Biskut Nutella Pods antara biskut yang sangat mudah untuk dicuba. Bagi pengantin baru yang tidak begitu mahir membuat biskut raya, biskut ini memang sesuai untuk korang. Senang sangat nak buat! Tak payah guna oven. Mixer pun tak payah!

Kalau korang masih mencari-cari biskut raya yang senang nak buat, guna bahan-bahan sikit dan paling penting tak perlu bakar sebab belum ada oven di rumah, boleh cuba buat resipi Nutella Pods ini.

Hanya menggunakan empat bahan sahaja, korang dah boleh dapat biskut raya yang sedap. Bila hidang atas meja, tentu jadi kegemaran para tetamu yang datang bertandang.

Resipi NUTELLA PODS, Biskut Raya Yang Tak Payah Bakar, Terpaling Mudah Nak Buat & Dijamin Jadi!

Berikut perkongsian resipi oleh pengguna TikTok Moeirajohson

@moeirajohnson Biskut yg paling bnyk request… terimalah… Episode 3: No bake Nutela pods👩‍🍳✨🌙 2cawan nestom, 1cwn white chocolate, nutela & hazelnut secukupnya… #nobakecookies #InspirasiRamadan #GayaRaya #BukaPuasa #nutellapod #biskutraya #raya2023 #syawal #kuihraya #nestumcookies #nestumchocolate #resepikuihraya #4ingredientsrecipe ♬ Air Mata Syawal – Siti Nurhaliza

Ads

BAHAN-BAHAN: 

2 cawan nestum
1 cawan white chocolate Van Houten (cairkan)
Nutella
Kacang hazelnut (bakar/sangai)

CARA MEMBUAT: 

1. Masukkan nestum ke dalam bekas.

Resipi NUTELLA PODS, Biskut Raya Yang Tak Payah Bakar, Terpaling Mudah Nak Buat & Dijamin Jadi!2. Masukkan pula coklat putih yang telah dicairkan.

Resipi NUTELLA PODS, Biskut Raya Yang Tak Payah Bakar, Terpaling Mudah Nak Buat & Dijamin Jadi!3. Gaul rata dan kacau sebati adunan ini.

Ads

Resipi NUTELLA PODS, Biskut Raya Yang Tak Payah Bakar, Terpaling Mudah Nak Buat & Dijamin Jadi!4. Lapikkan loyang dengan ‘baking paper’, kemudian sudukan adunan tersebut.

Resipi NUTELLA PODS, Biskut Raya Yang Tak Payah Bakar, Terpaling Mudah Nak Buat & Dijamin Jadi!5. Tekan-tekan bahagian tengah dan ‘paipkan’ dengan nutella.

Resipi NUTELLA PODS, Biskut Raya Yang Tak Payah Bakar, Terpaling Mudah Nak Buat & Dijamin Jadi!6. Akhir sekali, letak hazelnut ditengah nutella dan biarkan ia sejuk (mengeras sendiri).

Ads

Resipi NUTELLA PODS, Biskut Raya Yang Tak Payah Bakar, Terpaling Mudah Nak Buat & Dijamin Jadi!7. Biarkan seketika supaya biskut mengeras. Kemudian bolehlah susun dan simpan dalam bekas kedap udara.

Resipi NUTELLA PODS, Biskut Raya Yang Tak Payah Bakar, Terpaling Mudah Nak Buat & Dijamin Jadi!

 

Resipi NUTELLA PODS, Biskut Raya Yang Tak Payah Bakar, Terpaling Mudah Nak Buat & Dijamin Jadi!

Sumber: Moeirajohson

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI