Risau Berat Tak Turun? Cuba Amalkan 5 Jenis Senaman Efektif Ini, Kalau Selalu Buat Boleh Kurus!

Share

Hari perkahwinan merupakan momen terpenting dalam hidup yang ditunggu-tunggu bagi kebanyakan pasangan.Anda tentu ingin dilihat sesempurna mungkin. Tetapi daripada berusaha gigih dengan diet yang boleh membahayakan, kenapa tidak bersenam saja untuk mendapatkan tubuh idaman dengan cara yang lebih sihat?

Senaman terbaik untuk persediaan sebelum berkahwin

Berikut ini ialah lima jenis senaman terbaik yang boleh anda masukkan ke dalam rancangan persiapan perkahwinan anda, di samping menyusun senarai tetamu, menempah dewan, katering, mencari perancang perkahwinan dan tentu saja mencari baju pengantin yang sempurna. Anda boleh jadikan sesi senaman ini untuk semakin mendekatkan diri dengan pasangan menjelang hari penting anda.

1.Berlari

Ada banyak manfaat kesihatan yang boleh anda dapatkan dari berlari. Lari dapat meningkatkan daya tahan tubuh, menguatkan jantung dan paru-paru dan melancarkan pembuluh darah. Tapi selain itu, berlari dapat membakar lemak tubuh dengan cepat. Tubuh pun akan terus membakar kalori bahkan setelah anda selesai berlari. Lari menguatkan tulang sekaligus meningkatkan kepadatannya sehingga mengurangkan risiko osteoporosis di kemudian hari.

Lari juga merangsang tubuh untuk meningkatkan produksi hormon endocannabinoid yang boleh membuat anda merasa bahagia. Hormon ini dikatakan memiliki kesan peningkatan mood yang lebih kuat dibandingkan endorfin karena endorfin hanya dikeluarkan oleh bahagian otak tertentu, sementara endocannabinoid dapat dikeluarkan di pelbagai sel tubuh. Lari tidak hanya meredakan stres yang mungkin muncul selama persiapan sebelum berkahwin, tetapi juga mengurangkan kemungkinan anda untuk terpengaruh stres di masa depan.

Khususnya bagi lelaki, lari melatih kekuatan pembuluh darah dan jantung sehingga mengurangkan risiko anda untuk mengalami impotensi atau disfungsi ereksi.

2.Berenang

Renang adalah kegiatan aerobik yang melibatkan gerak keseluruhan anggota tubuh. Jika dilakukan dengan teknik yang tepat dan rutin, berenang dapat melatih kekuatan jantung dan paru-paru yang akan meningkatkan daya tahan dan kesegaran tubuh secara keseluruhan. Berenang juga membuat otot lebih panjang dan ramping, yang membantu meningkatkan metabolisme tubuh terus membakar lebihan kalori dalam jangka panjang meski anda sudah selesai berenang.

3.Pilates

Pilates bermanfaat untuk menguatkan otot dalaman tubuh, mulai dari otot dada bawah, perut, punggung hingga otot di sekitar pinggul. Otot dalaman yang lemah atau tidak fleksibel dapat membuat anda mudah cedera. Otot dalaman tubuh yang lemah juga boleh menyebabkan tenaga dari setiap gerakan yang anda lakukan menjadikan anda cepat lemah. Stamina tubuh yang longlai adalah perkara yang ingin dihindari semasa persiapan sebelum berkahwin.

Pilates juga menyokong dalaman tubuh untuk menstabilkan koordinasi tubuh sehingga dapat menjaga postur tubuh yang baik ketika duduk atau berdiri di atas pelamin nanti.

Pilates juga melibatkan gerakan yang mirip dengan senaman Kegel untuk menguatkan otot dasar pinggul. Otot pinggul yang kuat dapat memberikan anda pengalaman orgasme yang lebih menakjubkan. Selain itu, manfaat pilates untuk menguatkan otot pinggul tak hanya berakhir di tempat tidur saja. Jika anda hamil, otot dasar pinggul yang kuat dapat memudahkan anda untuk ketika bersalin nanti.

4.Yoga

Yoga membantu anda meraih dan menjaga keseimbangan antara tubuh, fikiran dan jiwa dengan memasukkan teknik relaksasi, pengaturan nafas dan meditasi untuk meraih ketenangan dan kedamaian. Sederhananya, yoga dapat mengawal stres yang datang selama persiapan sebelum berkahwin.

Yoga juga dapat dilakukan oleh bakal pengantin lelaki. Manfaat yoga untuk lelaki termasuk untuk kekuatan otot, yang lebih efektif daripada sekadar bench press atau squat. Beberapa gerakan yoga khusus lelaki boleh dilakukan untuk mengatasi impotensi atau disfungsi ereksi.

5.Angkat berat

Angkat beban ialah salah satu pilihan terbaik bagi anda yang menginginkan bentuk dan postur tubuh ideal. Selain membentuk otot, angkat berat sekaligus meningkatkan kekuatan dan otot tubuh. Latihan beban juga menawarkan sejumlah manfaat lain termasuk penurunan berat badan, pembakaran lemak serta memerangi osteoporosis.

Satu penelitian dari University of Sydney, Australia, melaporkan bahawa orang-orang yang rutin menjalani latihan angkat berat menunjukkan peningkatan fungsi kognitif otak. Ini bererti otak anda jadi lebih tangkas untuk menjalani pelbagai tugas yang rumit sekalipun. Pada dasarnya, angkat berat dapat melatih ketajaman fokus,  merencanakan dan mengatur sesuatu, dan multitasking atau melakukan banyak hal sekaligus?

* Tip senaman sebelum berkahwin

Untuk  manfaat senaman yang optimum, anda dapat mencampur beberapa jenis olahraga di atas dalam waktu tertentu. Lebih baik jika anda mampu melakukan semuanya.

Dan jika sudah mantap berkomitmen untuk senaman, jangan menunda. Aturlah sasaran yang realistik. Memang betul membuat sasaran akan membuat anda lebih bermotivasi.  Jangan memaksa untuk bersenam jika tubuh dan fikiran sudah keletihan, malah anda mudah jatuh sakit. Oleh  itu, aturlah masa serta frekuensi olahraga anda di tengah kesibukan menjelang hari perkahwinan. Jangan lupa untuk mengutamakan pola makan sihat dan rehat yang mencukupi agar semua kerja keras persiapan sebelum berkahwin tidak menjadi sia-sia.

Published by
Putri Adila