Percintaan jarak jauh seolah telah menjadi satu trend pada masa kini. Tidak dinafikan mereka yang sedang bercinta itu tidak mahu pasangan mereka berada jauh di mata mereka. Malah, ada juga sesetengah pasangan yang gemar dengan percintaan jarak jauh.
Apa sebabnya? Mungkin ada yang merasakan hubungan jarak jauh ini dapat mengelakkan diri daripada maksiat dan Ada juga yang berpendapat bahawa hubungan jarak jauh ini tidak boleh bertahan lama. Kami akan berkongsi mengenai beberapa tips bagi mereka yang sedang bercinta jarak jauh.
1. Harus saling mempercayai
Kepercayaan adalah elemen yang sangat penting bagi setiap pasangan dalam setiap hubungan. Lebih-lebih lagi sekiranya hubungan yang dibina berlandaskan dengan jarak yang jauh. Cuba kekal untuk setia dan jangan sesekali menghilangkan kepercayaan si dia pada anda.
2. Sentiasa berdoa agar hubungan diberkati
Walaupun pasangan anda berada jauh di mata, tapi anda mestilah sentiasa mendekatkannya di hati. Jika rindu, anda boleh mengirim doa kepada si dia agar diberikan kesihatan yang baik. Perlu diingat bahawa hubungan yang diberkati Allah SWT adalah yang sentiasa menuju keredaan-Nya.
3. Pentingnya komunikasi
Dengan hubungan jarak jauh anda tidak berpeluang untuk berjumpa mahupun bertentang mata. Sebab itu, cara yang paling mudah adalah dengan berkomunikasi. Dengan teknologi pada zaman sekarang segala jenis perhubungan menjadi mudah. Ambil sedikit waktu untuk si dia dan berkomunikasi demi menjaga keutuhan sesebuah hubungan.
4. Bertolak-ansur
Ramai orang yang bercinta tetapi tidak mengamalkan perkara ini. Sebenarnya pentingya sikap bertolak ansur ini dalam sesebuah hubungan kerana ianya mampu mengakibatkan berlakunya perbalahan meskipun berpunca dari perkara yang kecil sahaja. Itulah pentingnya wujud sikap bertolak ansur dalam setiap hubungan.
5. Jangan terlalu kuat cemburu
Tidak ada salahnya untuk memiliki perasaan cemburu dalam diri setiap manusia. Namun cara mereka mengendalikan perasaan ini yang memainkan peranan penting. Bagi mereka yang sedang melalui perhubungan jarak jauh, jauhilah dari sikap cemburu buta. Hal ini juga dapat membuatkan pasangan anda berasa jemu dengan sikap anda lantas mereka memilih untuk mengakhiri hubungan itu.
6. Luahkan Perasaan Anda
Mungkin anda malu untuk meluahkan perasaan bila berdepan dengan si dia. Mungkin anda seorang yang pendiam sewaktu dengan si dia. Ambil kesempatan ketika berjauhan ini untuk meluahkan perasaan anda kepadanya.
***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI