Tak selesa kalau rumah banyak cicak, risau najisnya merata. Bukan hanya di dinding, malah kadang bahagian celah-celah pun banyak tahinya. Ini memang jadi rasa was-was tentang kebersihan.
Dikongsikan oleh saudari Awyn Othman, nampak berkesan dan mudah untuk DIY sendiri. Yang penting masalah cicak banyak, selesai.
Rumah Banyak Cicak
Kalau biasanya anda suruh suami selesaikan bab ini, kali ini tak perlu ya. Boleh buat sendiri sahaja untuk halau cicak. Jom tengok bahan apa yang anda perlukan.
Bottle spray kosong
Cuka 2 sudu
Sabun pencuci pinggan 1 sudu
Air sebanyak 250ml
Cara nak buatnya:
Goncang sampai larut semuanya, kemudian boleh spray kawasan cicak selalu berjemaah dekat dinding rumah.
Selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Awas, Ketahui Tanda Hubungan Cinta Tidak Sihat Yang Boleh Rosakkan Perhubungan!
Hubungan cinta yang sentiasa diwarnai keceriaan adalah impian setiap pasangan bercinta. Berfikiran positif dan komunikasi yang baik adalah kunci kepada keutuhan sesebuah hubungan. Jangan jadikan masalah sebagai alasan kepada kemusnahan hubungan, sebaliknya jalinkan hubungan yang sihat untuk memastikan cinta terus bersemi.
Hubungan yang sihat membuatkan kehidupan jadi lebih nyaman dan menyenangkan untuk dijalani. Jauhi hubungan cinta yang tidak sihat dan boleh merosakkan hubungan sekali gus membawa kehidupan yang menyeksa jiwa.
Jom kita lihat tanda-tanda hubungan yang dimaksudkan itu. Jangan ambil mudah ya! Ketahui dan ambil langkah yang sepatutnya sebelum ia terlambat.
1. TIDAK BOLEH JADI DIRI SENDIRI
Anda terpaksa berpura-pura di hadapan pasangan .Gaya fesyen mengikut kehendak pasangan sedangkan anda tidak selesa, ikut makan apa yang pasangan suka sedangkan anda tidak menggemarinya , atau dalam hubungan intim anda lebih banyak berpura2. Ini tanda2 hubungan tidak sihat antara anda dan pasangan.
2. SERBA SALAH
Jika anda kerap terasa susah untuk meluahkan perasaan dan pandangan kepada pasangan kerana risau akan terjadi pertengkaran dan mengeruhkan keadaan itu bermakna hubungan anda dan si dia tidak sihat.Sepatutnya anda dan pasangan terbuka dalam memberi dan menerima pandangan kerana ini adalah tanda komunikasi baik antara anda dan pasangan .
3. SELALU MENGUNGKIT
membiarkan masalah yang tidak selesai lenyap dengan sendiri bukan lah perkara yang sepatutnya dilakukan oleh setiap pasangan. Ini kerana masalah tersebut akan muncul juga setiap kali anda dan pasangan bertengkar.Segera selesaikan setiap masalah yang ada supaya tidak ada perkara yang boleh diungkit dan di perdebatkan setiap kali anda dan pasangan bertengkar.
4. CEMBURU YANG BERLEBIHAN
Cemburu tanda sayang tapi jika ianya berlebihan hingga kadang-kadang mencetus perbalahan dan krisis ianya menandakan hubungan anda tidak sihat.Seharusnya kepercayaan dan memberi ruang pada pasangan itu lebih baik dan membuatkan anda punya nilai yang tinggi pada pasangan . Lelaki dan wanita kebanyakan nya tidak suka pasangan terlalu obses pada diri mereka.
5. SI DIA CUBA MEMANIPULASIKAN ANDA
Meminta bantuan kecil bukanlah satu masalah besar antara pasangan. Walaubagaimanapun, jika anda merasa seperti berada dalam roda tanpa alasan yang munasabah, ini bermakna anda sedan dimanipulasi. Individu seperti ini suka jika impian mereka menjadi kenyataan dan apabila matlamat mereka sudah tercapai, mereka tidak pernah memberi balik. Anda perlu berhati-hati agar tidak jatuh ke dalam perangkap mereka.
6. HUBUNGAN PARASIT
Individu seperti ini tidak berminat dengan perasaan dan keperluan anda. Mereka memang akan mengucapkan terima kasih kepada anda namun mereka masih menganggap bahawa tiada yang lebih berhak daripada diri mereka sendiri. Hidup dengan individu ini adalah satu cabaran kerana mereka bukan sahaja mempengaruhi mood dan situasi kewangan tetapi juga pertumbuhan profesional anda.
7.TIDAK MENGHARGAI PENGORBANAN ANDA
Jika anda melakukan sesuatu yang istimewa untuk pasangan anda namun si dia hanya memberikan reaksi yang biasa maka anda perlu memikirkan semula hubungan anda bersamanya. Ini kerana mereka tidak tahu untuk menghargai semua perkara yang anda lakukan untuk mereka.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Cepat Kering Luka Jahitan Bersalin, Ini 8 Tip Dari Jururawat Terlatih Untuk Bakal Ibu Nanti
Luka jahitan bersalin memang perlu dijaga dengan betul agar ia cepat sembuh sekaligus mengelakkan risiko ia terbuka semula. Bahagian Miss V juga akan kembali cantik. Sebab itu, mak-mak yang baru lepas bersalin dinasihatkan agar menitikberatkan pemakanan, kebersihan dan cara berjalan.
Jururawat terlatih ini, Noor Shafinah Mamat telah berkongsi cara sebenar untuk jaga luka bersalin, setelah jahitan pesakitnya terbuka pada hari ke 9 berpantang.
8 TIP PENJAGAAN LUKA BERSALIN
1. CUCI LUKA
- Silalah baring. Lepas selesai mandi atau buang air, lap kering-kering guna tisu gulung atau tuala.
- Kemudian, ambil masa baring dan anginkan luka sebelum letak ubat kuning dalam 5 minit.
- Selepas letak ubat kuning, anginkan lagi 5 minit. Beli kipas kecil lebih senang untuk kita keringkan tempat luka.
2. BOTOL PENYEMBUR
- Beli di kedai botol penyembur yang kecil. Isi ubat kuning. Sembur banyak, biar bahagian dalam lipatan jahitan itu pun kena.
- Jika ubat kuning habis, boleh minta lagi di klinik kesihatan. Jika guna kapas, tekap perlahan-lahan. Tapi pastikan yang ubat kuning itu kena pada kawasan luka.
3. KURANGKAN BERJALAN, TAPI BOLEH BERSENAM
- Jika perlu sangat untuk berjalan, tolonglah kepit betul-betul. Lagi rapat kepit, lagi cepat daging bercantum elok.
- Senaman kegel pun menggalakkan peredaran darah ke tempat luka, luka lagi cepat sembuh.
4. TUKAR PAD SECARA KERAP
- Kira dapat lagi selalu anginkan jahitan tu. Kalau anak meragam, buatlah kerap mana yang mampu.
- Tapi jangan tunggu 5 hingga 6 jam, cepatlah melecet nanti. Lagi teruk, kuman membiak.
5. VITAMIN C, ZINC
- AmbiL Vitamin C. Beli di farmasi ,asalkan kita cepat baik. Bagi yang boleh makan buah oren, lebih baik makan buah asli. Luka cepat kering.
6. AIR GARAM
- Ada kata garam ini cepatkan benang reput, ada kata cepatkan cantum luka
- Jadi, buatlah air garam sehari sekali. Air garam pun boleh dimasukkan dalam botol penyembur kemudian sembur sahaja selepas buang air. Kalau dapat berendam lagi bagus.
7. BUANG AIR-ELAK SEMBELIT
- Minum air cukup, makan buah dan sayuran hijau.
- Kalsium juga boleh mengelakkan sembelit. Jika susa minum susu, ambil OSTEOMATRIX kalsium . Sembelit memang akan kacau tempat jahitan tu, takut terbuka. Jangan teran-teran sangat ye.
sumber : Facebook Noor Shafinah Mamat
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Panduan Pilih Pakej Perkahwinan Buat Bakal Mempelai
Perkara penting yang perlu dibuat oleh bakal pengantin sebaik sahaja telah menetapkan majlis perkahwinan ialah memilih pakej perkahwinan yang terbaik mengikut kemampuan. Tentulah korang mahukan yang terbaik bukan?
Jangan terburu-buru memilih pakej perkahwinan gara-gara ditawarkan harga yang rendah. Semak dahulu apa yang ditawarkan sebelum bersetuju memilih pakej tersebut. Dapatkan juga nasihat daripada ahli keluarga dan juga rakan-rakan.
Buatlah pilihan yang tepat dan buat perbandingan sebelum membuat keputusan.
TIP MEMILIH PAKEJ PERKAHWINAN:
1.Cari maklumat dan buat rujukan- sebelum membuat survey sebaiknya pengantin sudah mempunyai pengetahuan tentang apa yang diperlukan semasa majlis perkahwinan. Anda boleh mendapat maklumat dengan berkunjung ke pameran pengantin, majalah , internet, saudara mara dan kenalan.
2.Tengok kualiti pakej yang ditawarkan- Penting untuk anda melihat kualiti, apakah wang yang dilaburkan setimpal dengan pakej yang ditawarkan.
3.Pilih ikut kemampuan walaupun cantik tetapi mahal, jangan sampai pembaziran di kemudian hari. Masih ada pakej yang sederhana dan cantik serta berkualiti yang boleh bakal pengantin pilih.
4.Pastikan butik tersebut berpengalaman dalam bidang perkahwinan dan mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
5.Jangan buat bayaran pada orang tengah, bayar sendiri di butik dan dapatkan bukti pembayaran bagi mengelak dari tertipu.
6.Elak dari membuat tempahan pakej dengan butik yang jauh dari tempat tinggal anda terutama yang melibatkan pelamin, khemah dan katering. Ia bagi mengelakkan dari sebarang masalah yang tidak diingini seperti kelewatan dan sebagainya.
7.Pastikan rekaan pelamin dan baju dari butik itu sendiri kerana ada juga butik yang mengambil dari butik lain. Ini bagi memastikan baju dan pelamin dapat disiapkan seperti masa yang dijanjikan.
Kredit foto (top image): Pexels
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI