
Kalau pandai deko, rumah flat pun boleh bertukar nampak ala kondo, bukan sebab guna barang mahal tetapi dek kerana bijak atur perabot dan hias ruang.
Setiap rumah flat memiliki ruang yang hampir lebih kurang keluasannya. Apa yang membezakan ialah dekorasi dan ambience di dalamnya. Perkongsian dekorasi kediaman Mas Aura ini boleh dijadikan inspirasi buat mereka yang sedang berkira-kira untuk menghias kediaman jenis rumah flat.
Dengan keluasan 650 kaki persegi, wanita ini berjaya menghias kediamannya persis kondominium. Jom kita ‘cuci mata’ hasil dekorasi yang telah siap disempurnakan.
Selit cermin dan almari di ruang yang sempit begini akan nampak lebih berseri dan cantik.
Jadi, jika anda direzekikan dapat rumah flat pun tak mengapa. Asalkan pandai deko dan rajin kemas rumah, inshaa Allah suasana setiap ruang akan nampak cantik dan selesa.
Kredit: Mas Aura
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lisdawati Mahu Kongsi Gambar Kahwin Menutup Aurat, Naik Pelamin Sekali Lagi Dengan Fauzi Nawawi

Merakamkan gambar perkahwinan antara momen menarik yang pastinya menjadi kenangan buat setiap pasangan suami isteri. Bagi pelakon Lisdawati, dia sanggup bersanding sekali lagi di atas pelamin bersama suami, lengkap berpakaian pengantin kerana mahu foto perkahwinannya kelihatan sempurna dalam keadaan menutup aurat.
Memetik laporan Kosmo Online, Lisdawati atau nama penuhnya Nisdawati Nazaruddin, 44, terkilan apabila gambar pernikahannya bersama suami juga pelakon, Fauzi Nawawi yang dipotretkan 15 tahun lalu tidak dapat dikongsikan. Ketika itu dirinya masih belum berhijab dan menutup aurat.
“Saya sudah lama merancang untuk mengambil foto baharu. Ketika berkahwin dengan suami 15 tahun lalu, saya masih belum dalam keadaan sempurna (menutup aurat). Jadi saya tak dapat kongsikan.
“Jadi sempena meraikan majlis ulang tahun kelahiran yang ke-44, saya buat sekali majlis persandingan. Apa yang penting saya mahukan gambar perkahwinan sebagai kenangan,” jelasnya.
Cerita pelakon yang mencipta nama menerusi filem KL Menjerit itu lagi, sewaktu pernikahannya dahulu, dia mengenakan persalinan berwarna hijau dan songket kuning sewaktu majlis resepsi.
“Kenangan terindah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Ini sahaja yang dapat kami simpan untuk cucu cicit kami… Terima Kasih semua yang hadir ke majlis ringkas kami,” tulis Lisda ruangan kapsyen.
Sementara untuk persandingan ‘ganti’ kali kedua ini, dia memilih busana berona biru untuk ‘majlis nikah’ dan songket putih sewaktu resepsi.
“Saya buat majlis serba ringkas sahaja, bukan secara besar-besaran. Momen gambar itu yang penting. Saya buat juga video untuk kenangan cucu dan cicit saya nanti. Jadi selepas ini, kalau nak guna gambar perkahwinan saya, boleh guna yang terkini,” jelasnya.
15 tahun hidup bersama, pelakon yang kini bergelar nenek kepada dua orang cucu itu berkata, perkahwinannya juga tidak terkecuali mengalami proses pasang dan surut.
“Setiap pasangan yang berkahwin akan melalui fasa yang sama. Apa yang membezakan adalah bagaimana untuk bertahan, bersabar dan berkomunikasi bagi menyelesaikan masalah. Kami tidak berbincang depan-depan. Kalau ada masalah yang memerlukan kami berkomunikasi, saya dan suami akan bercakap menerusi mesej sahaja.
“Sebelum ini guna Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Kalau sekarang guna WhatsApp. Kami elak berjumpa kerana takut akan bertikam lidah. Jadi bila kedua-duanya sudah ‘sejuk hati’, baru kami akan bersemuka,” katanya.
Untuk info, Lisdawati mendirikan rumah tangga bersama Fauzi, 50, pada 9 September 2007. Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nur Aina Farhana, 14, Nur Aina Fazneesya,13, Ahmad Nur Fyrdaus, 8, dan Ahmad Nur Fayyadh, 3.
Lisdawati juga mempunyai empat orang anak tiri menerusi perkahwinan terdahulu Fauzi iaitu Nurul Hainil Fatihah, 27, Fareez Hazwan, 25, Nurul Hana Farisya, 23, dan Mohd. Fikri Hakimi, 20.
Sumber: Kosmo Online Lisdawati15
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Harap Menantu Sempurna, Sampai Kiamat Pun Tak Akan Jumpa!

Isi Kandungan
ToggleAda sesetengah mentua, berharap dapat menantu sempurna. Sedangkan diri sendiri pun ada kekurangan, mana adil jika terus mencari silap ahli baru dalam keluarga.
Ya, setiap mak tentunya inginkan yang terbaik untuk anakya. Begitu juga bila anak sudah berkawhin dan mempunyai pasangan. Sudah tentulah, sebagai mentua, dia ingin menantu sempurna dan dapat membahagiakan anaknya.
Jangan Harap Menantu Sempurna, Sampai Kiamat Pun Tak Akan Jumpa!
Mampukah keinginan mentua untuk dapat menantu sempurna itu tercapai. Rasanya, belum tentu dapat tapi sebolehnya menantu akan cuba jadikan yang terbaik. Cuma tak tahulah macm mana pula pandangan mentua pada dirinya.
Kita bukanlah sempurna. Baik mentua atau menantu, kita bukanlah yang terbaik dan mentua jangan terlalu berharap untuk dapat menantu sempurna, sebab sampai kiamat kita tak akan jumpa.
Perkongsian yang boleh dianggap agak ‘panas’ dan makan bila pendakwah memberi jawapan ‘pedas’ kepada salah seorang perempuan apabila ditanya tentang mentua yang merasakan menantu tidak sesuai dengan anaknya.
Menantu Sempurna, Jangan Cepat Menghukum
Dalam satu perkongsian di tiktor, tular tentang wanita Indonesia yang mengajukan soalan tentang menantu yang tidak sempurna. Namun, jawapan yang diberikan oleh pendakwah terkenal negara itu, Mamah Dedah cukup pedas.
“Saya baru sahaja mengizinkan anak berkahwin dan menerima menantu baru. Namun selepas mereka berkahwin, ternyata menantu saya itu tidak seperti yang saya harapkan. Dia tidak memenuhi ciri-ciri yang saya bayangkan sebelum ini dan saya rasa dia tidak sesuai untuk anak saya.”
Kemudian, soalan tersebut dijawab tenang oleh Mamah Dedeh dengan jawapan yang cukup memberi kesan kepada mereka yang mendengar.
“Kita harus memahami peribahasa ‘rambut sama hitam, hati lain-lain’. Jika anda mengharapkan bertemu calon menantu sesempurna seperti dalam bayangan anda, sehingga kiamat tidak akan berjumpa orang seperti itu.
Ada pepatah yang mengatakan ‘Insaan Mahalul Khatha wan Nisyaan’ yang bermaksud ‘manusia itu tempatnya adalah salah dan lupa’. Jangan terlalu cepat menghukum si menantu, ada baiknya kita muhasabah diri dahulu.
Adakah kita sudah cukup sempurna untuk mengharapkan yang sama?
Sumber: MNCTV (tiktok) MSTAR
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bakal Pengantin, Ini Tanda Kulit Anda Perlukan Pelembap!

Biasanya, tak ramai yang rajin pakai pelembap dan masih ada yang tak tahu bila waktu yang tepat anda nak mula sapu.
Buat bakal pengantin terutamanya, anda kena tahu jika ada lima tanda ini, maknanya kulit anda sedang menunggu ‘makanan’ iaitu pelembap. Jom baca ilmu cantik daripada Puan Fatin Nursyafawani ini.
1. Kulit rasa Tight (Ketat/Teruk/Cekang)
2. Kulit asyik breakout.
3. Kulit nampak kusam.
4. Kulit mula kemerah merahan
5. Kulit mula gelupas atau jadi terlalu
berminyak
Pelembap sangat penting untuk pastikan SKIN BARRIER atau DINDING KULIT kita sentiasa dalam keadaan baik dan sihat.
Jika dah ada pelembap yang sesuai tetapi masih jugak alami 5 simptom di atas, mungkin awak kena check pencuci muka yang diguna.
Kena tukar kepada yang lebih gentle. Guna pencuci yang keringkan kulit boleh jahanamkan skin barrier. Itu kena faham, ya!
Semuanya berkait? Ya, semua berkait.
Memang tak mudah nak jaga kulit tetapi kalau ada ilmu, inshaa Allah semua jadi mudah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI