Bulu mata sambungan atau bulu mata yang disambung adalah satu penyelesaian jangka panjang untuk mencantikkan bulu mata. Berbeza dengan bulu mata palsu, sambungan bulu mata ini adalah bulu mata tunggal, yang diletakkan pada bulu mata sendiri, satu demi satu oleh ahli kosmetik profesional atau ahli estetik.

Dengan memasang bulu mata ini, keperluan untuk memakai maskara tidak lagi diperlukan. Struktur bulu mata sambungan ini diperbuat daripada bahan semula jadi seperti sutera atau mink atau daripada serat sintetik seperti plastik.

Risiko Bulu Mata Sambungan Untuk Bakal Pengantin, Nampak Cantik Sekejap Tapi Boleh Derita

Kesan sampingan bulu mata sambungan

Melakukan sambungan bulu mata mungkin boleh membuatkan mata anda kelihatan lebih menarik, tetapi ia sebenarnya mendatangkan risiko kepada kulit dan mata anda. Ia adalah sangat penting, jika anda berminat untuk membuat sambungan bulu mata, untuk mendapatkan pakar yang berpengalaman dan berlesen serta salon yang menitik beratkan soal kebersihan.

Kesan kepada kulit dan mata

Pelekat yang digunakan untuk menyambung bulu mata ke bulu mata anda mengandungi bahan kimia dan kandungan bahan lain yang mungkin mendatangkan kerengsaan dan mudarat kepada anda. Jika anda mempunyai reaksi tindak balas terhadap bahan kimia yang digunakan semasa proses sambungan itu, anda mungkin mengalami kesan sampingan dalam masa 2-3 hari.

IKLAN

Antara kesan sampingan yang mungkin berlaku:

  • Mata merah
  • Mata kering
  • Terasa terbakar
  • Gatal-gatal
  • Kesakitan
  • Ruam
  • Kemerahan atau keradangan pada mata atau kelopak mata
  • Bengkak, yang boleh menjadi serius

Risiko Bulu Mata Sambungan Untuk Bakal Pengantin, Nampak Cantik Sekejap Tapi Boleh Derita

Kandungan bahan

Antara kandungan bahan yang terkandung dalam pelekat bulu mata, adalah:

IKLAN
  • Formaldehyde
  • Lateks
  • Gula selulosa
  • Cyanoacrylates
  • Asid benzoik

Antara kandungan bahan dalam penanggal sambungan bulu mata, termasuk:

  • Formaldehyde
  • Propylene glycol
  • Geraniol

Melihat kesesuaian

Sebelum membuat pertimbangan untuk membuat penyambungan bulu mata, sebaiknya anda membuat penilaian sama ada anda sesuai untuk melakukannya atau tidak. Elakkan jika anda:

  • Mempunyai masalah kerengsaan kulit atau masalah kulit pada bahagian kelopak mata
  • Mempunyai sejarah reaksi alahan pada pada atau kulit untuk produk kosmetik seperti alat solekan, ubat titisan mata atau ubat mata
  • Alahan kepada lateks atau bahan yang terkandung dalam gam atau produk penanggal
  • Sedang menjalani kemoterapi atau radiasi
  • Menghidapi trichotillomania
  • Menghidapi alopecia areata

Rawatan

Jika anda merasa tidak selesa atau kerengsaan selepas penyambungan bulu mata, terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan di rumah untuk mengurangkan rasa tidak selesa ini, seperti:

IKLAN
  • Memberikan tekanan sejuk
  • Krim hyrocortisone topikal
  • Ubat titisan alahan mata
  • Produk antihistamin oral

Setiap individu mempunyai reaksi sensitiviti yang berbeza terhadap bahan kimia, walau bagaimanapun, Board of Barbering and Cosmetology menyarankan untuk tidak menggunakan pelekat yang mengandungi formaldehyde, kerana ia berpotensi menyebabkan kerengsaan toksik.

Jika anda risau berkemungkinan terdapat bahan yang boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit atau menyebabkan reaksi alahan, tetapi anda berminat untuk melakukan penyambungan bulu mata, anda boleh meminta untuk melakukan ujian untuk melihat reaksi tindak balas kulit anda.

SUMBER : https://hellodoktor.com

OLEH : Asyikin Mad Isa

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI