Rumah Kecil Kena Kreatif Guna Ruang. Sebelum Masuk Rumah Baru, Buat Perkara Ni Dulu

Share
Terujanya masuk rumah baru. Walaupun rumah bersaiz kecil tapi bila duduk rumah sendiri rasa lebih selesa dan tenang. Biasanya bila masuk rumah baru, ramai akan memikirkan dekorasi dan konsep kediaman yang diidamkan.
Cat rumah, sofa, meja makan dan peraltan lain diletakkan dalam list keutamaan sebelum menjejak kaki ke rumah baru. Tetapi, Dr Azizul Azli Ahmad berkongsi tip, apa sebenarnya yang perlu anda pertimbangkan sebelum masuk rumah baru.
***********************************************************************
PANDUAN RUANG DALAMAN FLAT, APARTMENT DAN KONDO BARU BELI
Saya dijemput melihat kediaman baru sahabat saya ditengah kota raya.
Pandangan saya sebelum membeli ;
1. Sebaiknya dapur tidak dihadapan pintu masuk. Budaya masak kita tidak seperti orang barat. Mereka tidak guna belacan waktu memasak.
2. Pastikan kedudukan siling melebihi 8 kaki. Tujuan pengudaraan yang baik dan pemasangan kipas. Jangan hilang tangan bila bukak baju bawah kipas.
3. Sebaiknya pintu bilik tidur tidak mengadap pintu masuk atau ruang tamu. Persoalan batas aurat penghuni nanti
4. Orentasi kiblat tidak menuju kebilik air. Pastinya kita tidak mahu sujud kearah tandas.
5. Sebaiknya unit jauh dari lift, tangga atau tempat pembuangan sampah.
6. Matahari lepas jam 2 tidak menghadap ‘balcony’, bilik tidur atau ruang tamu. Bahang panas akan terasa hingga malam. Isteri akan seksi sepanjang malam, itu rezeki.
7. Ruang letak kereta yang mencukupi. Jika dapat dua lebih diberkati.
8. Elak beli kediaman yang terlalu tinggi. Masalah tekanan air dan bumbung sebagai pendebat haba dan resapan hujan.
9. Jangan buat pengubahsuain sebelum masuk. Dah duduk baru kita tahu dimana tak selesanya.
10. Pastikan bilik air lebih dari satu.
11. Jika rumah untuk pelaburan, sebaiknya 3 bilik 2 bilik air sebagai permulaan.
12. Jangan beli yang terlalu besar jika baru hidup berdua. Cukuplah 3 bilik 2 bilik air.
13. Jangan beli perabot terlalu besar kerana sukar untuk dipindahkan. Skala apartment berbeza dengan skala rumah banglo.
14. Ada duit pasang kabinet dapur sebelum masuk agar ruang dapur lebih terjaga dan hati isteri gembira.
Moga lebih teliti dalam membeli. Ingat selepas keputusan berkahwin, keputusan untuk membeli kediaman antara keputusan terpenting kerana melibatkan hutang 20 hingga 35 tahun lamanya.
Semua ini dapat dilihat dari pelan kediaman sebelum kediaman disiapkan.
Published by
Anis Nor