Setelah beberapa hari berbuka asyik dengan menu yang lebih kurang sama, apa kata harini kita cuba resepi wantan mee kicap homemade yang dikongsi wanita ini di Masak Apa Hari Ni (MAHN). Pasti suami makan bertambah!
Alhamdulilah…
Iftar Ramadhan ke-10. Menu simple lepas dah bosan makan nasi.
Wantan Mee Kicap dengan Sup Dumpling Homemade. Nak best & layan lagi…siapkan kicap cili potong dengan Minyak Bawang Putih Goreng. Naik ke bulan layan diaa…
.
Since ramai yang DM, WhatApps tanya mengenai resipi ni. So, saya sharekan resipi Wantan Mee Kicap & Sup Dumpling Homemade dekat bawah ni ye.
RESIPI : Wantan Mee Kicap & Sup Dumpling
Wantan Mee Kicap Bahan-bahan Mi Wantan Kicap:
Mi Wantan – ( dicelur & letakkan sedikit minyak untuk x melekat )
Sos Tiram
Kicap
Minyak Bijan
Cara-caranya :
Satukan kesemua bahan ( Sos Tiram, Kicap, Minyak Bijan ) di dalam bekas. Kemudian, masukkan Mi Wantan yang telah dicelur ke dalam bekas yang berisi bahan² kicap tadi. Gaul rata sehingga semua sebati & kicap meresap elok ke dalam Mi Wantan tadi.
Ads
Bahan-bahan sampingan :
Sawi / Pak Choy – dicelur seketika
Cendawan Shitake Kering – direndam dalam air panas sehingga lembut. Toskan lebihan air
Bahan-bahan untuk inti Dumpling :-
Isi Ayam / Isi Udang
Cendawan Shitake Kering – direndam dengan air panas, toskan lebihan air.
Daun Bawang
Lobak Merah – ( dipotong dadu kecil² )
Bawang Merah/Bawang Holland – ( dipotong dadu kecil² )
Lada Sulah
Sos Tiram
Garam
Kiub Ayam / Stok Ayam
Tepung
Ads
Cara-caranya :
Kisar halus isi ayam/isi udang dengan cendawan shitake kering yang telah direndam tadi. ( Kalau nak senang, kisar sekali dengan isi ayam/isi udang tapi kalau x potong dadu kecil² ) bersama sedikit garam, sos tiram, lada sulah, kiub ayam/stok ayam.
Kemudian masukkan lobak merah, daun bawang serta bawang yang telah dipotong tadi serta sedikit tepung. Gaul rata untuk pastikan semuanya sekata.
P/S : Pastikan inti dumpling xpenuh sangat sebab kulit dumpling mudah terkoyak. Gunakan 1 sudu kecil je untuk letak inti tu. Lekatkan kulit dumpling tu gunakan air & tekan sedikit untuk padatkan dan kemaskan inti di dalam kulit dumpling tersebut. Kemudian, boleh kukus dalam 20 minit.
Bahan-bahan untuk Sup Dumpling :
Kiub Ayam/Stok Ayam
Air
Kobis Cina panjang ( jika suka )
Dumpling – ( yang telah dikukus )
Daun Bawang
Bawang Goreng
Ads
Cara-caranya :
Masukkan air, kiub ayam/stok ayam, kobis panjang ( jika suka ) dan dumpling yang telah dikukus tadi. Renehkan seketika sehingga mendidih dan boleh dihidangkan dengan taburan daun bawang serta bawang goreng.
Nota :
Untuk menambahkan kesedapan Wantan Mee Kicap, boleh sediakan kicap cili potong dengan Minyak Bawang Putih. Memang terangkat.
Selamat Mencuba!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam majlis perkahwinan, tuan rumah dan ahli keluarga akan memakai korsaj pada baju bagi tujuan memudahkan tetamu untuk mengenalpasti mereka. Korsaj yang sering kali kita lihat dibuat dalam bentuk bunga ataupun duit yang dilipat menjadi kipas serta dipinkan di baju. Mungkin bosan dengan korsaj yang sering digunapakai itu, apa kata anda berikan kelainan dengan membuat korsaj untuk diikat di pergelangan tangan.
Ia juga menjimatkan kos jika anda membuatnya sendiri daripada membeli yang sedia ada dari kedai peralatan perkahwinan. Bukan itu sahaja, anda juga dapat membuat korsaj dengan pelbagai rekaan unik dan lebih menarik untuk seluruh ahli keluarga.
Jom ikuti langkah-langkah ini untuk membuat korsaj dengan rekaan unik.
Bahan-bahan yang digunakan:
• Pelbagai bunga sutera (pilih beberapa kuntum bunga yang nampak realistik)
• Gam panas
• Gunting
• Pemotong wayar
• 1.5” reben satin lebar
Langkah 1: Potong kuntuman bunga yang besar dari tangkai menggunakan pemotong wayar. Pastikan dengan menyusunnya secara mendatar.
Langkah 2: Potong beberapa kudup bunga dari tangkai utama, namun masih mengekalkan tangkai yang kecil.
Langkah 3: Potong sepanjang 18” reben.
Langkah 4 & 5: Mulakan dengan bunga-bunga utama. Gamkan di bahagian tengah reben tadi. Gamkan kudup bunga di sekitar bunga utama. Ikat pada pergelangan tangan dengan korsaj baharu yang dibuat sendiri.
Kadang-kadang bingung memikirkan apakah menu yang ingin disajikan pada suami tersayang. Buat anda yang baru berkahwin dan masih belum mahir memasak, boleh cuba resipi-resipi yang mudah.
Antara menu yamg mudah, cepat dimasak dan pastinya membuka selera ialah Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai.
1 mangkuk tempoyak *sukatan ikut suka
Kunyit hidup/serbuk kunyit secukupnya
Segenggam cili api/padi *ikut level kepedasan
Garam secukup rasa
Gula secukupnya *tempoyak baru tak perlu
2 biji bawang besar
2 batang serai *diketuk
Segenggam atau lebih ikan bilis
5 papan petai
1 mangkuk minyak masak *atau secukupnya agar sambal tempoyak jadi kental dan agak garing,kalau tidak sambal akan kelihatan kering dan terlalu lembik
CARA MEMBUAT:
1. Tumbuk cili api bersama garam dan kunyit.
2. Goreng ikan bilis sehingga garing, asingkan.
3. Dengan minyak sama, tumis bahan tumbuk bersama bawang, serai dan tambah sedikit serbuk kunyit.
4. Masukkan tempoyak gaul rata dan biarkan masak sehingga agak garing, kemudian baru masukkan petai dan gaul rata.
5. Tutup api dan masukkan ikan bilis garing dan gaulkan rata. Sedap dimakan ketika panas bersama nasi putih.
Lodeh, juga dikenali sebagai kuah atau sayur lodeh, adalah sup sayur menenangkan hati dan lemak rasanya yang berasal dari Jawa. Ia juga kerap dipanggil lontong, walaupun (dan ini mungkin mengelirukan sedikit) lontong juga merujuk kepada nasi impit, yang sering dihidangi dengan semangkuk sup yang lazat ini.
Sama ada anda memanggilnya lodeh atau lontong, hidangan ini hebat bila anda teringin makan sup yang panas, lazat dan enak. Ia juga adalah hidangan yang cukup popular pada musim Raya kerana ia agak mudah dimasak bila semua bahan-bahan sudah disediakan.
200g udang, dikupas (kaki dan bahagian tajam dibuang) dan dibuang urat, kulit disimpan tepi
200g pedal, dipotong nipis
300g daging lembu berlemak, dicincang besar
200g udang kering, direndam
50g foo chok, direndam kemudian dipotong 3cm x 6cm besar
250g taukwa
360g tempe, dipotong kiub 2cm
50g soh hoon, direndam
16g daun kunyit (kira-kira 1 daun), diikat
30g serai, akar sahaja
17g kunyit
25g lengkuas
185g bawang kecil
40g bawang putih, dihiris nipis
220g kacang panjang, dikoyak 3cm panjang
275g lobak merah (kira-kira 2 lobak merah), dipotong baton 3cm panjang
40g cili hijau (kira-kira 2 cili besar), dihiris nipis
250g kubis (kira-kira ½ kubis), dipotong keping 3cm x 3cm
500g labu jambu (English gourd), dikupas dan dipotong kiub 2cm hingga 3cm besar
1 kg santan
1 liter stok daging lembu
3 cawan minyak masak + tambahan
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
Untuk hidangan 5-7 orang
Penyediaan
Potong dan sediakan semua bahan-bahan di atas.
Kisar separuh serai dengan bawang kecil hingga halus.
Kisar baki serai, kunyit dan lengkuas hingga halus. Tambah sedikit air untuk membantu proses pengisaran jika diperlukan.
Kisar udang kering sehingga halus.
Dalam kuali, panaskan 2 cawan minyak masak. Bila minyak telah mencapai suhu 180°C hingga 200°C, goreng tempe sehingga perang keemasan. Setelah siap, alihkan tempe ke penapis dilapit dengan tuala dapur untuk menyerap minyak berlebihan.
Goreng taukwa seperti di atas. Setelah minyak diserap, potong taukwa goreng secara kiub sebesar 2cm.
Potong kulit udang menjadi kepingan kecil. Dengan api tinggi, panaskan kuali kecil dan masukkan kulit udang. Tuang minyak masak hingga ia hampir, tetapi tidak menutupi, kulit udang. Bila kulit udang mula goreng, biar ia goreng selama 5 minit untuk memperisa minyak. Tapis minyak ke dalam mangkuk berasingan. Buang kulit udang.
Kaedah
Dalam periuk besar, panaskan 1 cawan minyak masak dan minyak kulit udang pada suhu api tinggi. Masukkan campuran bawang dan kunyit yang dikisar, bawang putih dan udang kering yang telah dikisar dan tumis sehingga wangi. Anda mahu campuran ini sedalam 2cm hingga 3cm dari pangkal periuk yang anda gunakan.
Masukkan daging dan pedal dan kacau sehingga daging masak.
Masukkan stok daging lembu dan daun kunyit. Masak sehingga mendidih. Buang daun kunyit.
Masukkan lobak merah, tutup periuk dan masak selama 5 minit.
Seterusnya, masukkan labu, tutup dan masak untuk 5 minit lagi.
Masukkan kacang panjang, tutup periuk dan masak selama 5 minit.
Kemudian, masukkan kubis, cili dan udang. Kacau.
Tambah foo chok dan santan. Kacau sehingga sama rata dan masak sehingga mendidih.
Masukkan soh hoon, tempe dan tauhu. Kacau.
Tambah garam dan gula dan masak sehingga sayur-sayuran telah masak.
KREDIT : BUTTERKICAP
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!