Bila rumah tangga dah ‘berusia’, cinta pun makin suram. Akan ada cabaran dan ujian yang selama ini kita langsung tak sangka.
Nak-nak pula bila ada diuji dengan ‘orang ketiga’ yang muncul tanpa diundang. Masa ini, golongan isteri lah makn hati. Suami pula tiba-tiba jadi ‘tersuka’ tanpa sengaja.
Parah, akhirnya rumah tangga goyang! Haa… Sebab itulah pentingnya membelai cinta walau dah lama jadi suami isteri dan anak berderet. Cuba cedok ilmu rumahtangga daripada Ustaz Pahrol Mohamad Juoi ini, mana tahu cinta yang suram makin meranum.
Rumah Tangga Dah ‘Berusia’
Suami isteri akan dilanda satu krisis tabii yang dinamakan oleh pakar-pakar psikologi sebagai krisis pertengahan umur. Pada waktu itu, hormon testosteron akan berkurangan dan menyebabkan sering berlakunya beberapa perubahan yang “mengejutkan”.
Kaum lelaki akan mengalami fasa andropaus yang mengakibatkan kurang daya rangsangan seks, cepat rasa letih, perubahan emosi seperti cepat marah, cepat merajuk, mudah terasa tertekan dan mood yang berubah-ubah.
Ads
Pada waktu inilah lelaki akan diserang oleh pelbagai rasa yang meresahkan. Antaranya ialah dia mula berasa tidak bahagia dengan hidup dan gaya hidupnya sendiri.
Mula Bosan Dengan Pasangan
Manakala dalam hal interpersonal pula, lelaki mula berasa bosan dengan individu-individu yang berada di sekelilingnya. Dari sudut kerjaya dan hobi, tiba-tiba ada bidang lain yang menarik minatnya. Dia seolah-olah menjadi remaja buat kali kedua walaupun dalam keadaan tenaga dan upaya yang semakin menyusut.
Lelaki andropaus juga dilanda penyesalan tentang pilihan-pilihan yang telah dibuatnya dalam hidup. Mengapa aku memilih yang ini, tidak yang itu? Sampai satu tahap, dia berasa marah dengan isterinya dan rasa terikat dengannya.
Ads
Malah, lebih menggerunkan apabila mula timbul keinginan untuk menjalin hubungan baru. Jangan terkejut jika pada usia ini lelaki yang selama ini “pijak semut pun tak mati” akan berlaku curang!
Fasa Menopaus
Bagi kaum wanita pula mereka akan mengalami fasa menopaus. Tahap ini juga melibatkan perubahan fizikal, tingkah laku, emosi dan kejiwaan. Perubahan ini boleh menghala kepada kebaikan mahupun sebaliknya. Wanita yang mengalami fasa ini akan terdorong untuk lebih berdikari dan mandiri.
Ads
Fokusnya lebih kepada ke“aku”annya. Dia ingin memiliki kemampuan kewangan sendiri, hobi dan objektif sendiri dan pelbagai lagi yang “sendiri”. Pada waktu itu, ada wanita yang mengejar kembali atau “qada” semula apa yang tidak dapat dicapainya semasa muda.
Walau apa pun krisis yang melanda diri suami dan isteri, Islam punya cara untuk menangani krisis pertengahan umur. Islam ialah agama fitrah yang mampu menghadapi perubahan dalam fitrah kehidupan berumah tangga.
Selagi berpegang kepada akidah, syariat dan akhlak Islamiah, lelaki andropaus dan wanita menopaus akan dapat mengawal perubahan biologi mahupun psikologi ke arah kebaikan.
Hakikatnya, siapa kita sewaktu tua dicorakkan oleh masa muda kita. Jika cinta kita dibina atas tujuan beribadah, maka tujuan itu mampu mempertahankan kita daripada landaan godaan, cabaran dan masalah yang datang bersama krisis pertengahan umur.
Jika pangkal jalan kita benar, betul dan kukuh maka mudahlah kita kembali ke pangkal jalan itu… maka kembalilah ke pangkal itu.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sangat ramai perempuan pakai sluar skinny, legging atau jeans ketat, sendat, padat, melekat. Terlalu fit hingga menampak bentuk tubuh. Elok-elok tertutup, timbul habis segala bentuk lemak selulit tersembunyi.
Ada lagi pula yang ketat hingga nampak seluar dalam. Ini lagi bahana. Boleh ‘hilang ingatan’ lelaki terpandang. Terbayang bawa ke mimpi ngeri, hingga mengigau. Adehla.
Baik, apa kata ulama’?
Profesor Dr. Wahbah al-Zuhaili ketika ditanya tentang hukum gadis atau perempuan memakai seluar panjang. Ia menjawab:
“Hukumnya haram kerana ia sempit (ketat) yang boleh menampakkan bentuk badan yang boleh menimbulkan fitnah.”
[Lihat Kitab Fatawa Mua’sirah, m/s: 191]
Menurut Syeikh Atiyyah Saqqar berpendapat:
“Harus bagi perempuan memakai seluar panjang. Namun begitu, pemakaian seluar tersebut haruslah terhindar dari sebarang fitnah dan tidak menonjolkan dan memperlihatkan anggota badan dan punggungnya dengan rupa yang menggiurkan dan berwarna warni yang mengundang perhatian.”
[Lihat Atiyyah Saqqar. 2006. Mausu’ah al-Usrah Tahta Ri’ayah al-Islam]
Janganlah begitu wahai anak gadis, para wanita, tak kira bujang ke, janda ke, bini orang dan cik kak sekalian. Konklusinya harus memakai seluar panjang (sebaiknya dipakai baju labuh hingga ke lutut macam blouse).
Haram dan berdosa memakai seluar panjang yang ketat membentuk tubuh di khalayak (depan suami berdua, tak mengapalah). Apalagi yang jenis koyak-koyak macam mental koyak. Lagilah dilarang ok.
Kalau pun tak takut mata lelaki memandang tajam dan berniat buruk, takutlah azab Allah SWT. Itu lagilah pedih dan menggerunkan. Takut azab Allah SWT itulah antara tanda aras iman kita.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila disebut soal “JODOH” ianya adalah sesuatu yang sangat rumit.Tambahan pula jika orang muda itu usianya sudah mencecah 25 tahun,pasti mereka akan kelam kabut mencari pasangan yang bakal memenuhi ruang hati mereka.
Mereka berfikiran jika mereka kahwin lambat,”mereka adalah loser”.Kepada orang muda,jodoh ini jangan dipandang mudah.
Ada orang yang berkahwin pada usia muda,tetapi akhirnya terpaksa berdepan dengan penceraian kerana tidak bersedia dan tersalah memilih pasangan.Sebelum kahwin semuanya nampak indah,selepas kahwin,haa rupa rupanya pasangan kaki mencarut,kaki pukul,kaki hutang dan kaki judi.
Ada orang yang berkahwin lambat dan terpaksa menunggu jodoh sehingga lanjut usia.Malah ada juga yang terpaksa memekakkan telinga dari mendengar mulut sampah masyarakat di sekeliling mereka.
“Tengok dia tu kahwin lambat,mesti memilih sangat ni.Tak pun mesti tak laku.”
“Itu lah,kawan-kawan dah ada anak 2,tengok dia tu jadi anak dara tua lah nanti”.
Pekakkan telinga wahai orang muda.
Ada juga orang yang bertemu jodoh lambat,tetapi rumah tangaa yang dibina olehnya bahagia sehingga ke akhir hayat.Dikurniakan pasangan yang memahami,solat lima waktu dan juga berpegang kepada agama.
Tidak salah jika anda ingin memilih! Anda pilih jodoh bukan seperti beli kereta.Jika kereta rosak ianya masih boleh diperbaiki.Jika rumahtangga rosak,cerai sahaja lah jawapannya.
Soal jodoh ini adalah urusan tuhan,
Dengan siapa kita berkahwin,
Bila kita akan berkahwin,
Semuanya telah ditetapkan.
Yang penting kita juga perlu usaha.
Jika sehingga ke hari ini anda masih belum bertemu jodoh,janganlah bersedih dan anggap sahaja tuhan sedang susun perkara yang baik untuk anda.
“Apa guna jika kahwin awal kalau dapat pasangan caca marba.”
Semoga anda yang masih belum bertemu jodoh akan dipertemukan dengan jodoh yang baik-baik pada masa akan datang.
Orang mengata?
Pekakkan saja telinga,lama-lama mereka diam lah.Buat apa nak layan.Baik kau layan upin ipin.Eh tiber.Haha
Sekian sahaja sedikit pesanan dari aku terutamanya kepada orang muda yang sudah mencecah umur 20 an ke atas.Posting ini tidak sesuai kepada budak bawah umur.Belajar pandai-pandai dulu dik kalau nak baca.Haha
Aku juga adalah seperti kalian yang sentiasa mengharapkan jodoh yang terbaik pada hari yang mendatang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bunga ‘hydrangea’ biru dengan sedikit taburan manik menyuntik mood sesebuah hantaran.
Kotak kaca yang dipilih sebagai hadiah buat si dia memberikan cita rasa yang tersendiri menjadikan hantaran tampak indah dan eksklusif.
Ternyata tidak memerlukan idea dan dekorasi yang sarat, konsep minimalis sudah memadai.
Tip:
Anda perlu pandai memilih bekas meletak hantaran agar kedudukan barang hantaran tidak bergerak daripada kedudukan asal. Seeloknya bekas hantaran dilekatkan supaya lebih kemas dan elok.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!