Rezeki bahagia dengan tiga isteri, seorang individu berkongsi momen bahagia di laman media sosial baru-baru ini.
Ada pelbagai pandangan netizen bila melihat gambar yang dikongsikan oleh saudara Amirul Hakimin ZH namun hanya dia dan isteri-isterinya merasa istilah bahagia berpoligami.
Lebih unik apabila dia menyatakan perkahwinan mendapat restu daripada isteri pertama dan keduanya.
Terima Kasih Pada Isteri-isteri Menyiapkan Majlis
Menerusi perkongsian di Facebook, individu yang dikenali sebagai Amirul Hakimin itu berterima kasih pada isteri pertama dan kedua dalam bertungkus lumus menyiapkan majlis pernikahannya.
Ujarnya, perkahwinan ketiga ini mengambil masa hampir tiga tahun.
“Perjalanan untuk menjayakan perkahwinan ini mengambil masa hampir tiga tahun. Ia bukanlah perjalanan yang mudah.
“Terima kasih buat isteri-isteri saya, mereka banyak berusaha untuk menjayakan majlis ini.
“Seorang jadi wedding planner, seorang jadi goodies packer. Baju pengantin dan decoration, mereka yang uruskan.
Poligami Bukan Isu Baru
Dalam pada itu, Amirul menyatakan masyarakat kini menganggap poligami sebagai satu masalah.
Masyarakat kita memerlukan lebih banyak contoh keluarga poligami yang harmoni.
Perkahwinan poligami ini bukanlah perkara yang baru. Ini seakan menjadi masalah dalam masyrakat rakyat Malaysia apabila hendak dilaksanakan.
Buat lelaki yang ingin berpoligami, ini sedikit perkongsian daripada Amirul:
1. Carilah “circle” poligami. Bergaul lah dengan pengamal poligami. Dari situ, kita akan lebih mudah belajar dan perbaiki diri.
2. Carilah ilmu. Ilmu ni boleh dapat melalui YouTube, buku dan kitab. Kita sebagai orang awam, boleh hadam video ceramah dan buku poligami pun alhamdulillah lah.
3. Perbaiki diri. Setiap hari, perlu muhasabah diri, apa yang perlu kiat perbaiki, supaya kita lebih mudah untuk memimpin keluarga besar.
“Kenapa saya tak sebut tentang kewangan? Kerana masalah utama dalam poligami bukanlah kewangan, tetapi ilmu dan hati. Tak percaya? Bergaul lah dengan pengamal poligami, InsyaAllah akan mudah nampak apa yang saya maksudkan,” tulisnya lagi.
Berikutan itu, Amirul yakin kehidupan berumah tangga sama ada monogami mahupun poligami tidak terlepas daripada ujian.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI