Air kelapa muda antara minuman yang menjadi ‘buruan’ ramai ketika di bulan Ramadan. Banyak khasiat air kelapa muda. Minuman ini bukan sahaja sedap diminum tetapi rendah kalori, rendah lemak, penuh dengan vitamin dan mineral.

Khasiat lain air kelapa ialah mampu menurunkan tekanan darah, sakit kepala atau pening. Buah lemon pula kaya dengan Vitamin C, sejenis antioksidan yang boleh membantu tubuh badan untuk melawan penyakit. Madu pula menguatkan sistem imun badan.

Jom kita cuba resipi Air Kelapa Muda Lemon Madu seperti yang dikongsikan oleh Mohamad Arymin

Resipi Air Kelapa Muda Lemon Madu, Hilang Dahaga Bila Minum, Tubuh Rasa Segar

RESIPI AIR KELAPA MUDA LEMON MADU

Ads

BAHAN-BAHAN:

1 biji kelapa muda (tak kisah ada isi ke tak)
3-4 hiris lemon
2 sudu madu asli
Ais batu secukupnya
Boleh tambah ½ sudu kecil garam (kalau suka)

CARA MEMBUAT:

Ads

1. Masukkan madu, lemon, garam ke dalam air kelapa. Kacau biar sebati.

Resipi Air Kelapa Muda Lemon Madu, Hilang Dahaga Bila Minum, Tubuh Rasa Segar

2. Kalau ada isi kelapa yang lembut boleh campur sekali.

Ads

Resipi Air Kelapa Muda Lemon Madu, Hilang Dahaga Bila Minum, Tubuh Rasa Segar

3. Masukkan beberapa ketul ais batu. Siap untuk dihidangkan.

Sumber kredit: Mohamad Arymin

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI