Foto: Puan Zaitun Abd Hamid

Bila dah ‘berkurung’ di rumah, benda pertama yang selalu anda rindu dan terbayang pastinya makanan. Jika sebelum PKP dilaksanakan, kita mudah untuk mendapatkan apa sahaja makanan yang kita inginkan. Tetapi sekarang, agak sukar untuk mencari makanan kegemaran apatah lagi makanan yang dijual di tepi jalan.

Antara makanan yang paling dirindu adalah ayam gunting Uncle Bob. Sedapnya bila makan panas-panas. Ayam yang rangup dan pedas! Kalau beli satu selalunya memang tak cukup.

Jika anda rindu untuk makan ayam gunting ini, boleh sahaja buat sendiri di rumah. Lebih banyak anda boleh dapat. Makan la puas-puas! Jom kita tengok resipi ayam gunting yang dikongsikan oleh Puan Zaitun Abd Hamid menerusi akaun Facebooknya. Nampak sedap dan menyelerakan!

Ads

Resipi Ayam Gunting Ala Uncle Bob

Dah berjanji dgn anak2 nk buatkan ayam goreng ala-ala Uncle Bob..
Hari ni tunaikan..
Dok tiap2 hari jer asyik membeli sampai RM12..
Hari ni kita kasi makan sampai puas..

Bahan-Bahan

  • Isi ayam bahagian dada yang telah dibuang tulang

Rindu Nak Makan Ayam Gunting Ala Uncle Bob? Ini Resipi Untuk Anda!

Bahan Perap

  • 4 sudu sos tiram
  • 2 sudu serbuk BBQ/2 sudu sos black pepper Kimball
  • 2 sudu perahan limau/lemon

Bahan Saduran

  • Tepung Bestari pedas/original (ikut suka)
  • Tepung ubi/tepung beras
  • Sedikit serbuk roti (breadcrumbs)

Rindu Nak Makan Ayam Gunting Ala Uncle Bob? Ini Resipi Untuk Anda!

Tambahan

  • Serbuk cili/serbuk lada putih untuk ditaburkan selepas goreng nanti

Cara-Cara

1. Basuh ayam bersih-bersih dan potong nipis.
2. Gaul semua bahan perap dan perapkan ayam selama 1 jam. Saya gunakan sos BBQ jenis ni. Memang sedap, kalau buat chicken chop pun saya biasa pakai yang ni.
Rindu Nak Makan Ayam Gunting Ala Uncle Bob? Ini Resipi Untuk Anda!
3. Selepas diperap, salutkan ayam tadi dengan semua bahan saduran di atas.
4. Tumbuk-tumbukkan sikit ayam tu guna lesung batu supaya bahan perasa daripada campuran tepung dapat melekat pada ayam.
Rindu Nak Makan Ayam Gunting Ala Uncle Bob? Ini Resipi Untuk Anda!
5. Agak-agak dah sebati, panaskan kuali. Letak minyak dan goreng seperti biasa.
6. Akhir sekali, taburkan sedikit lada putih dan serbuk cili untuk tambahkan lagi perasanya.

Rindu Nak Makan Ayam Gunting Ala Uncle Bob? Ini Resipi Untuk Anda!

Ads

Kemudian, guntinglah ayam ikut besar mana yang anda mahukan. Mudah je kan resipi ni? Boleh la buat kudap-kudapan untuk minum petang bersama keluarga tercinta.

Ads

Selamat mencuba!

Sumber: Puan Zaitun Abd Hamid via Masak Apa Hari Ni…(MAHN)

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI