Vanilla Blue Ice Cream antara minuman yang tular di media sosial dan ramai yang telah mencubanya. Air biru yang nampak cukup menyelerakan ini mudah sahaja untuk dibuat. Setiap kali berbuka tentunya minumanlah yang dicari berbanding makanan.

Bahan-bahan yang diperlukan juga tidak banyak. Paling penting bagi isteri yang baru berjinak-jinak dalam dunia masakan terutama pengantin baru, minuman ini tersangatlah mudah untuk disediakan.

Nikmatnya terasa bila dapat berbuka puasa dengan air Vanilla Blue Ice Cream. Terasa sejuk bila lalu ditekak. Warna biru itu yang buat minuman ini rasa sangat menggamit selera.

Berikut perkongsian Nordiana Ab Kadil  seperti yang dikongsikannya di grup Masak Apa Hari Ni (MAHN).

RESIPI VANILLA BLUE WITH ICE CREAM

BAHAN:

Ads

Resipi Vanilla Blue With Ice Cream, Air Biru Yang Nampak Tersangatlah ‘Mengancam’

3 cawan air masak
5 esen vanila (boleh guna penutup botol esen)
Setengah tin susu pekat manis Saji
Satu tin susu sejat cair Saji
Pewarna biru (guna 1 penutup pewarna)
Ais secukupnya
Aiskrim vanilla

CARA MEMBUAT:

Ads

1.Campurkan semua bahan-bahan (kecuali aiskrim). Kacau rata biar sebati.

Resipi Vanilla Blue With Ice Cream, Air Biru Yang Nampak Tersangatlah ‘Mengancam’

2.Ketika hendak hidang, boleh letakkan aiskrim perisa vanilla di atas minuman yang dituang di dalam gelas. Kacau rata untuk dapatkan rasa vanilla yang sempurna.

Ads

3. Inilah hasilnya. Memang mengundang betul ‘rupa parasnya.’

Resipi Vanilla Blue With Ice Cream, Air Biru Yang Nampak Tersangatlah ‘Mengancam’

Sumber: Nordiana Ab Kadil via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI