Hanya mampu serah kepada takdir, pelakon Riena Diana reda jika sudah tertulis dia perlu hidup bermadu.
Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal, 27, bagaimanapun menyatakan menerusi portal mStar yang dia akan cuba untuk mengelakkan diri daripada terjebak hubungan itu dan berusaha mencari pasangan yang masih bujang.
Riena Diana Akan Elak Bermadu Tapi Reda Jika Ditakdirkan
“Saya tidak rela bermadu cumanya kalau ditakdirkan, itu jalan tertulis saya terima dengan hati terbuka.
“Saya tahu madu itu susah. Kalau betul ditakdirkan, kita reda. Kalau ada jodoh kita teruskan, kalau tiada jodoh kita berpisah.
Minta Doa Orang Ramai
“Kalau boleh saya tidak mahu jadi yang pertama atau pun yang kedua sebab saya belum kahwinkan, jadi saya minta doa kalian semua,” jelas Riena.
Ya, kita hanya mampu merancang tetapi jika ditakdirkan berkongsi hidup dan bermadu, hanya mampu reda. Jauh lagi perjalanan dan sungguh kehidupan di dunia ini hanya sekadar persinggahan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Liquid Diet, Turun 17kg Dalam 2 Bulan
17Kg Dalam Masa 2 Bulan Dengan Kaedah Liquid Diet
Berikut adalah perkongsian dari Maria Adam tentang bagaimana dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 17 kilogram dalam masa 2 bulan dengan menggunakan kaedah liquid diet sahaja. Jom ikuti perkongsian yang menarik ini.
My home made carrot juice, saya turun 17kgs, dlm masa 2 bulan dengan liquid diet sahaja.
Bahan di perlukan juice extractor, kalau takde pakai blender pun boleh, kak maria advise semua perempuan kena ada juice extractor ni sbb dia bagus sangat….ada juice extractor kita akan lebih berdisiplin bila makan, minum juices kulit cantik, kurang gula dan buah buahan mmg banyak khasiatnya.
Saya turun 17kgs 2 bulan dengan liquid diet, saya tak sentuh nasi (carbohydrate), saya tak sentuh gula…air gas, kopi, teh tarik and nescafe semua mmg saya tak minum sbb tak suka.
Saya cuma minum susu, minum juice, makan buah dan yogurt selama 2 bulan itu sahaja dan saya minum smoothies sehari min 2 kali kenyang juga. Susu dan yogurt beli brand Marigold kat pasar raya.
Effect asthma yg bertahun2 saya hadapi hilang terus, saya pernah coma pasal paru paru lemah, 36 jam dalam icu, resdung atau nose polyp saya hilang, tenaga banyak gila, bangun subuh kul 2 pagi pun tak letih lagi:)
Doctor saya kata bila kita hilang berat badan kita, lebih 50 penyakit keluar dari badan, so you all yg selalu sakit macam saya cubalah ya,now saya dah sihat.
Badan ringan, mind clearer and rasa more peaceful. Nanti saya share resepi smoothies kat sini juga.
Carrot juice
Carrot juice 3 batang buang kulit belah kecik
Susu segar jika suka – Marigold brand
Gula jika suka (saya minum kosong)
Lemon
Masukkan carrot dlm juice extractor, juice carrot akn keluar, lepastu tambah air putih dan tambah susu segar dan gula jika you all suka manis.
Masukkan dlm fridge sejukkan dan minumlah masa berbuka rasa awesome gilerrrr…. lemon tu time nak minum hiris lemon satu ke dua hiris perah dalam carrot juice tu, letak ais sikit, adoiii heaven sedap gila haha
Lepas tu kalau nak carrot tu minum kosong sahaja pun boleh okay, tak nak letak susu, tambah air sikt and lepastu letak ice, bukak tv sensorang minum chiling rasa awesome giler.
ps: Untuk bakal pengantin yang rasa tiada lagi harapan nak kurus, mungkin ini alternatif lain supaya korang tak berlapar lagi. Anda boleh beli benda paling mudah ini DI SINI. Selamat berdiet semua!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lepas Kahwin, Berapa Kali Tanya Khabar Orang Rumah?
Dunia lepas kahwin tak akan sama dengan dunia bercinta. Walau cuma tentang tanya khabar, pasti akan berubah.
Bukan sebab tak sayang tetapi cukup banyak lagi benda penting yang nak kena susun dan ambil peduli. Hal hubungi si dia itu cuma secebis berbanding urusan harian sebagai suami isteri.
Dunia Lepas Kahwin Tak Sama
Kurang jelas dan kenapa jadi begitu? Nah, jemput baca perkongsian saudara Firdaus Shakirin sejenak. Pasti anda akan lebih berlapang dada tentang hubungan suami isteri.
Ada kawan tanya, tak wassup wife ke time kerja?
Saya jawab ada, pagi sekali, dan petang sekali.
Waktu pagi dia tanya nak makan apa balik kerja nanti, waktu petang dia tanya nak balik kerja pukul berapa.
2 kali itu saja lah wassup dia dalam sehari.
“Eh, tak apa ke camtu? Si dia ok ke…?”
Dia ada kerja dia, kita ada kerja kita. Masing-masing buatlah kerja masing-masing. Nak berwassup macam orang baru bercinta, memang tidak lah.
Seminit sekali tanya, seminit sekali kena reply. Lambat reply nak merajuk, nak tuduh ada perempuan lain.
Bukan cara dan style kami berdua. Balik kerja nanti, sembang bertentang mata, cakap apa yang nak cakap, luah apa yang nak luah, cerita apa yang nak cerita.
Itu lebih berkualiti daripada sembang maya.
Punya Komunikasi Berbeza
Apa pun, cara setiap pasangan berkomunikasi itu berbeza. Ada yang selesa berbalas wassup setiap minit, ada yang selesa tak buat macam tu tapi still contact each other walaupun satu dua kali.
Ok ke tak ok cara itu, tanya pasangan. Jangan tanya member, kesefahaman itu antara kita dan pasangan, bukan kita nak fahamkan member.
Begitulah cara untuk bahagia dalam rumah tangga, jangan bajet alam percintaan sama dengan dunia selepas kahwin ya! Banyak lagi tanggung jawab lain yang nak kena fikir. Bukan pasal ‘contact awak saya’ sahaja.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Perlekeh Tugas Seorang Suri Rumah. Mereka Sebenarnya Wanita Yang Hebat!
Menjadi seorang suri rumah bukanlah satu tugas yang mudah kerana ia memerlukan persediaan dari segi mental dan fizikal. Tidak semua wanita mampu untuk menjadi seorang suri rumah sepenuh masa.
Disebabkan itu, jangan sesekali memperlekehkan tugas wanita yang bekerja sebagai suri rumah. Tugas mereka sebenarnya amat mencabar dan memerlukan kesabaran yang cukup tinggi.
Mereka sebenarnya adalah wanita yang hebat. Apakah kehebatan seorang suri rumah? Ini jawapan dari sudut pandangan Dr. Taufiq Razif yang dikongsi menerusi laman Facebook miliknya.
1. Support System Terbaik Bagi Suami
- Personaliti lelaki ni berbeza-beza. Ada suami yang memang perlukan isteri yang betul betul boleh fokus pada dia sahaja. Kalau tak, dia tak boleh nak fokus 100% pada kerjaya dia
2. Personal Assistant Terbaik Bagi Suami
- Isteri ni mempunyai Emotional Connection yang sangat hebat pada seorang suami. Sebab tu lah sebaik mana pun lelaki tu, aib dan kelemahan suami tetap dipegang rapi oleh isterinya sendiri
- Bila isteri tahu kelemahan suami, disitu lah letaknya kehebatan isteri sebab hanya dia sahaja yang tahu bagaimana nak kuatkan si suami
3. Coach Terbaik Anak-Anaknya Sendiri
- Anak anak kita pun ada bermacam jenis personaliti dan setiap jenis personaliti tu kena ‘manage & coaching’ dengan cara yang berbeza
- Walaupun si ibu tak pernah belajar ilmu parenting sekalipun, naluri keibuan dan ‘Gut Feeling’ mereka biasanya betul kalau si ibu betul betul fokus pada si anak. Itu yang membuatkan mereka lebih faham personaliti anak anak mereka dan coach terbaik untuk anak anak mereka sendiri
4. Mediator Terbaik Pasangan Dan Anak-Anak
- Mediator ni adalah orang yang urus konflik antara 2 pihak yang sedang bergaduh dan pakar dalam mendamaikan mereka.
- Isteri dan surirumah ni sebenarnya ada potensi menjadi Mediator terbaik sebab mereka lah yang hadap anak bergaduh 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
- Potensi menjadi Mediator ni akan lebih menyerlah bila mereka banyak mendengar, kurang judgemental dan suka selami perasaan anak anak dan pasangannya sendiri
- Bila dah jadi Mediator terbaik ni, pergi masuk bisnes ataupun company mana pun mereka akan jadi sangat disukai ramai dan akan jadi penyejuk hati semua orang di sekeliling mereka
5. Specialist Mengurus Rumah
- Sekarang ni ajar cara urus rumah pun dah boleh buat banyak duit. Ada yang ajar cara urus rumah gaya minimalist, ada yang ajar cara urus rumah gaya KonMari dan banyak lagi
- Ya, kerana specialist mengemas rumah ni hanya ada seorang isteri terutamanya surirumah. Kerana jam terbang mereka dalam mengemas rumah ni dah lebih daripada 10,000 jam dah
- Pegang kata kata saya ni ‘It takes 10,000 hours to master your craft. That’s 8 hours a day, 5 days a week, 44 days a year for 5 and half years’. Bila dah cukup lengkap dah jam terbang ni, anda dah dikira level Mastery dah dan layak untuk ajar orang lain walau hanya mengajar orang melipat kain atau mengurus rumah sekalipun
Kepada semua surirumah di luar sana, be proud of yourself. Ingat kata kata saya ni ‘ If you don’ t value yourself, you will always attract people who don’ t value you either ‘
Bagitahu berita baik ni pada semua surirumah yang anda kenal ya. Info ni mungkin akan mengubah hidup mereka buat selama-lamanya.
Sumber: Dr. Taufiq Razif
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI