Nak buat majlis kahwin memang pening kalau memikirkan bab bajet. Hal kewangan. Maklumlah, bukan semua kita ada bajet berkepuk-kepuk. Ada orang bajet berbelas ribu, ada berpuluh ribu malah ada juga yang beratus ribu.

Tapi kalau bajet tak besar, maka perlulah ukur baju di badan sendiri. Buat ikut kemampuan diri dan keluarga. Jangan sampai berhutang dan kelak akan membebankan diri dan pasangan. Kalau bajet terhad ni yang kena kira sebaik-baiknya agar majlis berjalan lancar dan meriah. Jom kita kira bajet kahwin dengan duit sebanyak RM5,000 sahaja.

RM5000 Cukup Ke Untuk Majlis Kahwin, Kira-Kira Dapat Apa Je?

1. Mas Kahwin berbeza mengikut negeri dan perlulah ikut keperluan negeri. Tak perlu nak lebih-lebih. Ikut apa yang perlu sahaja. Boleh rujuk pejabat agama Islam di negeri masing-masing. Anggaran Maksimum: RM300.

2. Hantaran Buat ala kadar untuk lengkap kan syarat. Buatlah 3 dibalas 5 pun dah cukup. Jangan sampai 19 balas 21 pulak. Melampau sangat tu. Anggaran Maksimum: RM500.

Ads

3. Cincin Perlu ada untuk hadiah kepada pengantin perempuan. Tak perlu mahal-mahal. Cukup buat tanda sahaja. Nanti dah ada duit baru beli rantai sebesar rantai motor pun tak apa. Anggaran Maksimum: RM500

4. Baju dan persalinan gunakan baju yang sama, nikah dan sanding. Lagi jimat. Bukan tujuan buat majlis kahwin untuk tayang baju. Tujuan majlis untuk mewar-warkan kita dah kahwin. Anggaran Maksimum: RM500 sepasang.

Ads
RM5000 Cukup Ke Untuk Majlis Kahwin, Kira-Kira Dapat Apa Je?

5. Jamuan Makan Kalau bajet sikit, tak perlulah nak order katering. Kos akan jadi tinggi. Lebih baik masak secara gotong-royong. Memang menjimatkan. Menu pula tak perlu gah sangat. Buat menu masakan kampung lagi tetamu suka. Dan masak untuk jemputan lebih kurang 400 ke 500 orang dah cukup. Tak perlu jemputan sampai 1000 orang. Anggaran kos: Ayam 30ekor = RM500 Beras 5 beg 10kg = RM130 Barang-barang lain: RM300 Sewa Barang Surau: RM200 Lain-lain: RM370 Jumlah kasar: RM1500

6. Khemah Cukup sekadar khemah untuk tetamu makan dan meja makan pengantin. 4 khemah untuk tetamu 400 ke 500 orang sudah memadai. Anggaran Kos: RM250x4=RM1,000.

Ads

7. Door Gift Bajet dalam RM1 per bag. Anggaran kos: RM500

8. Kad Kahwin. Buat yang paling simple atau boleh print sendiri. Lagi murah. Anggaran kos maksimum: RM200 Jumlah Penuh: RM5,000.

Kan mudah, siapa kata bajet sikit tak boleh buat majlisnya. Buat ikut kemampuan, jangan ikut keinginan. Tak perlu nak ikut trend sangat. Lepaskan yang wajib dan yang penting anda sudah sah sebagai suami dan isteri. Itu yang dituntut agama. Jika bajet lebih, barula buat lebih meriah.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI