Kawan-kawan, belajarlah untuk kita menghargai hidup lebih daripada kita meratapi ujian. Jika kita fokus pada satu benda yang buat kita tak bahagia, kita pasti kehilangan banyak perkara dan peluang yang lebih membawa makna dalam hidup kita di akhirat sana.

Diri kita, tingkahlaku kita, pemikiran kita, adalah hal yang didalam kawalan kita. Kita mencorakkan bagaimana kita mahu lukisan hidup kita dilakar dan dibingkaikan kekal. Jadi, diri kita asbab kita bahagia. Bukan di tangan pelukis kehidupan di sekeliling hidup kita.

“Rumah Tangga Itu Tapak Perjuangan. Suami Isteri Itu Pejuangnya”
Sumber Internet

Ayuh, bangunlah. Kejar segera bahagia dan pelangi yang muncul setelah hujan dan panas yang datang menerpa. Kita ada DIA. Yang sekali-kali tidak sesaat pun lupa untuk mencintai dan menyayangi setiap daripada kita.

Setakat ini,

Belum ada orang yang lepas kahwin terus jadi baik.

Terus jadi suami soleh. Terus jadi isteri solehah. Tak ada!

Sebab, nak menjadi yang terbaik dalam rumahtangga ini kita kena di uji dulu. Segala keburukan dan kelemahan akan di perlihatkan satu persatu dalam rumahtangga kita ini.

IKLAN

Sebab itu, ujian dalam rumahtangga itu biasa. Sakit hati tu biasa. Pening kepala tu biasa. Airmata dan diam seribu bahasa itu biasa. Biasa sebab itulah yang akan dilalui sama-sama.

Jadi, tenanglah.

Jangan menggelabah.

Laluinya dengan setiap panduan yang Allah dan Rasul berikan.

InsyaAllah. Selepas itu, kita dan pasangan akan melalui satu-satu kebahagiaan yang terhasil dari suami isteri yang jiwanya hamba dan hatinya kekal bersama Tuhan setiap masa.

IKLAN

Itulah erti bahagia kalau kita mahu mencarinya dalam rumahtangga dan perkahwinan kita.

“Jangan kata kamu beriman, selagi kamu belum diuji.

 

 

IKLAN

 

 

 

 

 

Sumber : the solusi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI