Resipi Mudah Honey Butter Cornflakes. Boleh Buat ‘Kunyah-Kunyah’ Untuk Moreh Nanti!

Share

Selesai sahaja menunaikan solat tarawih, secara automatiknya kita pasti akan mencari makanan untuk kunyah-kunyah, tidak kiralah sama ada makanan yang berat atau makanan ringan.

Kali ini, kami akan kongsikan resipi honey butter cornflakes yang boleh dijadikan kudapan untuk moreh nanti. Resipi ini dikongsi oleh Nina Diana menerusi grup Masak Apa Hari Ni… (MAHN).

Honey Butter Cornflakes

Lain sikit dari cornflakes madu yg biasa tu.
Anak2 lebih suka yang ini.
Tak melekit, lebih rangup dan tak muak.

Bahan-bahan:

  • 250g butter (saya pakai buttercup je)
  • 3 sb madu
  • 1 biji kuning telur
  • 3 sb susu pekat manis
  • 1 cawan gula halus
  • 500g cornflakes

Cara-cara:

Pukul gula dan butter hingga kembang. Kemudian masukkan telur, susu dan madu. Pukul lagi.

Gaulkan bersama 500g cornflakes.

Gaul sebati. Gunakan bekas yang besar jika adunan banyak.

Masukkan ke dalam cup. Tabur warna warni. Bakar pada suhu 180 degree selama 15 minit atau sehingga garing.

Siap! Rupa selepas dibakar.

Sumber: Nina Diana via grup Masak Apa Hari Ni… (MAHN)

Published by
Naqiyatul Uzma