala Kedai Thai. Bahan Simple Ini, Suami Makan Confirm Bertambah!

Share

Siapa memang ‘hantu’ tomyam dekat sini, angkat tangan! Memang tomyam yang merupakan makanan yang berasal dari negara Thailand ini sudah menjadi kegemaran rakyat di Malaysia juga. Juadah ini sangat sesuai untuk dijadikan lauk semasa makan berbuka hari ini.

Malah, kalau nak hirup macam tu saja pun memang sedap! Jadi, jom kita cuba resipi tomyam yang telah mendapat ribuan perkongsian di Facebook Ilham MEdia. Menjadi atau tak tu, jom kita cuba!

Bahan-Bahan

Bawang Holland

Bawang putih

Serai

Daun limau purut

Lengkuas (Saya tak pakai halia)

Tomyam Pes

Air limau nipis

Ayam

Sayuran kegemaran anda

 

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang holland, bawang putih & 2 batang serai yang telah di ketuk.

2. Dah naik bau, masukkan air & letak daun limau purut & lengkuas dlm 2 inci. Saya tak pakai halia.

3. Bolehlah masukkan Tomyam Paste kesukaan anda. Sy masukkan 3-4 sudu untuk rasa yang kaw.

4. Saya guna Tomyam Paste dr Thailand (Mae Pranom brand)
NOTE : Kebanyakkan kedai tomyam pakai brand ni.

5. Ini lah hasil separuh jalan, cantikkan warna tomyam ni..

6. Ok, saya tak pakai air limau nipis ya.. saya pakai air limau instant ni. Sedap! Air limau ni ikut tuan-tuan & puan-puan yer, kalau nak tomyam masam masukkan lebih..

7. Kemudian masukkan bahan utama kita iaitu ayam.

8. Kacau rata

8.  Saya masukkan sedikit susu, dlm 2 3 sudu. Kalau santan lagi better. Tapi santan tak ada la pulak.. guna la apa yang ada yer tak..

9. Akhir sekali masukkan sayur kegemaran anda (lobak, baby jagung, celery, kubis bunga, cendawan & tomato. Perasakan dengan garam & sedikit aji. Gula tak perlu sebab paste ni dah manis & pedas. Garam kena lebihkan sedikit.

10. Tadaaaaa..Dah siap! 😋
Nak masak tomyam dah tak payah pening.. sebab pes saya guna ni dah menepati cita rasa.. tak payah tambah benda-benda lain untuk rasa tomyam yang sedap & kaw! Ni dah cukup..

Kredit gambar : Ilham Media

Published by
Bella