Hanya mampu serah kepada takdir, pelakon Riena Diana reda jika sudah tertulis dia perlu hidup bermadu.
Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal, 27, bagaimanapun menyatakan menerusi portal mStar yang dia akan cuba untuk mengelakkan diri daripada terjebak hubungan itu dan berusaha mencari pasangan yang masih bujang.
“Saya tidak rela bermadu cumanya kalau ditakdirkan, itu jalan tertulis saya terima dengan hati terbuka.
“Saya tahu madu itu susah. Kalau betul ditakdirkan, kita reda. Kalau ada jodoh kita teruskan, kalau tiada jodoh kita berpisah.
“Kalau boleh saya tidak mahu jadi yang pertama atau pun yang kedua sebab saya belum kahwinkan, jadi saya minta doa kalian semua,” jelas Riena.
Ya, kita hanya mampu merancang tetapi jika ditakdirkan berkongsi hidup dan bermadu, hanya mampu reda. Jauh lagi perjalanan dan sungguh kehidupan di dunia ini hanya sekadar persinggahan.